بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..Isikan Borang Pesanan/WhatsApp/SMS 019.7007.507✿◠‿◠

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Tuesday, July 19, 2011

BAHAYA JEREBU

Pengetahuan Mengenai Bahaya Jerebu
Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx. Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu?

1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.

Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):

· Kanak-kanak dan bayi
· Orang tua
· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan

· Perokok
· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah

Apakah kesan kesihatan kepada manusia

1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitisbr> 3 Kepala berasa berat dan sakit
4 Dada ketat dan terasa sesak
5 Letih yang berlebihan dari biasa
6 Ketidak stabilan emosi
7 Gangguan kepada hormone terutama wanita
8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:

· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
* Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
> 300 --------Berbahaya

Sumber: JAS 1997

Apa yang perlu anda lakukan

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut

Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
· Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
· Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
· Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara
Tulisan ini cuba menjelaskannya" Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali 

No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.