بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Sunday, May 29, 2011

INFO SIHAT - GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN

Gigi Sihat Senyuman Menawan
Sakit gigi – cabut atau tampal?
Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .

Kenapa kita sakit gigi?
Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?
Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.

Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.

Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli. BY: http://drleen.wordpress.com

1 comment:

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.