Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, June 29, 2011

Anda penghidap migraine?..4 langkah mudah bagi menangani serangan migraine..

Anda penghidap migraine? Oh, tidak! Mungkin ini yang dikatakan oleh ramai orang yang menghidap migraine. Betul? Migraine sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Pengidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migraine akan berlaku kepada mereka.

Saya sertakan 4 langkah mudah bagi menangani serangan migraine untuk anda yang menghidapnya.

1. Pergi ke tempat yang gelap dan selesa.
Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri anda daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya.
Serangan migraine biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh.  Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

2. Letakkan tuala basah atau sejuk.
Petua ini memang ramai yang sudah lakukan. Dan ternyata ianya amat berkesan dalam menangani masalah migraine.
Cuba letakkan tuala yang direndam di dalam air sejuk di atas dahi, bahagian mata atau di bahagian atas tengkuk.

3. Rehatkan mental.
Migraine sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daipada anda dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.
Fokus kepada hidup anda yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani.

4. Dapatkan tidur yang sempurna.
Hendak dapat tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila anda tidur, minda anda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan daripada luar yang boleh meningkatkan migraine anda. by:cyberclinics.org

Tuesday, June 28, 2011

HANYA 1 KAPSUL!!! .. Menjaga Kesihatan & Membantu Payu Dara, Rahim, Punggung, Otot Pelvik, Kulit...

30 Hari Nampak Muda dan Remaja
Tegang Dan Menawan..Segar Bertenaga
Tegang..Ketat..Menawan PUERARIN PLUS
Perempuan Jangan Terlepas!!!
Kembalikan keremajaanmu. Rebutlah kemudaanmu yang semakin pudar. Hangatkan kembali hubunganmu. Segarkan dirimu. Sihatkan dirimu. Hindarkan dirimu dari Kanser yang mungkin menimpamu. Pasti dirimu akan terkejut apabila dengan hanya 1 kapsul PUERARIN PLUS ini kamu pasti mencapai kegembiraan dan kemudaan hanya dalam 30 hari. Kamu pasti mem-personakan si dia dengan perubahanmu. Kegembiraan si dia adalah keyaki-nan untuk dirimu jua…pasti menawan dan tertawan…
Pueraria Mirifica  membekalkan phytoestrogen yang mampu mengantikan estrogen yang semakin berkurangan, mengekalkan kerema-jaan, menegang payudara dan punggung, menegangkan kulit, merawat sistem wanita dalam dan luar, mengurangkan kadar risiko mendapat penyakit kardiovaskular, menstabilkan emosi (mengurangkan kemurungan), membantu merawat masalah tidur, berkebolehan dll

Ini Masalah Anda?
-Inginkan Payudara yang tegang, kental dan menawan walaupun berumur?
-Mengalami masalah haid yang tidak teratur dan senggugut yang teruk?
-Sering keletihan yang teruk selepas kerja sehingga tidak larat untuk menguruskan rumah tangga?
-Hubungan suami isteri semakin dingin?
-Kadang-kadang sedih, nak marah, takut dan pelbagai perasaan yang aneh?
-Keputihan yang teruk?
-Inginkan kulit yang tegang dan nampak muda dari umur?
-Takut dengan masalah kanser payudara atau rahim?
-Selepas melahirkan terasa rahim tidak selesa atau jatuh menyebabkan kerap buang air kecil ?
-Inginkan zuriat?

Kelebihan Puerarin Plus
Semua wanita ingin cantik, menarik dan muda sentiasa. Namun, pada zaman kini ramai wanita terpaksa menjadi 'superwomen' kerana selain menguruskan rumah tangga, ramai wanita turut sama membanting tulang keluar bekerja semata-mata membantu suami menampung per-belanjaan keluarga. Dalam diam sebenarnya, ramai wanita yang berhadapan dengan masalah dalaman antaranya yang berpunca dari penuaan, mengandung dan bersalin serta hubungan suami isteri.

Apakah masalah yang sering dirunguti oleh para wanita tentang kesihatan dalaman mereka?
Satu ciptaan khas, dimana ketulenan bahan didalam PUERARIN PLUS telah ditingkatkan kepada 20 kai ganda dari bagi menghasilkan kesan yang sangat produktif bagi menjaga dan memperbaiki 6 sistem wanita. Wanita sememangnya unik dan memerlukan perawatan yang rapi dalam menjaga tubuh badan supaya tidak dimamah usia. Dengan ini formulasi baru PUERARIN PLUS ini mampu menampakkan anda muda daripada usia.

PUERARIN PLUS mengandungi pueraria mirifica dan lobata dimana kajian menunjukkan kandungan yang terkandung didalam herba ini mengandungi phytoestrogen yang mampu mangantikan estrogen yang semakin menurun apabila wanita melalui proses penuaan. Apabila wanita melalui proses penuaan hormon estrogen akan menurun secara semula jadi dan ini akan menyebabkan sistem wanita semakin lemah. Dengan ini, apabila kadar estrogen dalam badan semakin menurun dengan pengambilanPUERARIN PLUS yang telah digandakan kepada 20 kali herbanya maka phytoestrogen mampu mengantikan fungsi estrogen. Dengan ini badan anda akan sentiasa mempunyai hormon yang stabil yang membolehkan 6 sistem wanita terpenting anda kelihatan sentiasa muda dan sihat.

Selepas 30 hari menggunakan PUERARIN PLUS anda pasti akan merasai dan melihat perubahanya. Rasailah dan kongsilah perubahan anda bersama yang tersayang. Dengan ini anda pasti akan bertambah yakin apabila masalah anda menuju ambang penyelesaian.

Apa Kata Pengguna
Suhaila Rahim, 26 tahun
6 bulan yang lepas saya tercari-cari produk yang boleh bantu saya mendapatkan susuk tubuh yang menggiurkan, ini kerana saya bakal mendirikan rumah tangga. Saya memiliki tubuh yang agak kurus dan mengalami masalah keputihan yang teruk. Pelbagai produk telah diperkenalkan dan dicuba oleh saya. Sehinggalah saya terlihat di dalam facebook tentang produk JELITAYU PUERARIN PLUS yang boleh membantu 6 fungsi wanita dengan hanya 1 kapsul. Sangat menarik untuk dicuba dan harga pun hanya RM69 sahaja. Setelah 4 hari saya mengambil PUERARIN PLUS masalah keputihan saya dengan serta merta hilang. Ini amat menggembirakan saya. Kini saya boleh merasa sedikit tenang. Setelah 2 bulan saya menggunakan saya dapat rasa dan lihat payudara semakin menegang dan membesar, punggung saya sedikit montok dan ini menampakkan susuk tubuh yang saya inginkan. Kini bakal suami saya menjeling manja tanda tunggu hari perkahwinan kami.

Rasidah Supian , 51 tahun, Ibu kepada 7 org anak
Saya diperkenalkan dengan PUERARIN PLUS oleh anak saya kerana saya kerap sakit diba-hagian peranakkan dan kerap mengalami sakit kaki. Disebabkan sakit ini saya kerap marah. Setelah 3 hari , saya terasa badan lebih segar dan lebih cergas. Setelah sekotak saya ambil rami mula tanya kenapa saya kelihatan berbeza. Kulit nampak lebih tegang. Badan nampak lebih anjal . Payu dara dan punggung nampak bak seperti anak dara. Muka kelihatan berseri. Perubahan ini juga dirasai keluraga dan suami tercinta kerana kini saya kerap ketawa. Sang suamilah yang paling gembira.

Diyana, 30 Tahun
Puerarin Plus berwajah baru, 20 kali ganda ketulinan dipertingkatkan membuatkan ana teruja mengamalkannya semula. Ana berhenti disebabkan menyusukan anak yang kedua. Setelah selesai penyusuan anak, semua wanita akan mengalami kejatuhan keanjalan payudara meraka. Begitu juga dengan ana. Keadaan itu amat menyedihkan. Ternyata wajah baru Puerarin Plus memang diluar jangkaan. Sememangnya menakjubkan. Kesannya amat cepat dan ketara. Sekotak mengamalkan 1 kapsul 1 hari, di ambil 1 minggu 5 hari sahaja memang mampu merubah penampilan ana, malah wanita diluar sana juga. Hanya 1 kotak permulaan mengamalkan Puerarin Plus sudah menampakkan kepuasan yang bukan sahaja terlihat pada payudara, malah 6 fungsi penting wanita termasuk kulit turut dapat dirasai. Kini remaja di luar sana jangan lah sia-sia kan usia anda untuk tampil lebih menarik. Ini kerana Puerarin Plus bukan hanya untuk orang berkahwin sahaja. Asalkan 18 tahun ke atas sudah boleh menikmati khasiat yang ada pada Puerarin Plus ini. Ana sememangnya pengamal produk JelitAyu Nutri Faktor sebelum ini. Ternyata dengan mengamalkan Nutri Faktor bersama Puerarin Plus, sudah cukup menjadikan ana seorang yang sihat hari demi hari, dan yakin dengan penampilan diri. Asalkan mengambil secara konsisten, memang mampu memberi kepuasan pada diri sendiri. Malah yang disayangi lebih menyayangi diri ini.

KINI PUERARIN PLUS RM69 (1 HARI 1 KAPSUL, DIAMBIL 1 MINGGU 5 HARI SAHAJA)

Saturday, June 25, 2011

UNGKAPAN MAAF

Maaf Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.
Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.
Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.
Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?
Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?
Mengalah Bukan Bererti Kalah
Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.
What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air. 

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu

Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!
Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!
Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.
Maaf Itu Membahagiakan
Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah. 
Sabda baginda Nabi
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.
Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu. 
Abu Burdah r.a berkata:  Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:  Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
-Artikel iluvislam

TEGURAN

Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Artikel iluvislam

HUKUM BOHONG SUNAT

Hukum Bohong Sunat
BOHONG SUNAT
Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih

Jawapan; Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Azkar, Imam an-Nawawi.
2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 16, kitab al-Birri wa as-Silah.., Bab Tahrim al-Kazibi..
3. Raudhatul-Muttaqien, Syeikh Abdul-Qadier ‘Irfan, jil. 1, bab al-Islah baina an-Naas.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL 

Friday, June 24, 2011

RENUNGAN BERSAMA .. ADAP BERSIN

Adab Bersin
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: “Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak.” (Sahih Muslim)

Huraian:
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.

2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.

3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah”, sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan “Afakallah” (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah”.

5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.

Thursday, June 23, 2011

MUTIARA KATA

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah 216)

Tuesday, June 21, 2011

MAKANAN-KARBOHIDRAT..LEMAK..PROTEIN


Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat .
Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen.
Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas.Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.
Lemak ialah sejenis lipid, yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain berdasarkan struktur kimia. Kategori molekul ini penting untuk banyak bentuk hidupan yang lepas, terutama pada kedua-dua fungsi struktur dan metabolik. Lemak merupakan sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof (termasuk manusia). Lemak biasanya larut dalam sebatian organik tetapi tidak bersama air.
Lemak terdiri daripada kumpulan sebatian yang luas yang pada umumnya larut dalam pelarut organik dan biasanya tidak larut dalam air. Secara kimia, lemak merupakan triesters dari Gliserol (Glycerol) dan asid lemak. Lemak mungkin membentuk pepejal atau cecair pada suhu bilik, bergantung kepada struktur dan komposisinya. Sungguhpun perkataan "minyak", "lemak", dan "lipid" kesemuanya digunakan bagi merujuk kepada lemak, "minyak" biasanya merujuk kepada lemak yang membentuk cecair pada suhu bilik normal, sementara "lemak" biasanya digunakan bagi merujuk kepada lemak yang membentuk pepejal pada suhu bilik normal. "Lipid" digunakan bagi merujuk kepada kedu-dua bentuk lemak cecair dan pepejal, bersama bahan lain yang berkait. Perkataan "minyak" juga digunakan bagi sebarang bahan yang tidak bercampur dengan air dan memiliki rasa berminyak, seperti petrol (atau minyak mentah), minyak pemanas, dan minyak pati ("essential oils"), tanpa mengira struktur kimianya.
Lemak membentuk kategori lipid, dibezakan dengan lipid lain melalui struktur kimianya dan ciri-ciri fizikal. Kategori molekul ini penting bagi banyak bentuk kehidupan, bagi fungsi struktur dan metabolik. Ia merupakan bahagian penting bagi permakanan kebanyakan heterotroph (termasuk manusia). Lemak atau lipid diuraikan dalam badan melalui enzim yang dikenali sebagai lipase yang dihasilkan dalam pancreas.
Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan buter atau ghee. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan. Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan "vegetable shortening", yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi memasak. Contoh lemak sedemikian boleh dikelaskan sebagai lemak tepu dan minyak tidak tepu.
Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.
Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.
Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous yang banyak bergantung kepada struktur sekunder dinama bentuk protein ini boleh diulang. Manakala bentuk kedua ialah protein globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein) Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.
Percantuman beberapa Asid Amino dinamakan tindakbalas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.
Di hujung yang mempunyai kumpulan amino dikenali sebagai terminal N (amino) dan hujung yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali sebagai terminal N. penyambungan rantaian asid amino ini memerlukan tenaga yang tinggi dan ketepatan turutan asid amino dalam rantaian ini pula bergantung kepada koordinasi di antara mRNA dan tRNA.
Protein yang dibentuk dengan hanya menggunakan satu polipeptida dinamakan sebagai protein monomerik dan yang dibentuk oleh beberapa polipeptida contohnya hemoglobin pula dikenali sebagai protein multimerik.

Saturday, June 18, 2011

LEMAH KAWALAN KENCING MEMBELENGGU

Lemah Kawalan Kencing-Cenderung Berlaku Kepada Wanita
Keadaan lemah kawalan kencing terjadi apabila terdapat masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Tubuh menyimpan air kencing (cecair dan sisa buangan yang dikumuhkan oleh buah pinggang) ke dalam pundi kencing, organ yang berbentuk seperti belon. Pundi kencing bersambung ke urethra, tiub di mana air kencing dikumuhkan dari tubuh.
Masalah kebasahan ini berlaku kerana otot lantai pelvis menjadi lemah (umumnya disebabkan oleh kelahiran anak) dan kini tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing dari terkeluar. Kelemahan otot lantai pelvis mungkin juga disebabkan oleh kelemahan kesihatan atau obesiti, sembelit,pelbagai ubat-ubatan, dan menopaus.

Masalah lemah kawalan kencing lebih cenderung berlaku dalam kalangan wanita berbanding kaum lelaki. Menurut kajian, satu daripada empat wanita berumur 35 tahun ke atas mengalami kegagalan mengawal kencing. Sesetengah wanita mungkin terkucil beberapa titis air kencing semasa bersin, batuk, ketawa atau bersenam.
Dipercayai, ramai wanita yang menghadapi situasi sebegini tidak mahu berjumpa doktor dan malu membincangkan masalah itu dengan orang lain. Biarpun, mereka tidak mengetahui apa masalah yang membelenggu diri, mereka tetap tidak mahu mendedahkannya.
Kebocoran ini berlaku kerana otot lantai pelvik wanita telah menjadi lemah (selalunya berlaku setelah melahirkan anak). Ini menyebabkan mereka tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.
Keadaan ini juga biasa berlaku ketika bayi masih dalam kandungan. Apabila bayi semakin membesar, ia akan memberi tekanan pada pundi kencing ibunya.
Sewaktu bersalin pula, pergerakan bayi melalui ruang peranakan memberi tekanan kepada pelvik dan menyebabkan hilangnya kawalan kencing ke atas wanita tersebut.
Faktor melahirkan anak adalah antara salah satu sebab yang utama.
Selain itu, batuk atau bersin yang berpanjangan, sembelit, tambahan berat badan dan menopaus (putus haid) yang menyebabkan paras hormon semakin menurun turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Peter memberitahu, masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau dikenali sebagai urine incontinence (UI) itu dihadapi wanita dan juga lelaki.
Bagaimanapun, wanita mengalami masalah itu dua kali ganda lebih kerap berbanding dengan lelaki.
Masalah UI juga dikenal pasti dihadapi antara 12 hingga 14 peratus orang dewasa di negara ini dengan sejumlah 85 peratus dialami wanita.
Pundi kencing iaitu organ berbentuk belon bersambung ke uretra, tiub di mana air kencing dikumuh dari tubuh.
Bagi wanita mengandung atau bersalin, masalah kebocoran air kencing berlaku bukan disebabkan cara kelahiran bayi tetapi dipengaruhi oleh perubahan hormon. Manakala berat kandungan bayi pula boleh melemahkan otot lantai pelvik yang merangkumi pundi kencing, dubur dan alat kelamin.
Wanita menopaus pula berdepan dengan tahap estrogen yang turun mendadak hingga menyebabkan berlaku perubahan pada tisu di sekeliling bahagian uro-genital.
Masalah hilang kawalan pundi kencing bukan sahaja dihadapi wanita yang sudah berusia atau putus haid, malah ia turut menyerang mereka yang melahirkan anak dan wanita muda yang belum berkahwin.
Kes paling muda yang ditemui melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun.
Lemah kawalan kencing juga adalah salah satu bentuk inkontinens (tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kencing).
Ada beberapa jenis inkontinens. Antaranya inkontinens jenis stres seperti yang diterangkan tadi, jenis desakan, jenis campuran, jenis kencing berlebihan dan inkontinens disebabkan penggunaan ubat-ubatan.
Inkontinens jenis desakan
Wanita yang mengalami masalah ini boleh kehilangan air kencing (urin) dalam amaun yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’.
Inkontinens jenis ini selalunya disebabkan pundi kencing yang terlebih aktif dan berkontraksi sebelum individu betul-betul bersedia. Ramai wanita yang mengalami masalah lemah kawalan kencing jenis desakan akibat daripada infeksi yang menyebabkan iritasi pada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing (uretra), atau menyebabkan spasma otot (pengecutan otot luar kawalan) yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi.
Inkontinens jenis campuran
Adalah tidak mustahil untuk seseorang mengalami simptom kedua-dua jenis masalah lemah kawalan kencing jenis stres dan desakan pada masa yang sama.
Kedua-dua jenis masalah ini mungkin atau tidak mungkin berkaitan dan perlu diteliti secara berasingan.
Inkontinens jenis berlebihan
Sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tidak mempunyai rasa untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat.
Dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, dan apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, air kencing tersebut akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.
Inkontinens disebabkan penggunaan ubat
Terdapat sesetengah ubat yang boleh menjadi punca kepada kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat dari pundi kencing yang telah penuh ke otak.
Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan yang dialami.

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.