بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, June 18, 2011

LEMAH KAWALAN KENCING MEMBELENGGU

Lemah Kawalan Kencing-Cenderung Berlaku Kepada Wanita
Keadaan lemah kawalan kencing terjadi apabila terdapat masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Tubuh menyimpan air kencing (cecair dan sisa buangan yang dikumuhkan oleh buah pinggang) ke dalam pundi kencing, organ yang berbentuk seperti belon. Pundi kencing bersambung ke urethra, tiub di mana air kencing dikumuhkan dari tubuh.
Masalah kebasahan ini berlaku kerana otot lantai pelvis menjadi lemah (umumnya disebabkan oleh kelahiran anak) dan kini tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing dari terkeluar. Kelemahan otot lantai pelvis mungkin juga disebabkan oleh kelemahan kesihatan atau obesiti, sembelit,pelbagai ubat-ubatan, dan menopaus.

Masalah lemah kawalan kencing lebih cenderung berlaku dalam kalangan wanita berbanding kaum lelaki. Menurut kajian, satu daripada empat wanita berumur 35 tahun ke atas mengalami kegagalan mengawal kencing. Sesetengah wanita mungkin terkucil beberapa titis air kencing semasa bersin, batuk, ketawa atau bersenam.
Dipercayai, ramai wanita yang menghadapi situasi sebegini tidak mahu berjumpa doktor dan malu membincangkan masalah itu dengan orang lain. Biarpun, mereka tidak mengetahui apa masalah yang membelenggu diri, mereka tetap tidak mahu mendedahkannya.
Kebocoran ini berlaku kerana otot lantai pelvik wanita telah menjadi lemah (selalunya berlaku setelah melahirkan anak). Ini menyebabkan mereka tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.
Keadaan ini juga biasa berlaku ketika bayi masih dalam kandungan. Apabila bayi semakin membesar, ia akan memberi tekanan pada pundi kencing ibunya.
Sewaktu bersalin pula, pergerakan bayi melalui ruang peranakan memberi tekanan kepada pelvik dan menyebabkan hilangnya kawalan kencing ke atas wanita tersebut.
Faktor melahirkan anak adalah antara salah satu sebab yang utama.
Selain itu, batuk atau bersin yang berpanjangan, sembelit, tambahan berat badan dan menopaus (putus haid) yang menyebabkan paras hormon semakin menurun turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Peter memberitahu, masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau dikenali sebagai urine incontinence (UI) itu dihadapi wanita dan juga lelaki.
Bagaimanapun, wanita mengalami masalah itu dua kali ganda lebih kerap berbanding dengan lelaki.
Masalah UI juga dikenal pasti dihadapi antara 12 hingga 14 peratus orang dewasa di negara ini dengan sejumlah 85 peratus dialami wanita.
Pundi kencing iaitu organ berbentuk belon bersambung ke uretra, tiub di mana air kencing dikumuh dari tubuh.
Bagi wanita mengandung atau bersalin, masalah kebocoran air kencing berlaku bukan disebabkan cara kelahiran bayi tetapi dipengaruhi oleh perubahan hormon. Manakala berat kandungan bayi pula boleh melemahkan otot lantai pelvik yang merangkumi pundi kencing, dubur dan alat kelamin.
Wanita menopaus pula berdepan dengan tahap estrogen yang turun mendadak hingga menyebabkan berlaku perubahan pada tisu di sekeliling bahagian uro-genital.
Masalah hilang kawalan pundi kencing bukan sahaja dihadapi wanita yang sudah berusia atau putus haid, malah ia turut menyerang mereka yang melahirkan anak dan wanita muda yang belum berkahwin.
Kes paling muda yang ditemui melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun.
Lemah kawalan kencing juga adalah salah satu bentuk inkontinens (tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kencing).
Ada beberapa jenis inkontinens. Antaranya inkontinens jenis stres seperti yang diterangkan tadi, jenis desakan, jenis campuran, jenis kencing berlebihan dan inkontinens disebabkan penggunaan ubat-ubatan.
Inkontinens jenis desakan
Wanita yang mengalami masalah ini boleh kehilangan air kencing (urin) dalam amaun yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’.
Inkontinens jenis ini selalunya disebabkan pundi kencing yang terlebih aktif dan berkontraksi sebelum individu betul-betul bersedia. Ramai wanita yang mengalami masalah lemah kawalan kencing jenis desakan akibat daripada infeksi yang menyebabkan iritasi pada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing (uretra), atau menyebabkan spasma otot (pengecutan otot luar kawalan) yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi.
Inkontinens jenis campuran
Adalah tidak mustahil untuk seseorang mengalami simptom kedua-dua jenis masalah lemah kawalan kencing jenis stres dan desakan pada masa yang sama.
Kedua-dua jenis masalah ini mungkin atau tidak mungkin berkaitan dan perlu diteliti secara berasingan.
Inkontinens jenis berlebihan
Sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tidak mempunyai rasa untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat.
Dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, dan apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, air kencing tersebut akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.
Inkontinens disebabkan penggunaan ubat
Terdapat sesetengah ubat yang boleh menjadi punca kepada kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat dari pundi kencing yang telah penuh ke otak.
Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan yang dialami.

No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.