Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Tuesday, July 5, 2011

KENDURI ARWAH & KENDURI TAHLIL

Topik: Kenduri Arwah dan Kenduri Tahlil...
Assalamualaikum,ana nak tanya soalan berkenaan dengan kenduri tahlil kematian. sepeti mana yang antum pernah dengar....tiap kali antara ahli keluarga kita yang meninggal...ramai orang kata kena buat kenduri tahlil 7 mlm...40 mlm dan sebagainya. ana nak bertanya...pernahkah Rasulullah saw melakukan kenduri tahlil kematian...dan boleh tak sertakan dalil jika ada. 
wallahu a'lam

Salam. Ingin saya menyentuh sedikit tentang majlis tahlil yang kekadang bole membebankan penganut islam itu sendiri dan bagi yang kurang ilmu akan menganggap majlis tahlil itu wajib.

Apa yang ada dalam fikiran anda semua bila di tanya pasal Kenduri Tahlil? Pada pendapat saya majoriti akan terfikir mesti ada makan makan. Kalau pergi umah org berada, menunya mesti sedap sedap dan sebaliknya.Kita pergi kerana menunaikan jemputan atau semata mata makan. 

Umumnya majlis ini dlm budaya kita selalunya dibuat selama 3 hari, hari ke 7 pastu pada hari ke 100 pulak. Saya bukan berhajat nak membahaskan hukum majlis tahlil itu sendiri, banyak khilaf ulamak mengenainya. Sahabat bole lah cari sendiri.Tetapi apa yang saya nak sentuh ialah perlaksanaan majlis itu sendiri.

Bagi yang mampu tidak menjadi masalah untuk buat majlis ini bahkan memberi makan kpd org amat di galakkan.
Cuba bayangkan kpd mereka yng kurang mampu? Terpaksa berfikir panjang mana nak cekau duit nak buat majlis ni kadang kadang siap kena sewa kemah pulak.

Ada juga majlis tahlil ni di buat oleh sedara mara/waris simati dengan duit simati yang belum diselesaikan pembahagian harta pusakanya atau juga duit anak anak waris yang telah menjadi yatim piatu. Kalau tak buat org mengata pulak, bila buat tak kena dengan hukum pulak.Ini terjadi pada hemah saya kerana kita sibuk sibuk nak buat jamuan Tahlil. 

Pernahkah sahabat semua pergi ke majlis tahlil tanpa ada jamuan? bagi sendiri belum pernah lagi.Bagaimana kita bole ubah mindset (TAHLIL = MAKAN & MINUM) jemaah/masyarakat kita dari terus membebankan waris/keluarga simati dan juga pemikiran waris/keluarga simati daripada perlu memikirkan senarai menu untuk dijamu kpd tetamu bila ada kematian.
Wassalam.
Saya amat bersetuju dengan saudara....mentaliti masyarakat kita telah dipengaruhi dengan amalan yang menyalahi islam.....kalau ada saja kematian mesti nak kena buat kenduri tahlil.....orang-orang yang datang makan tu tak sedarkah yang dia makan tu mungkin harta anak yatim (harta arwah yang patut dapat kat waris )....kita perlu sedar bukan ini yang nabi ajarkan pada umatnya....nabi ajar kita agar jiran tetangga dan saudara mara yang membawa makanan dan keperluan kepada keluarga si mati....janganlah kita sedap-sedap makan tanpa disedari kita termasuk dalam golongan yang makan harta anak yatim.....nauzubillah.
Adakah menjamu orang ramai makan dan minum itu menyalahi dari segi hukum syarak? Siapa yang rasa mahu menjamu makanan dipersilakan, cumanya kena faham bahawa kenduri tahlil itu bukan wajib.

Satu yang kita perlu lihat secara positif, masyarakat hari ini, terlalu sibuk dan tidak ambik perhatian dengan jiran dan kejiranan. Bagi saya, jika kita membuat satu-satu majlis seperti menjamu makan dengan sempena sesuatu perkara, kita akan menjemput jiran,maka secara tidak langsung kita membina hubungan silaturahim dengan jiran dan saudara mara.

Jika tidak ada majlis jamuan makan, adakah saudara mara atau jiran tetangga mahu saja-saja datang rumah kita untuk membina silaturahim ini? Melalui majlis tahlil dan Yassin, sekurang-kurangnya saudara yang jauh, jiran tetangga akan datang juga untuk mengeratkan hubungan persaudaraan ini. Hanya jangan kita menanggap majlis tahlil itu wajib.

Daripada menjamu makan di majlis hari jadi yang akan timbul perkara yang lagha atau selingan maksiat, baiklah buat bacaan Yassin dan Tahlil, ada keberkatannya. Apahal pun, menjamu orang makan tidak salah, malah digalakkan.

Lagi satu, ya, kalau seorang anak itu, tidak buat majlis tahlil, tapi dia sentiasa mengirimkan hadiah buat ayah bondanya yang telah arwah, melalui sedekah, wakaf dan doa. Tapi mana-mana anak yang tidak ambik kesah tu, sekurangnya dia teringat buat majlis Tahlil dan Yassin, tu dah kira baik untuk memberi hadiah buat ayah bondanya. kalau nak harap dia bacakan yassin dan tahlil, dia tak buat, Jadi bila dia buat majlis yassin dan tahli tu setahun sekali tu , sekurangnya adalah juga hadiah yang ayah dan bonda nya terima dibarzakh sana.


No comments:

Post a Comment

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.