Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, April 30, 2011

20 AMALAN MUDAH REZEKI

20 AMALAN MUDAH REZEKI
Assalamualaikum warahmatullah,
Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Antaranya…

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita.AMIN,AMIN,AMIN...

Wednesday, April 27, 2011

INFO KESIHATAN & KECANTIKAN-KEBERSIHAN SPAN MUKA


JAGA KEBERSIHAN SPAN JIKA MAHU KULIT CANTIK BIARPUN TERDAPAT PELBAGAI PRODUK BEDAK ASAS, BEDAK KOMPAK DAN BEDAK DWI GUNA DITAWARKAN DI PASARAN, NAMUN ITU HANYA SIA-SIA. PENJAGAAN ASAS HARUS BERMULA DARI KEBERSIHAN DIRI, PERALATAN DAN DISIPLIN DI DALAM MELAKSANAKAN RUTIN HARIAN.
Kebersihan span jgn sesekali diabaikan krn ia adalah langkah penjagaan asas utk mengekalkan kulit sihat dan cantik. Sekiranya span dibiarkan tanpa dibersihkan, ia akan menyebabkan kuman mudah membiak termasuklah juga bakteria dan kulat yang boleh memudaratkan kulit anda. Bagi memastikan span yg digunakan tdk menyebabkan bakteria tersebar pd kulit wajah, laksanakan rutin pembersihannya. Span akan terasa selesa digunakan sekiranya anda teliti dan sering membersihkannya.

TIP MEMBERSIHKAN SPAN
Ramai wanita tidak memandang serius terhadap pembersihan span. Kebanyakannya akan menggunakan span sehingga ia jadi lembab, berbau, dan sehingga tidak boleh digunakan lagi lalu dibuang. Span boleh digunakan berulang kali sekiranya rajin membersihkannya.
Lagi pun kaedah pembersihan span tidak rumit dan mudah untuk dilakukan.
·        Siap kan satu besen kecil berisi air suam yang sudah dititiskan dgn krim mandian mahupun sabun mandi berbuku. Rendam span seketika dan kemudian diramas-ramas utk mengeluarkan kotorannya.
·        Selepas itu, bilas dgn air panas tanpa sabun bagi menghilangkan sisa sabunnya.keringkan span dgn cara semula jadi iaitu sama ada dijemur di bilik mandi atau gantungkan di dalam bilik. Jangan keringkan dgn pengering rambut.
·        Biarkan Span kering sebelum digunakan kembali bagi mengelakkan bakteria melekat dan menular kepada kulit wajah.
·        Elakkan berkongsi span dgn orang lain. Gunakan span yg anda miliki hanya utk kulit wajah anda sahaja.
·        Sekiranya span anda sudah kelihatan kusam, berbau dan keras, sebaiknya buang dan gantikan yang baru.
·        Seperti alatan kosmetik yg lain, jgn gunakan terlalu kasar sehingga merosakkan permukaan span. Span yg masih elok dan bersih, membantu di dalam mengoleskan alas bedak atau sapuan bedak ke wajah agar kelihatan rata, licin, dan gebu.

KINI MUKA SAYA BERTENAGA DAN BEBAS MASALAH...

Penjagaan kulit dalam bentuk krim pelembab ringan yang menghasilkan " mask dengan buih mikro"apabila bersentuhan dengan kulit. bertindak sebagai " pengangkut oksigen" untuk menghasilkan kuasa penyembuhan bagi mencapai kecantikan, keserian dan keremajaan kulit secara semulajadi.


Pejamkan matamu dan biarkan kekuatan ajaib Insta White membelai kulitmu dalam lena yang sebentar. Transformasi yang berlaku pasti mengejutkan dirimu dan keserian yang terpancar dari kulitmu akan memukau semua yang melihat. Begitu cerah kejernihan, halus dan lembut namun begitu segar bertenaga.


selepas 10 minit kulit akan lebih cerah berseri dan segar bertenaga. tekstur kulit akan menjadi lebih halus, licin dan lembut disebabkan liang roma telah mengecil dan sel-sel kulit mati telah disingkirkan.

Cara Penggunaan: Sapu ke seluruh bahagian wajah kecuali bahagian mata dan bibir selepas membersihkan dgn pencuci muka,buat urutan lembut sehingga buih-buih mokro timbul. Biarkan selama 10 minit / sehingga buih-buih mikro meresap. Selepas itu cuci sehingga bersih.

Harga:RM48 


SIAPA YANG MEMERLUKAN "INSTA WHITE"?

Sesiapa sahaja kerana Hari Ini anda mungkin ada majlis keraian,perti atau temujanji penting.Namun,wajah kelihatan kusam,gelap dan begitu letih? Kesan gelap di leher dan lengan pula menjengkelkan? Parut di badan dan kaki memburukkan penampilan?Tekstur kulit wajah tak sekata,kasar dan kering menyukarkan penghasilan solekan yang cantik semulajadi?Liang roma besar terbuka mungkin mengundang 'whitehead','blackhead' dan jerawat yang tidak diingini.Insta White jawapan yang anda perlukan untuk kesan pencerahan SERTA MERTA.


APA BEZANYA "INSTA WHITE" DENGAN KRIM-KRIM LAIN?

Ia memberi hasil SERTA MERTA yang dapat anda LIHAT,SENTUH DAN RASA.Kulit bukan sahaja CERAH BERSERI malah LIANG ROMA MENJADI KECIL dan permukaan kulit begitu HALUS. dan LEMBUT serta raut wajah kelihatan LEBIH MUDA..SERTA MERTA.Dengan hasil SERTA MERTA Insta White,tiada apa yang boleh menjadi halangan anda untuk tampil di khalayak ramai dengan penuh keyakinan.


ADAKAH "INSTA WHITE" SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT?

Insta White sesuai untuk semua jenis kulit samaada normal, kering, berminyak,berjerawat,sensitif atau pun alahan.Formulasi ajaib Insta White terdiri daripada bahan yang diuji secara klinikal seperti perfluorodecalin,sodium hyaluronate,ekstrak aloe vera,ekstrak with hazel dan allantoin serta bahan-bahan lain yang dapat memberikan penampilan kulit yang lebih cerah ,segar dan lebih muda.


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KESAN TERBAIK DARI "INSTA WHITE"?

Jangan risau,Insta White akan terus memberi kesan selepas diaplikasi pada kulit.Tunggu sehingga 'buih mikro' meresap hilang kedalam kulit sepenuhnya dan cuci dengan air atau lap dengan kain basah.Anda boleh menggunakannya sebelum keluar rumah atau ketika mandi,pada tidak kira siang atau malam.Kesan dilihat SERTA MERTA dengan adanya 'light reflecting pigment'.Insta White mengandungi SPF,jadi ia dilindungi kulit dari kegelapan semula.Anda boleh gunakan Insta White setiap hari pada minggu pertama dan 2-3 kali seminggu selepas itu.

Pertanyaan & Pembelian blh buat di Facebook DiyAna Ma atau Email

INFO SIHAT - MANFAAT COKLAT GELAP UNTUK KESIHATAN


PENGAMBILAN COKLAT GELAP SEMAKIN MENINGKAT KERANA UMUM MENYEDARI TENTANG KHASIATNYA TERHADAP KESIHATAN.”CACAO” YANG MENGHASILKAN KOKO MERUPAKAN ANTIOKSIDAN YANG KUAT. KAJIAN PERUBATAN JUGA MENDAPATI PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT GELAP YANG BERMUTU TINGGI BOLEH MEMBERI KESAN KEBAIKAN KE ATAS TEKANAN DARAH DAN TAHAP KOLESTEROL, SETERUSNYA MEMBANTU MENJAUHKAN PENYAKIT JANTUNG.


Menurut Dr. Dirk Taubert dari University of Cologne,Germany, coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekanan darah. ”Memakan coklat gelap dapat membantu mengurangkan kadar tekanan darah anda – sekiraya anda mencapai tahap umur tertentu dan kadar tekanan darah anda juga sederhana,”ujar penyelidik tersebut. Walaupun begitu, beliau turut menekankan bahawa penurunan tekanan darah juga boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

Kandungan unik coklat gelap boleh merangsang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi,  tidur, memori dan mengurangkan stress. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera makan.

Antioksidan di dalam coklat gelap
Coklat gelap (susu coklat atau coklat bersusu) merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini membantu menyingkirkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penykit-penyakit lain.


Kajian mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang diperolehi daripada coklat ke dalam tubuh. Oleh itu ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan.

Kajian tentang manfaat coklat ini telah dilakukan terhadap 6 lelaki dan 7 wanita berumur dalam lingkungan 55- 64 tahun yang  telah didiagnosis menghidap tekanan darah tinggi sederhana. Di dalam kajian tersebut, setiap 2 minggu responden dekehendaki memakan 100 gram coklat dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrient dan kalori yang sama. Sebahagian dari responden mengambil coklat gelap dan sebahagian pula mengambil coklat putih.
Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik terhadap kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kadar tekanan darah tinggi mereka.

Setelah mengetahui kebaikan yang boleh anda perolehi daripada coklat gelap, apa kata anda cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap setiap hari. Tidak terkecuali bagus juga untuk mereka yang berpuasa. Kini di pasaran banyak terjual juga ada yg membuat “coklat homemade”. Untuk mendapatkan tenaga yang cepat dan mudah, nikmati sedikit coklat gelap sudah memadai. Bukan saja menyihatkan tetapi juga dapat memberikan tenaga dalam kadar segera kepada anda, juga dapat menurunkan kadar kolesterol. Pastikan anda tak menikmatinya secara berlebihan agar dapat terus memelihara kesihatan…yam yam *__*

Wednesday, April 20, 2011

RENUNGAN-TINGGALKAN 5 PERKARA

Tinggalkan lima perkara....


1. Tingglkanlah pandangan liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4. Tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain, anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
5. Tinggalkanlah penyelidikan yang melampau mendalam tentang ZAT ILAHI nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan (Abdullah bin Mubarak)

Thursday, April 14, 2011

MENAHAN SELERA..BADAN TETAP JUGA MENGEMBANG - Dr. Rushmini Maris Bt Ismail

PUAS SUDAH MENAHAN SELERA DAN MENGIKAT PERUT NAMUN BADAN TETAP JUGA MENGEMBANG.SEBENARNYA INI IALAH MASALAH DALAM METABOLISME TUBUH. MASALAH METABOLISME TERBAHAGI KEPADA LIMA JENIS YANG UTAMA.

1.MASALAH LEMAK PADA BELAKANG TUBUH
Lemak berkumpul banyak pada bahagian belakang terutamanya di bawah leher. Ia Berbonggol. Dalam bahasa saintifik (perubatan) ia dikenali sebagai ‘buffalo hump’. Bagi mereka yang mengidap masalah ini lemak juga banyak berkumpul pada kawasan scapular (tulang selangka).

Ada kalanya ia terletak I bawah ketiak sehinggakan sukar memakai coli dengan baik. Ia juga membuatkan buah dada kelihatan besar dan tidak di bentuk dengan menarik. Mereka yang mempunyai masalah ini tidak dapat menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet semata-mata. Jarang sekali diet semata-mata dapat menangani masalah ini. Ini krn dalam tubuh mereka terdapat hormon kortisol yang terlalu tinggi. Hormon ini sangat cenderung mengumpulkan lemak.

2. MASALAH LEMAK PADA BAHAGIAN DEPAN TUBUH
Lemak yang berkumpul pada bahagian buah dada, ketiak, perut termasuk lengan. Ia adalah disebabkan oleh faktor hormon yang tidak seimbang. Dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan progesteron.
Kehadiran kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu banyak maka akan berlaku ketidak seimbangan.Estrogen cenderung untuk mengumpulkan lemak pada perut, dada, lengan, dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini merasa cepat letih.

Mereka juga sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana saiz badannya lebih besar apabila waktu petang atau malam. Korset yang dipakai terasa seolah-olah semakin ketat disebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh mereka menyimpan air yang banyak. Semakin lama air menjadi semakin banyak dalam sel.

Sel mula mengembang menyebabkan baju yang dipakai terasa semakin ketat. Rawatan yang sesuai sudah tentulah rawatan yang meningkatkan progesteron dan mengurangkan estrogen bagi wanita. Bagi lelaki pula kita akan meningkatkan Hormon Testosteron yang penting bagi lelaki dan mengurangkan Estrogen juga.
Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat menerusi pelbagai aspek kerana mengawal makan sahaja bukan lah penyelesaiannya. Selepas rawatan barulah doktor akan mengenal pasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang itu dan ini membuatkan seseorang itu lebih mudah menjaga dirinya bagi mengelakkan stimulasi hormon kortisol dan estrogen.Perubahan gaya hidup juga penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian.

3.PENGUMOULAN LEMAK PADA WAJAH
Masalah pengumpulan lemak pada muka dan belakang leher. Biasanya tangan dan kaki adalah agak kecil. Perut mungkin membesar sedikit dan terdapat banyak kesan rekahan pada perutnya. Rekahan ini dinamakan striae. Sekali pandang ia kelihatan striae yang sering kelihatan pada perut wanita hamil.

4. PENGUMPULAN LEMAK PADA PERUT DAN PINGGANG SAHAJA
Bagi lelaki ini berlaku disebabkan kekurangan hormon seks lelaki iaitu Testosteron serta kemerosotan dalam aktiviti hormon GH. Tubuh jenis ini beisiko mendapat kencing manis kerana mula mendapat insulin yang tidak efektif.

Sel-sel dalam tubuhnya tidak efektif terhadap insulin menyebabkan insulin dikeluarkan dengan banyak. Kesan insulin yang banyak akan membuatkan gula dalam tubuh menjadi rendah dan tenaga menjadi lemah. Mereka juga kerap berasa lapar. Oleh itu mereka akan kerap makan. Akibat kerap makan maka berat semakin bertambah.

5.PENGUMPULAN LEMAK PADA PUNGGUNG
Masalah pengumpulan lemak pada punggung berlaku akibat kelebihan Hormon Gonadal.Ia mungkin berlaku pada lelaki mahu pun wanita. Kelebihan Hormon Gonadal atau Hormon Seks membawa kepada pengumpulan lemak ada kawasan ini. Mereka yang mengalami masalah ini disarankan mengambil ‘Hormon Bloker’ dan juga mengelakkan daripada mengambil makanan seperti organ dalaman haiwan yang kaya dengan hormon seperti ini.

Wednesday, April 13, 2011

INFO SIHAT-Lebih Sihat Jika Pilih Daging Kambing...


Lebih Sihat Jika Pilih Daging Kambing...

Daging lembu lebih banyak menjadi pilihan ramai. Berbeza pula dengan daging kambing yang sering dihindari kerana memikirkan ia menjadi punca hipertensi. Tetapi, tahukah anda bahawa daging kambing lebih lazat serta mengandungi lemak dan kalori yang rendah berbanding daging lain?
Oleh itu, tidak perlulah anda takut untuk menikmatinya kerana daging ini lebih menyihatkan berbanding daging lain. Di dalam 100 gram daging kambing, terdapat 154 kalori, 9.2 mg lemak, 3.6 mg lemak jenuh, sedangkan 100 gram daging lembu terdapat 207 kalori, 14 mg lemak dan 51 mg lemak jenuh.

Selain itu, daging kambing juga merupakan salah satu sumber zat besi, vitamin B, kolin dan selenium terbaik. Vitamin B yang terdapat di dalamnya dapat membantu membakar lemak, kolin dan selenium pula menjadi zat yang menghalang kanser.

Lemak yang terdapat di dalam daging kambing ikut terbuang bersama bahagian lain seperti perut, usus dan hati. Malah kaki kambing juga memiliki kandungan lemak paling rendah jika dibandingkan dengan bahagian tubuh kambing yang lain.

Walaupun begitu, lemak kambing mempunyai peratusan kolesterol yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging ayam atau lembu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengambil daging kmbing yang berusia di bawah 6 bulan.
Perlu juga diingatkan bahawa anda boleh makan dagingnya, tetapi bukan lemaknya. Ini kerana daging nya yang sihat dan lemaknya pula yang ‘jahat’. Jadi, sebelum memasak kambing, buang dahulu semua lemak-lemaknya.
Beberapa pakar diet bahkan menganggap bahawa daging kambing paling baik untuk diambil serta sesuai bagi yang sedang berdiet kerana tahap keasidannya hampir mendekati PH tubuh manusia sehingga tubuh amat mudah untuk menyesuaikan diri dengannya.

Thursday, April 7, 2011

Kasut yang dipakai terutamanya bertumit tinggi ???

HEHEEHEEE...APA2 PUN DI SINI KITA JADIKAN PANDUAN BERSAMA ERM ^_^
* Pada ana,pilihan ana adalah kasut bertumit tinggi,tetapi rata. Juga,kita seharusnya melihat daripada segi ketinggian dan berat seseorang. Macam ana,badan ana sederhana dan ana rasa bila mengenakan kasut bertumit tinggi dan rata,ana menjadi lebih confident dan terasa setiap langkah ana menjadi teratur bila berjalan. Lagi pun ketinggian ana sederhana,kikiki...

Adakah tumit anda berasa sangat sakit terutama selepas bangun tidur atau berdiri setelah lama duduk? Jika jawapannya ya, anda mungkin menderita apa yang dikenali sebagai Plantar Fasciitis. Ia biasanya berlaku kepada pesakit dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun. 

Masalah ini lazimnya dikaitkan dengan jenis kasut yang dipakai terutamanya bertumit tinggi dan bertapak atau in-sole yang keras pada jangka masa lama, iaitu daripada usia muda. Kesan daripada itu menyebabkan tarikan kepada plantar fascia yang terletak pada tapak kaki dan fascia (ligamen) ini terikat kepada dasar tulang tumit dikenali sebagai calcaneum. Kesakitan yang dirasai ialah kesan daripada keradangan yang dihasilkan daripada traction yang berulang-ulang ke atas plantar fascia tapak kaki. Pemeriksaan akan menunjukkan terdapat kesan sakit pada tumit kaki apabila ditekan kuat. Pemeriksaan imbasan sinar-X tumit pula akan menunjukkan kesan traction dilihat dengan terhasilnya calcaneal spur atau reaksi tulang tumit calcaneum membentuk spur yang tajam dan tebal seolaholah mencucuk tapak kaki.

KESAN LAIN PENGGUNAAN KASUT TUMIT TINGGI
Biarpun kasut tumit tinggi membuatkan wanita tampil anggun dan bergaya tanpa disedari ia memberikan tekanan pada lutut. Hal ini dibuktikan melalui kajian oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat yang mendapati bahawa wanita yang mengenakan kasut tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Ia juga menyebabkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan. 

Satu kajian di London menunjukkan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menjejaskan kesuburan wanita. Hal ini kerana gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut tumit setinggi dikatakan memberi kesan kepada organ dalaman. Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Hal ini berlaku apabila kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan dan memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. 

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.