Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Friday, July 29, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN.. KELEBIHAN BERPUASA & SOAL JAWAB NIAT PUASA,QADHA PUASA & LAIN-LAIN


Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan Almubarak

Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :


Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :
Allah berfirman :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
Nabi r bersabda :

[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]

Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan 
1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :
Nabi r bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :
Nabi r bersabda :

[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]

Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “ [HR Al-Bukhari : 2637]


Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain(soal..jawab)
Assalamualaikum wbt…
Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

Wassalam….jawapan:

wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء
“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah .

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم
“Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah )”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”WA. wassalam Posted by mohd masri


Wednesday, July 27, 2011

MUTIARA KATA .. RENUNGAN BERSAMA

Tinggalkan apa yang meragukanmu, Kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, Dan dusta itu menimbulkan keraguan. (Attirmidzi)


Yang Besar Itu Nafsu
Yang Berat Itu Amanah
Yang Jauh Itu Masa
Yang Indah Itu Solat
Yang Dekat Itu Mati
~Imam Al-Ghazali~



Orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah
Orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, Tandanya ia akan menerima kemuliaan daripada Allah
Terasa hina diri dalam ibadah dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada-Nya dan lebih menghindarkan diri daripada nasihat.Nasihat Lukmanul Hakim Kepada Anaknya

Tuesday, July 26, 2011

PENJAGAAN WAJAH YANG CUKUP SEMPURNA RINGKAS SERTA BERKESAN

AS Beauty & Insta White
AS Beautys 'A Simple Beauty' Facial Treatment 3 in 1
~ Anda Tidak Akan Menafikan Keberkesanannya ~
*MILIKI WAJAH BERSERI, HALUS & BERSIH
*HANYA 3 LANGKAH MEMBERSIH(BEAUTY SOAP), MELINDUNGI(DAY CREAM/BASE MAKEUP) & MERAWAT(NIGHT CREAM)
*MAMPU MENGATASI MASALAH RESDUNG,JERAWAT KRONIK & JERAGAT DEGIL
*RINGKAS!!! BERKESAN!!! HEBAT!!!
*SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT & PERINGKAT UMUR, WANITA MENGANDUNG JUGA UNTUK LELAKI
*BEBAS HYDROQUINONE .. CUBA LAH PASTI TAK MENYESAL!!!

PRODUK RAWATAN MUKA DARI BAHAN SEMULA JADI YANG RINGKAS DAN MEMBERI KESAN MENAKJUBKAN HANYA 3 LANGKAH RINGKAS KULIT AKAN NAMPAK BERSERI, HALUS, DAN BERSIH.

BERTINDAK MENINGKATKAN METABOLISME KULIT DENGAN PENJANAAN SEL-SEL BARU, MERENCATKAN PROSES PENUAAN, MENGURANGKAN GARIS-GARIS HALUS, MENAMBAH KETEGANGAN KULIT DAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN SEMULA JADI AGAR KELIHATAN MUDA SENTIASA. MENGANDUNGI VITAMIN E UNTUK MERAWAT MUKA DENGAN MENGHILANGKAN JERAWAT, JERAGAT, BEKAS JERAWAT, MENGECILKAN PORI-PORI, SERTA MENCERAHKAN KULIT MUKA.


Harga Asal:
AS Beautys 3 in 1 Set - WM RM120.00 / EM RM125.00
AS Beautys 3 in 1 Trial Pack - WM RM50.00 / EM RM55.00
Harga Diskaun & Free Postage:
AS Beautys 3 in 1 Set - WM RM110.00 / EM RM115.00
AS Beautys 3 in 1 Trial Pack - WM RM50.00 / EM RM55.00
Loose:Postage RM5 dikenakan
___________________________________________________________
Jelitayu Insta White
DENGAN INSTA WHITE TIADA LAGI WAJAH KUSAM..MUKA SENTIASA BERTENAGA..CERAH..DAN TIADA BERMASALAH LAGI HARI DEMI HARI..JIMAT MASA & KOS..TIDAK PERLU MEMBUAT RAWATAN WAJAH DI LUAR..LAKUKAN SENDIRI PADA BILA-BILA MASA HANYA DI RUMAH..BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ANDA MENGGUNAKAN PRODUK LAIN DI WAJAH ANDA..

JelitAyu Insta White Penjagaan kulit dalam bentuk krim pelembab ringan yang menghasilkan " mask dengan buih mikro"apabila bersentuhan dengan kulit. bertindak sebagai " pengangkut oksigen" untuk menghasilkan kuasa penyembuhan bagi mencapai kecantikan, keserian dan keremajaan kulit secara semulajadi.

Selepas 10 minit kulit akan lebih cerah berseri dan segar bertenaga. tekstur kulit akan menjadi lebih halus, licin dan lembut disebabkan liang roma telah mengecil dan sel-sel kulit mati telah disingkirkan.
HARGA: RM48

SIAPA YANG MEMERLUKAN "INSTA WHITE"?
Sesiapa sahaja kerana Hari Ini anda mungkin ada majlis keraian,perti atau temujanji penting.Namun,wajah kelihatan kusam,gelap dan begitu letih? Kesan gelap di leher dan lengan pula menjengkelkan? Parut di badan dan kaki memburukkan penampilan?Tekstur kulit wajah tak sekata,kasar dan kering menyukarkan penghasilan solekan yang cantik semulajadi?Liang roma besar terbuka mungkin mengundang 'whitehead','blackhead' dan jerawat yang tidak diingini.Insta White jawapan yang anda perlukan untuk kesan pencerahan serta merta.

APA BEZANYA "INSTA WHITE" DENGAN KRIM-KRIM LAIN?
Ia memberi hasil serta merta yang dapat anda lihat,sentuh,dan rasa.Kulit bukan sahaja cerah berseri malah liang roma menjadi kecil dan permukaan kulit begitu halus juga lembut.Serta raut wajah kelihatan lebih muda serta merta.Dengan hasil serta merta Insta White,tiada apa yang boleh menjadi halangan anda untuk tampil di khalayak ramai dengan penuh keyakinan.

ADAKAH "INSTA WHITE" SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT?
Insta White sesuai untuk semua jenis kulit samaada normal, kering, berminyak,berjerawat,sensitif atau pun alahan.Formulasi ajaib Insta White terdiri daripada bahan yang diuji secara klinikal seperti perfluorodecalin,sodium hyaluronate,ekstrak aloe vera,ekstrak with hazel dan allantoin serta bahan-bahan lain yang dapat memberikan penampilan kulit yang lebih cerah ,segar dan lebih muda.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KESAN TERBAIK DARI "INSTA WHITE"?
Jangan risau,Insta White akan terus memberi kesan selepas diaplikasi pada kulit.Tunggu sehingga 'buih mikro' meresap hilang kedalam kulit sepenuhnya dan cuci dengan air atau lap dengan kain basah.Anda boleh menggunakannya sebelum keluar rumah atau ketika mandi,pada tidak kira siang atau malam.Kesan dilihat SERTA MERTA dengan adanya 'light reflecting pigment'.Insta White mengandungi SPF,jadi ia dilindungi kulit dari kegelapan semula.Anda boleh gunakan Insta White setiap hari pada minggu pertama dan 2-3 kali seminggu selepas itu.

Monday, July 25, 2011

BUAH PINGGANG..STRUKTUR-FUNGSINYA-KESAN SAMPINGAN

Struktur Buah Pinggang dan Fungsinya
Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.
Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.Sila lihat gambar sebelah kiri anda untuk lebih jelas tentang kedudukan tersebut.
Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.
Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.
Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil.
Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.
Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.
Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.
§  Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
§  Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
§  Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.
Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.
Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang
Pemindahan buah pinggang ialah suatu prosedur pembedahan untuk meletakkan buah pinggang yang sihat daripada penderma kepada pesakit yang buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.
Buah pinggang anda akan mengeluarkan cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang tidak diperlukan dari darah anda. Apabila buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis bahan-bahan tadi, cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang merbahaya akan terkumpul di dalam tubuh anda, keadaan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang. Dan pemindahan buah pinggang merupakan antara rawatan terbaik untuk kegagalan buah pinggang.
Hanya satu buah pinggang yang didermakan diperlukan untuk menggantikan kedua-dua buah pinggang yang gagal. Ini memberikan pilihan kepada penderma buah pinggang yang masih hidup. Tetapi jika penderma yang buah pinggangnya sesuai tetapi tidak bersedia untuk melakukan pemindahan buah pinggang, maka nama anda boleh diletakkan dalam senarai pemindahan buah pinggang menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma yang telah mati. Masa menunggu mungkin boleh sampai setahun atau pun lebih.
Mengapa Ia Dilakukan?
Pemindahan buah pinggang dilakukan untuk merawat kegagalan buah pinggang, iaitu suatu keadaan di mana buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi dengan normal. Mereka yang telah pun hilang fungsi buah pinggangnya perlulah menjalani rawatan penapisan darah (dialisis) atau pun melakukan pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.
Sebab-sebab biasa berlakunya kegagalan buah pinggang ialah:
§  Kencing manis (diabetis)
§  Tekanan darah tinggi yang kronik atau tidak dikawal
§ Glomerulonefritis kronik. Iaitu berlakunya dan juga kesan yang dalam pada penapis kecil yang terdapat di dalam buah pinggang(glomeruli)
Kadang-kadang kegagalan buah pinggang boleh dirawat melalui pemakanan, ubat dan juga rawatan bagi sebab-sebab yang asas. Jika buah pinggang anda masih tidak dapat menapis darah dengan betul setelah melakukan langkag-langkah di atas, anda mungkin akan diletakkan sebagai mereka yang layak untuk melakukan pemindahan buah pinggang. Malah, sekiranya anda tidak mempunyai jalan perubatan lain untuk merawat kegagalan buah pinggang, pemindahan ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik dari dialisis kerana ia boleh memberikan kualiti hidup yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Komplikasi Prosedur Pemindahan Buah Pinggang
Pembedahan untuk melakukan pemindahan buah pinggang juga boleh membawa kepada komplikasi yang besar termasuk:
§  Pembekuan darah
§  Pendarahan
§ Berlaku kebocoran dari tiub yang tersumbat (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing
§  Jangkitan
§  Kegagalan buah pinggang yang didermakan untuk berfungsi
§  Penolakan buah pinggang yang didermakan
Ubat Anti Penolakan Kesan Sampingan
Selepas melakukan pemindahan buah pinggang, anda perlu mengambil ubat yang membantu mencegah penolakan badan anda terhadap buah pinggang yang didermakan. Tetapi ubat ini boleh menyebabkan banyak kesan sampingan, antaranya:
§  Penipisan tulang
§  Kolestrol tinggi
§  Tekanan darah tinggi
§  Kencing manis
§  Kulit sensitif
§  Pembengkakan
§  Penambahan berat badan
§  Gusi bengkak
§  Jerawat
§  Pertumbuhan rambut yang berlebihan
*SETERUSNYA SILA KLIK:

Friday, July 22, 2011

FADHILAT PUASA WAJIB & PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
* Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
* Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
* Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
* Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
* Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
* Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."   
                  
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                       
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                       
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal                       
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                       
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadhaRamadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)                    
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w.telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                       
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram                     
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                       
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)                      
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)                     
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban                       
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                       
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis                       
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                       
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat                      
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                       
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t.membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                       
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)                       
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan                       
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                       
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                       
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)                       
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                       
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

*TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
*10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
*HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
*SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA *HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
*PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK *MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
*PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
*PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
*PUASA WANITA YANG HAMIL
*PUASA ORANG YANG MUSAFIR
*PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
*PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
*PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
*PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
*PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.