بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, May 11, 2011

KHASIAT SEBIJI TELUR

Sebiji telur pelbagai khasiat untuk tubuh
Makanan di sekeliling kita yang terhasil secara semula jadi mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan. Contohnya, telur yang dihasilkan daripada ayam yang debesarkan secara semula jadi, mempunyai pelbagai sumber khasiat yang diperlukan tubuh seperti protein dan sebagainya.
Selain mudah didapati harganya juga murah dan penyediaan hidangan daripada sumber ini juga boleh dipelbagaikan. Ikuti beberapa manfaat yang diperoleh daripada telur.
Protein
Kandungan protein di dalam telur adalah semula jadi, oleh itu protein yang terdapat di dalamnya adalah protein yang bermutu tingi, yang dapat menyediakan asid amino yang diperlukan tubuh.
Tenaga
Menurut beberapa kajian, makan telur ketika bersarapan dapat memberikan sumber tenaga yang cukup untuk keseluruhan anggota keluarga bagi melakukan aktiviti seharian.
Harga berpatutan
Dengan harga yang murah berbanding makanan berprotein yang lain, anda boleh mendapatkan stok telur yang banyak untuk jangka masa yang agak lama.
Tidak bahaya pada jantung
Di dalam sebuah kajian yang dilakukan selama 30 tahun mendapati bahawa memakan telur tidak membahayakan orang dewasa mahupun golongan warga emas kerana ia tidak mempunyai kesan signifikan terhadap jantung.
Baik untuk bayi
Telur kaya dengan kolin, iaitu nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran bayi dan janin. Kolin ini juga membantu perkembangan otak bayi menjadi lebih baik lagi.
Kaya nutrisi
Sebiji telur mengandungi 13 vitamin dan mineral serta rendah kalori iaitu lebih kurang 70 kalori sahaja. Telur juga mempunyai karbohidrat, protein dan 8 jenis asid amino sehingga ia menjadi amat baik untuk tubuh , terutama bagi anak-anak yang sedang membesar.
Kepelbagaian hidangan
Cara penyediaan yang mudah, ringkas dan pelbagai menjadikan telur satu hidangan pilihan kebanyakan orang. Contohnya, telur boleh dimakan mentah, separuh masak atau masak sepenuhnya. Cara penyediaannya juga banyak dan anda boleh merebus, menggoreng, dicampurkan di dalam mi, bihun, dibuat sambal, di masak bersama roti dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.