Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, June 18, 2011

INFO KESIHATAN : BATUK


Batuk Berdarah
-Batuk yang mengandungi darah ini terjadi samada dalam  keadaan kahak yang bercampur darah atau batuk darah hidup (fresh blood) yang dikenali sebagai ‘haemoptysis’.
-Batuk yang terlalu kuat dan berulang-ulang boleh menyebabkan salur darah yang kecil pecah.

Tanda-Tanda/ Simptom
-Demam
-Hilang selera makan
-Badan kurus
  
Komplikasi
-Pesakit berkemungkinan menghadapi masalah :-

1. Penyakit TB (tuberculosis)
2. Kanser paru-paru
3. Jangkitan paru-paru (pneumonia)
4. Kronik brokitis
5. Embolisme paru-paru (penyumabatan salur darah dalam paru-paru)
6. Edema paru-paru(akibat kegagalan jantung)
7. Bronkiektatis

Rawatan/Pengesanan
-Pemeriksaan fizikal
-X-ray dada
-Ujian Kahak
-Ujian fungsi paru-paru
-Ujian darah
by:mahsuri.com.my

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza 
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis)
• Alahan 
• Asma 
• Merokok 
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD) 
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja 
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux
disease (GERD) 
• Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome) 
• Tekanan
• Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang
digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
 
Rawatan
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya. 
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air
untuk mengelakkan kahak yang banyak. 
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh  dan jus lemon sesuai untuk batuk yang
kering dan kerap.  2
• Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula
ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk. 
• Berhenti merokok 
• Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya
perlu 
• Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?
• Batuk yang mengeluarkan darah 
• Baru pulang dari perjalanan luar negara 
• Batuk berterusan lebih daripada dua minggu 
• Semput / sesak nafas, sakit dada 
• Demam yang berpanjangan
• Mengandung 
• Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
• Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang) 
• Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan 

Pencegahan
• Amalkan tabiat kebersihan yang baik 
• Minum banyak air 
• Tangani tekanan dengan baik 
• Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
• Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok 
• Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan 
• Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD) 

Soalan Lazim
Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada
gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat  batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali. 

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah  disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.by: infosihat.gov.my


No comments:

Post a Comment

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.