بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Monday, July 25, 2011

BUAH PINGGANG..STRUKTUR-FUNGSINYA-KESAN SAMPINGAN

Struktur Buah Pinggang dan Fungsinya
Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.
Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.Sila lihat gambar sebelah kiri anda untuk lebih jelas tentang kedudukan tersebut.
Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.
Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.
Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil.
Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.
Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.
Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.
§  Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
§  Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
§  Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.
Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.
Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang
Pemindahan buah pinggang ialah suatu prosedur pembedahan untuk meletakkan buah pinggang yang sihat daripada penderma kepada pesakit yang buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.
Buah pinggang anda akan mengeluarkan cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang tidak diperlukan dari darah anda. Apabila buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis bahan-bahan tadi, cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang merbahaya akan terkumpul di dalam tubuh anda, keadaan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang. Dan pemindahan buah pinggang merupakan antara rawatan terbaik untuk kegagalan buah pinggang.
Hanya satu buah pinggang yang didermakan diperlukan untuk menggantikan kedua-dua buah pinggang yang gagal. Ini memberikan pilihan kepada penderma buah pinggang yang masih hidup. Tetapi jika penderma yang buah pinggangnya sesuai tetapi tidak bersedia untuk melakukan pemindahan buah pinggang, maka nama anda boleh diletakkan dalam senarai pemindahan buah pinggang menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma yang telah mati. Masa menunggu mungkin boleh sampai setahun atau pun lebih.
Mengapa Ia Dilakukan?
Pemindahan buah pinggang dilakukan untuk merawat kegagalan buah pinggang, iaitu suatu keadaan di mana buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi dengan normal. Mereka yang telah pun hilang fungsi buah pinggangnya perlulah menjalani rawatan penapisan darah (dialisis) atau pun melakukan pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.
Sebab-sebab biasa berlakunya kegagalan buah pinggang ialah:
§  Kencing manis (diabetis)
§  Tekanan darah tinggi yang kronik atau tidak dikawal
§ Glomerulonefritis kronik. Iaitu berlakunya dan juga kesan yang dalam pada penapis kecil yang terdapat di dalam buah pinggang(glomeruli)
Kadang-kadang kegagalan buah pinggang boleh dirawat melalui pemakanan, ubat dan juga rawatan bagi sebab-sebab yang asas. Jika buah pinggang anda masih tidak dapat menapis darah dengan betul setelah melakukan langkag-langkah di atas, anda mungkin akan diletakkan sebagai mereka yang layak untuk melakukan pemindahan buah pinggang. Malah, sekiranya anda tidak mempunyai jalan perubatan lain untuk merawat kegagalan buah pinggang, pemindahan ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik dari dialisis kerana ia boleh memberikan kualiti hidup yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Komplikasi Prosedur Pemindahan Buah Pinggang
Pembedahan untuk melakukan pemindahan buah pinggang juga boleh membawa kepada komplikasi yang besar termasuk:
§  Pembekuan darah
§  Pendarahan
§ Berlaku kebocoran dari tiub yang tersumbat (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing
§  Jangkitan
§  Kegagalan buah pinggang yang didermakan untuk berfungsi
§  Penolakan buah pinggang yang didermakan
Ubat Anti Penolakan Kesan Sampingan
Selepas melakukan pemindahan buah pinggang, anda perlu mengambil ubat yang membantu mencegah penolakan badan anda terhadap buah pinggang yang didermakan. Tetapi ubat ini boleh menyebabkan banyak kesan sampingan, antaranya:
§  Penipisan tulang
§  Kolestrol tinggi
§  Tekanan darah tinggi
§  Kencing manis
§  Kulit sensitif
§  Pembengkakan
§  Penambahan berat badan
§  Gusi bengkak
§  Jerawat
§  Pertumbuhan rambut yang berlebihan
*SETERUSNYA SILA KLIK:

No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.