Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Tuesday, July 5, 2011

TEKNIK AWAL LEGAKAN SERANGAN JANTUNG


Teknik Legakan Sakit Jantung
Andaikan pada 6:15 petang, anda memandu pulang (seorang diri) selepas berpenat lelah bekerja seharian di pejabat. Anda merasa sangat letih dan agak tertekan. Tambahan pula jalan jem teruk hari itu. Anda sangat merasa tertekan dan tension…. 

Tiba-tiba anda mengalami kesakitan teruk di dada dan kesakitan itu mula merebak hingga lengan dan tulang rahang anda. Anda merasa begitu sukar sekali untuk bernafas. Kesakitan didada begitu memeritkan anda. Kesukaran bernafas begitu melemaskan anda. Pemanduan anda terganggu. Kini anda merasakan tak larat dan rasa seperti nak mati. Anda telah terkena serangan jantung yang boleh membawa maut. 

Dalam keadaan begitu, apakah tindakan anda? Apakah yang perlu anda lakukan ? Bagaimana mungkin anda dapat selamatkan diri anda daripada serangan jantung sebegini ketika anda berseorangan?

Anda mungkin telah diajar dan dilatih melakukan CPR. Tetapi anda tidak pula diajar untuk melakukan CPR pada diri sendiri kan? Mampukah anda melakukan CPR atas tubuh badan sendiri? 

Ketahuilah, kebanyakan kes serangan jantung berlaku pada ketika kita berseorangan. Tiada siapa pun disisi kita. 

Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil, akan menjadi pitam. Seseorang yang terkena serangan jantung, hanya ada cuma 10 saat sahaja sebelum dia pengsan, tidak sedarkan diri. Jadi, apa yang boleh dibuat? 

Apa yang boleh anda buat ialah…  

Jangan panik, sebaliknya BATUK lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh-sungguh.

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian cuba batuk semula. Batuk sedalam-dalamnya dan sepanjang-panjangnya seperti hendak mengeluarkan kahak dari dalam dada anda.

Tarikan nafas dan batuk itu perlu di ulang setiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung anda kembali normal. 


Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paruparu.  Manakala pergerakan yang terhasil daripada perbuatan batuk itu, akan memberikan tekanan pada jantung sehingga pengaliran darah (oksigen ada dalam darah) pada jantung berjalan lancar seperti biasa.

Himpitan dan tekanan pada jantung yang terjadi akibat batuk, membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung akan sempat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Ana harap anda semua dapat menyebarkan dan berkongsikan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur. 

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat!

No comments:

Post a Comment

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.