Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Tuesday, May 31, 2011

YOGURT? MEMANG BANYAK KEBAIKAN SERTA BERKHASIAT

 Yogurt...
Yam yamm..semalam ana beli yogurt, selama ini sorang-sorang jer menikmati..kini ana dah ada teman. Pada mulanya ingatkan shamila tak suka, cos yogurt kan masam. Tapi memang tak sangka dia suka..dulu penah juga ana  bagi dia rasa tapi masa tu dia tak pandai nak makan lagi. Ana beli yang berbentuk buah-buahan campur..memang sedap(Nestly Smooth & Fruity). Sekarang ini ada juga yogurt yang berbentuk minuman..ha itu lagi sedap pada ana…hehee. Kalau beli hari ini, hari ini juga boleh habis. Jom sambil menikmati ana nak kongsikan info tentang yogurt juga kebaikan yogurt untuk kecantikan. Semoga dengan perkongsian ini ramai yang suka. Siapa tak mahu cantik kan..hehe terutama wanita.

Tahukah anda..Yogurt tidak hanya sihat dan sedap untuk dimakan. Yogurt bukan sahaja sedap dimakan, malah bagus juga untuk perawatan kecantikan. Selama 5.400 tahun, yogurt telah dibuat dan dimakan. Kini, yogurt menjadi bahan makanan umum yang digemari seluruh penjuru dunia. Yogurt memiliki manfaat kesihatan yang unik, karana mengandungi pelbagai zat vitamin.

Ini adalah info yang ana perolehi dari kebaikan Yogurt untuk kecantikan..

Bagaimana.., Anda tertarik ingin jadi cantik dengan yogurt? Hehe jom!!! Untuk ana juga ini tau..^_^

Jerawat:
Yogurt dapat membantu menghilangkan bekas jerawat, karena kandungan zinc di dalamnya. Pilih jenis yogurt yang tidak mengandung banyak lemak dan gula, yang kini tersedia dalam banyak pilihan cita rasa.

Perempuan menopause:
Untuk perempuan yang telah memasuki masa menopause, yogurt menawarkan lebih banyak kalsium dibandingkan susu.

Masker wajah
Plain yogurt sering digunakan sebagai masker wajah. Plain yogurt mampu membersihkan kulit dengan baik. Pastikan kulit bebas dari make up sebelum menggunakan yogurt ke wajah.

Kulit kepala
Yogurt juga digunakan untuk menenangkan kulit kepala yang gatal. Selain itu, ketika digunakan ke kulit kepala, yogurt juga dapat mengatasi kelimumur anda. Setelah itu, bungkus kepala dengan kain atau plastic selama 15 menit. Kemudian, bilas rambut hingga bersih.

Tangan dan kuku
Bukan hanya itu, yogurt juga memberikan manfaat baik terhadap tangan dan kuku. Campurkan yogurt bersama perahan lemon. Simpan campuran di dalam peti sejuk selama beberapa jam, setelah itu gunakan di tangan dan kuku.
Bilas sehingga bersih dan keringkan tangan dengan menggunakan kain bersih. Anda akan merasakan perbezaannya. Tangan terasa lebih lembut dan pejal. Simpan baki campuran di dalam peti sejuk, dan gunakan dalam jangka masa 2 minggu.

Monday, May 30, 2011

PENTINGNYA SARAPAN-MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERSARAPAN


Pentingnya sarapan pagi... 

Bentuk badan yang kurus dan langsing menjadi idaman setiap wanita terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri. Justeru ramai wanita hari ini sibuk mengira kandungan kalori setiap kali memeriksa label makanan sedangkan apa yang mereka perlu titik-beratkan ialah mengambil makanan yang memenuhi khasiat pemakanan yang diperlukan.

Amalan pemakanan yang bijak ialah makan supaya sentiasa sihat bukan makan untuk merampingkan badan. Ini kerana badan memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serta vitamin, mineral dan air yang mencukupi di samping sedikit lemak untuk terus sihat.

Oleh itu jangan mengurangkan makan demi merampingkan badan kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang tenaga dan daya konsentrasi di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat.

Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka. Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain.

Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

Kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan sering dihantui perasaan bimbang.

Sebaliknya memilih sarapan berkhasiat setiap pagi penting bagi menghasilkan diet seimbang. Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan paling ringkas dan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan agresif dan aktif.

Mereka yang makan bijirin untuk sarapan pagi mendapat lebih banyak bekalan vitamin, mineral dan serat. Sebenarnya, sarapan pagi menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian dan kunci kesihatan yang baik serta badan ramping ialah penjagaan diet yang sempurna, kerap melakukan senaman sederhana serta rehat dan tidur yang mencukupi.

Ketiga-tiga elemen ini penting bagi kesejahteraan menyeluruh, badan, minda dan jiwa di samping bersemangat dengan penampilan diri.

Diet yang seimbang juga memberi tenaga untuk bekerja secara optimum sambil menjadikan seseorang itu sentiasa ceria.

Sunday, May 29, 2011

INFO SIHAT - GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN

Gigi Sihat Senyuman Menawan
Sakit gigi – cabut atau tampal?
Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .

Kenapa kita sakit gigi?
Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?
Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.

Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.

Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli. BY: http://drleen.wordpress.com

Thursday, May 26, 2011

INFO SIHAT~KERACUNAN MAKANAN

Keracunan Makanan
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

Adakah keadaan ini serius?
Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan. Tanda-tanda
• Kekejangan otot.
• Demam.
• Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai darah, nanah atau mukus.
• Muntah.
• Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk.
• Hilang selera makan.

Apakah tindakan pertama?
1.Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk menentukan sama ada anak demam.
2.Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.
3.Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan dia kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos.
4.Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan timbulnya tanda-tanda penyakit.

Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun serangga atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut bersama-sama anda.

Apakah tindakan doktor?
• Biasanya, keracunan makanan tidak memerlukan rawatan khusus kecuali pemberian bendalir dan garam yang banyak hilang melalui cirit-birit dan muntah. Doktor mungkin akan memberi sejenis serbuk yang mengandungi glukos dan garam untuk dicampur dalam minuman. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan pemberian susu.
• Jika anak mengalami penyahhidratan, doktor akan memasukkan anak ke hospital supaya bendalir dapat diberi secara intravena. Jika anak mengalami muntah yang teruk, doktor mungkin memberi anak suntikan dadah antiemetik untuk menghentikan muntah.

Bagaimankah saya boleh membantu?
• Letakkan baldi di tepi katil supaya anak tidak perlu berjalan ke tandas.
• Jika anak demam, gunakan pek ais atau tuala muka yang lembab untuk menyegarkan anak.
• Jika anak muntah, bantu anak berkumur dengan air.
• Utamakan kebersihan. Keracunan makanan mudah berjangkit. Oleh itu, pastikan anak sentiasa membasuh tangan setiap kali dia ke tandas. Basuh tangan anda selepas menukarkan lampin anak.
• Bagi mengelak berlakunya keracunan makanan, masukkan setiap makanan yang telah dimasak kedalam peti sejuk. Semasa makanan ini dipanaskan semula, pastikan ini dilakukan dengan sepenuhnya. Salmonella hidup biak dalam makanan yang suam panas tetapi akan mati pada suhu yang tinggi.
• Jika anak enggan minum air dengan secukupnya atau tidak menyukai rasa serbuk khas, beri anak potongan tembikai untuk dikicap.
• Cair beku makanan dengan sempurna sebelum dimasak, terutamanya daging. Pastikan daging dimasak secukupnya.
• Beri anak makanan yang mudah dihadam seperti bubur, yogurt, jeli dan makanan tanpa lemak sebaik sahaja anak mula mahu makan. Kesan penyakit biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu.
• Ikut arahan doktor bagi pemberian semula susu bayi yang menggunakan botol.
• Periksa makanan yang dimakan oleh anak 24 jam sebelumnya. Buang sebarang makanan yang mungkin menjadi punca keracunan makanan seperti daging, ikan, bahan bersusu atau roti.

Wednesday, May 25, 2011

RENUNGAN~DIAM & JUJUR SIFAT YANG DISUKAI..DOA MEMOHON KEMATIAN YANG BAIK


Diam dan jujur sifat yang disukai
Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.

Doa memohon kematian yang baik
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”

Tuesday, May 24, 2011

RENUNGAN

Penyejuk Hati…
Hidup ini umpama roda
Ada masa di atas
Ada masa di bawah
Hidup ini memerlukan kesabaran
Setiap kesabaran..Pasti bertemu kebahagian
Hidup yang menyusahkan insan lain
Kehidupan bagaikan ombak
Ketabahan membawa kebahagiaan
Hidup yang tidak aman..Umpama
Kehidupan di titi jalan..Hidup yang ceria
Asas keperibadian..Manis dalam senyuman
Penyeri peribadi..Manis dalam hati..Penyeri iman
Kesederhanaan pembawa ke akhir zaman.

Perbuatan bersabar, membawa kebahagiaan
Perbuatan bersahaja, hidupnya ceria
Perbuatan bersederhana, laluan kehidupan
Perbuatan bersenyum, ikhlas bersedekah
Perbuatan gila-gila, kebebasan masalah
Perbuatan ikhlas, membawa keamanan jiwa
Perbuatan setia, kekal impiannya
Perbuatan jujur, tenang hatinya
Perbuatan suci, harapan menuju kekalan..

Sunday, May 22, 2011

SAYU HATI..TRAGEDI TANAH RUNTUH HULU LANGAT

Subhanallah .. Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Di Batu 14 Hulu Langat, Kajang Selangor Darul Ehsan (Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat)

LINK UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN .. TRAGEDI TANAH RUNTUH HULU LANGAT,KLIK LINK INI http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html idg=TrageditanahruntuhHuluLangat

Semua mangsa yang terkorban berjaya dikeluarkan06:44:41 AM
KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.
Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.

2011/05/22-Senarai mangsa tragedi tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA

2011/05/22-Tanah Runtuh Hulu Langat: Setengah jam tertimbus
Pelajar cerita pengalaman dihempap tanah sebelum diselamatkan
KUALA LUMPUR: “Saya nampak tanah dah runtuh sikit tetapi dalam masa beberapa saat saja, kawasan itu ranap dan tanah jatuh ke atas dewan dan tempat belajar. Saya nampak kawan yang tertimbus, ada yang tenggelam separuh, ada kena timpa batu dan ada mulut berbuih kerana kesakitan.

“Saya tak boleh buat apa-apa, cuma mampu selamatkan diri sendiri. Kejadian berlaku terlalu pantas, saya cuba lari tetapi tak sempat.
“Saya cuma sedar saya sudah tertimbus. Mereka (penduduk) ambil masa setengah jam nak keluarkan saya. Syukur, saya selamat,” kata Mohd Jihad Jalal, 14, seorang penghuni yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu.
Rakannya, Mohd Iman Abdullah, 14, berkata sebaik saja melihat pergerakan tanah di lereng bukit, dia sempat menjerit kepada rakannya yang berada di situ supaya melarikan diri tetapi ramai yang terperangkap kerana runtuhan berlaku terlalu pantas. 
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, selepas kira-kira 15 minit menggali kawasan tertimbus menggunakan cangkul, penduduk menemui dua mangsa pertama berusia belasan tahun. 
“Terlalu sedih, saya tak sanggup nak tengok keadaan mereka. Ada separuh tertimbus, ada minta tolong, ada yang lambai tangan minta kami keluarkan mereka Kami cuma lakukan setakat termampu sebelum bantuan sampai,” katanya yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. 
Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid

2011/05/22-PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tertimbus di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, petang semalam.
Hujan lebat jejas operasi menyelamat mangsa tertimbus tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.
Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna.
Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat.
Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi.
Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Kajang dan Hospital Ampang.
Dua daripada mangsa yang terbunuh adalah pasangan adik beradik Mohd Zaim Azahari, 14, dan Mohd Azed Azahari, 10,
Seramai 500 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) meneruskan operasi dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian mengakui gerakan mencari sukar disebabkan hujan lebat serta masih berlaku pergerakan tanah yang berkemungkinan menyebabkan kawasan itu runtuh sekali gus membahayakan anggota penyelamat.
Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.
Kediaman itu menempatkan tiga blok bangunan termasuk penginapan tiga tingkat, surau dan dewan serba guna yang dijadikan tempat kuliah serta dewan makan.
Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk dan runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.
Beberapa penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggunakan khidmat helikopter unit udara PDRM bagi membantu mengesan mangsa serta meninjau keseluruhan kawasan kejadian.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, berkata kawasan di sekitar Batu 14 itu dikelilingi bukit serta mempunyai banyak anak sungai yang menyebabkan mudah berlaku runtuhan atau pergerakan bawah tanah.
Katanya, kawasan kejadian terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak yang dikatakan antara punca pergerakan tanah mendap secara perlahan sebelum runtuh petang semalam.
“Kawasan ini memang menjadi kawasan tadahan air bawah tanah. Jika hujan lebat lebih 30 minit, pasti akan berlaku banjir kilat kerana tanah di situ sudah banyak air,” katanya. 

Lima mangsa di hospital dilaporkan stabil 06:42:09 AM
KUALA LUMPUR: Lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang dimasukkan ke Hospital Ampang petang semalam dilapor berada dalam keadaan stabil.
Tiga lagi kritikal, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke hospital itu pada pukul 4.46 petang hingga 8.23 malam.
Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, (cedera tangan kiri); Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Pandan Mewah (patah tangan kiri); Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden (patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher); Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.
Ab Rashid berkata kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah.
Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi.
Sehingga awal pagi ini, seramai 16 orang maut dan sembilan cedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa petang semalam.

Lenyap sekelip mata
HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam. 
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.
Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.
Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.
“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.
“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.
Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.
“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.
Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.
Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.
Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.
Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.
“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.

Gali tanah guna tangan
HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.
Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga. 
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.
“Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.
Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.
Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.
Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.
Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.
Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.
Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.
“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).
“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.
Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.
“Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap,” katanya.
Tiga faktor kejadian
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa. 
Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.
“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.
“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.
Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.
“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.
“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.
Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.
“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.
“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.
Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.
BERITA myMetro

BAHAYA... kelihatan pergerakan tanah ketika hujan di Hulu Langat, semalam.
01:01:37 AM - Berita terbaru awal pagi ini ini . Maklumat terbaru kejadian tanah runtuh di Kajang 
10.20pm - Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.
10.30 - Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang. Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.
Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus.
Maklumat terbaru: Zaid ashwal, 18, boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

Saturday, May 21, 2011

KATA KAN TIDAK PADA PENDERAAN

Diana Danielle di kempen “Say No To Child Abuse”
KATA KAN TIDAK PADA PENDERAAN Bila baca berita selalu ada sahaja berita tentang penderaan..ermmm sedih nyer..yang tidak berdosa selalu menjadi mangsa. Pastinya setiap hari kita akan terbaca kes-kes penderaan kanak-kanak yang sangat melampau dan terlampau. Kadang-kadang sedih jugak hati ini bila dapat tahu ada kanak-kanak comel yang diseterika, dicucuh dengan puntung rokok, dihantuk, diseksa kejam dan macam-macam lagilah. Tak sangka ada manusia berhati binatang yang sanggup berbuat sedemikian. Kejam sungguh mereka ini.KEJAM! KEJAM! KEJAM
Dan kami sangat teruja apabila mendapat tahu UNICEF dan ramai artis tempatan sedang menjalankan kempen “Say No To Child Abuse”. Ini satu langkah yang sangat baik dan patut disebarkan. Salah seorang artis yang terlibat dalam kempen ini ialah Diana Danielle. Walaupun belum ada anak lagi, DD sangat supportive untuk membanteras penderaan kanak-kanak.
Penderaan membawa kesan untuk jenerasi akan datang. Pastinya mental mereka akan terganggu. Mereka adalah bakal pemimpin masa depan. Kalau kecik-kecik lagi mental dah rosak, macam mana pulak bila dewasa nanti. Jadi marilah bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila ke website UNICEF.

Thursday, May 19, 2011

TEMPE MAKANAN BERKHASIAT YANG DIAKUI DUNIA

TEMPE-Makanan Berkhasiat Yang Diakui Dunia

Tempe, makanan tradisional yang asli berasal dari Indonesia, yang juga sering disebut makanan rakyat, ternyata memiliki manfaat yang sangat penting bagi tubuh manusia. Bahkan manfaat dari tempe tersebut telah diakui dunia.

Badan kesihatan dunia (WHO) telah mengakuinya sebagai makan berkhasiat yang dapat mencegah dan mengatasi berbagai penyakit, selepas hasil kajian tentang sebatian pembentuk tempe di negara-negara maju seperti AS, Jepun, Inggeris dan Jerman berbuah positif (ternyata tempe sudah menyebar ke dunia).
Tempe hasil fermentasi soya dengan inokulum Rhizopus sp . yang berwarna putih kapas. Rhizopus sp. ini merupakan cendawan yang boleh mengurai protein dalam soya menjadi asid amino, sehingga lebih mudah dicerna tubuh.
Susunan asam amino tempe ini mempunyai kadar lisin yang tinggi tetapi metionin-sistinnya rendah. Struktur ini bertentangan dengan yang dimiliki beras. Teorinya, asid amino protein nabati bakal menjadi protein lengkap bila dicampur dengan sesamanya.Itu sebabnya makan tempe campur nasi sangat dianjurkan.
Tempe juga merangsang fungsi kekebalan tubuh terhadap bakteria 'E.coli' penyebab diare. Caranya, tempe dikukus lalu dihaluskan kemudian dicampur dengan air tajin dan garam. Berikan racikan tempe ini berkali-kali. Cara ini sudah dibuktikan di Jepun semasa wabak "E.coli O-175" tahun 1996 lalu (ternyata tempe sudah lama beredar di Jepun)
Tempe bisa melindungi dari serangan pelbagai jenis kanser, seperti kanser payudara, kanser rahim, dan sejenisnya. Sebatian dalam tempe dipercayai mempunyai aktiviti anti penyakit degeneratif, antara lain vitamin E, karotenoid, superoksida, deismutase, dan isoflavon.
Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis. Tempe berperanan sebagai pembekal mineral, vitamin B-12 dan zat besi yang sangat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi dalam tempe cukup tinggi mencapai 9mg, 30% dari kecukupan zat besi yang dianjurkan tiap hari, juga zat besi ini lebih mudah diserap tubuh berbanding dengan zat besi pada pangan nabati lain. Sedangkan kandungan mineral kalsium tempe juga tinggimencapai 347 mg/100gr, mencukupi 50% keperluan kalsium tubuh setiap harinya.
Tempe juga boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Sebatian protein, asam lemak PUFA, serat, niasin, dan kalsium dalam tempe dapat mengurangkan plaque kolesterol yang boleh menyumbat pembuluh darah dan pengerasan pembuluh darah yang sering menyebabkan penyakit jantung, hipertensi, dan stroke.
Tempe juga berguna bagi proses pembentukan tulang menurut Prof. Ahmad Biben, guru besar pada Fakultas Kesihatan, Universiti Padjajaran Bandung. Kandungan zat aktif isoflavon, khususnya daidzein, genistein dan isoflavon jenis-2 yang boleh berkaitan dengan reseptor hormon estrogen dalam tubuh, mengurangkan aduan psikovasomotor, khususnya semburan panas di dada (yang sering dialami perempuan saat memasuki masa menopause).
Tempe mengandung berbagai unsur bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen anti-bakteria. Agar khasiat zat-zat ini tidak terbuang dalam proses pemasakan, Prof. Biben menganjurkan tempe dimasak dengan menu seperti sup, semur, atau dibacem.
Tempe mempunyai kandungannya 157 kalori pada 100gr. Tapi kadar lemak tempe cukup tinggi iaitu tiap 100 gr. Mengandung 8.8 gr lemak (tempe segar) dan 19,7 (tempe kering). Namun, tempe mengeluarkan enzim Lipase, yang akan memecah lemak itu menjadi lemak yang diperlukan oleh tubuh, seperti asid lemak linoleat dan oleik.
Tempe juga berpotensi meningkatkan mutu gizi. Setiap 100 gr tempe segar menyumbang 10.9 gr protein, lebih dari 25% keperluan protein pada hari yang dianjurkan bagi orang dewasa. Bagi ibu hamil dan menyusui, tempe dapat membantu dalam kecukupan zat gizi hanya dengan mengkonsumsi 50 gr tempe (2 potong tempe seukuran kotak korek api).
Pakar makanan tradisional DR. William Shurleff dan DR. Akiko Aoyagi berkata tempe sebagai "superior soyfood from Indonesia", sehingga tidak heran jika dalam beberepa tahun mendatang tempe akan menjadi makanan yang terkenal dan popular di dunia.
Diolah ke Bahasa Melayu

Monday, May 16, 2011

10 GANGGUAN TIDUR

10 GANGGUAN TIDUR YANG MENAKUTKAN
Tidur seharusnya menjadi waktu yang damai dan rileks. Tapi bagi sebagian orang yang mengalami gangguan tidur, tidur boleh menjadi hal yang menakutkan. Apa saja gangguan tidur yang menakutkan? Berikut ini 10 gangguan tidur yang dianggap menakutkan bagi penderitanya.
1. Gangguan Mimpi Buruk
Orang dengan gangguan mimpi buruk sering terbangun dengan keringat dingin dan kenangan buruk dalam mimpi yang mengerikan. Hal ini juga akan mengganggu kualiti hidupnya. Kerana sebahagian daripada mereka mungkin takut untuk tidur.
Stres dan kurang tidur adalah pencetus utama mimpi buruk. Menurut American Sleep Association (ASA) beberapa ubat juga boleh mencetuskan mimpi buruk.Dalam kes yang berat, kaunseling atau ubat penenang mungkin diperlukan untuk meredakan kecemasan yang mendasari mimpi buruk.
2. Tidur Sambil Berjalan (sleepwalking)
Sekitar 15 peratus orang dewasa kadang-kadang terbangun dan berjalan seenaknya di sekitar rumah masih dalam keadaan tidur. Pada anak-anak, jumlahnya bahkan lebih tinggi.
Sleepwalking boleh disebabkan oleh stress, tidur tidak nyenyak, dan genetik.Orang yang tidur sambil berjalan boleh melakukan apa saja. Mereka mengerti arah, boleh memindahkan perabot atau membuka pintu.
Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2003 dalam jurnal Molecular Psychiatry, mendapati bahawa 19 peratus orang dewasa yang berjalan dalam tidur terluka saat melakukan serangan malam mereka.
Jatuh merupakan bahaya terbesar, jadi jika anda punya kebiasaan mengigau dan berjalan ketika tidur, para ahli menyarankan anda memindahkan kabel elektrik dan jauhkan tempat tidur dari tangga
3. Keganasan Malam
Berteriak, meronta-ronta, panik, dan mundar-mandir adalah gejala orang yang mengalami keganasan malam. Tidak seperti mimpi buruk yang terjadi selama tidur, keganasan malam terjadi biasanya terjadi di awal malam. Hal ini biasanya terjadi pada anak-anak. Orang yang mengalami keganasan malam tiba-tiba akan duduk tegak, mata terbuka, meskipun sebenarnya mereka tak melakukan pandangan.
Punca pastinya belum diketahui. Tapi demam, tidur tidak teratur dan stres boleh mencetuskan keganasan malam. Untungnya menurutnya ASA, keganasan malam akan berkurangan seiring usia.
4. Halusinasi Mengantuk
Kita biasa melihat hal-hal aneh dalam mimpi. Tapi bagaimana jika kita melihatnya saat sedang tidak bermimpi? Ini disebut dengan hypnagogic hallucination yang terjadi selama peralihan dari bangun tidur. Orang yang mengalami hypnagogic hallucination biasanya mendengar suara-suara atau melihat hal-hal aneh di bilik mereka.
5. Sindrom Kepala Meledak (Exploding Head Syndrome)
Sindrom kepala meletup tidak benar-benar meledakkan kepala. Gangguan ini terjadi selama tidur nyenyak, ketika orang tiba-tiba bangun dengan terkejut oleh suara keras dan tajam.
Tidak ada rasa sakit atau bahaya yang terjadi pada sindrom ini. Punca pasti sindrom kepala meletup pun belum diketahui, tapi diyakini hal ini berkaitan dengan penyakit serius.
6. Kelumpuhan Tidur (Sleep Paralysis)
Selama tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak. Ini kelumpuhan sementara waktu, walaupun kadang-kadang kelumpuhan tetap ada bahkan setelah orang terbangun. Biasanya kelumpuhan tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami kelumpuhan tidur merasa ditindih dan tercekik.
7. Perilaku gangguan REM (Rapid-Eye-Movement)
Gangguan perilaku tidur REM berlaku paling sering pada orang dewasa yang lebih tua, dan boleh merupakan gejala penyakit Parkinson, gangguan neurologi degeneratif.
8. Gangguan tidur yang berkaitan dengan makanan
Orang dengan gangguan ini akan makan pada saat malam hari. Biasanya orang yang mengalami ini akan kehilangan sedikit memori di keesokan harinya.Beberapa kes cukup membahayakan, kerana mereka boleh sahaja menggunakan pisau atau menyalakan kompor.
9. Seksomnia
Seksomnia atau Sexual Behaviour in Sleep (SBS) adalah kebiasaan seksual yang terjadi ketika seseorang sedang tidur. Seksomnia boleh mengganggu, berbahaya atau bahkan jenayah (kekerasan seksual atau pemerkosaan).
10. Insomnia
Insomnia adalah kesukaran atau ketidakupayaan untuk tidur nyenyak. Hal ini boleh menyebabkan iritasi dan kurangnya konsentrasi pada siang hari, dan jangka panjang kurang tidur boleh benar-benar berbahaya. Kurang tidur telah dikaitkan dengan obesiti, tekanan darah tinggi dan serangan jantung, di antara gejala buruk yang lain.

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.