Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, September 28, 2011

HANYA 3 LANGKAH UNTUK KURUS??? BIAR BETUL!!! .. SIHAT!! SELAMAT!! BERKESAN!!!

JelitAyu
3 LANGKAH UNTUK PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!! SELAMAT!! BERKESAN!!!

1. Organic Nutri Detox - Botanical beverage mixed Fruits Juice, Ganoderma Lucidum & Chlorophyll

Mulakan hari anda dengan ORGANIC NUTRI & DETOX...

Asid dan toksin yang terkumpul dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit, penuaan pramasa dan masalah seperti gemuk, jerawat, badan berbau, resdung, sembelit dan sebagainya. Penyingkiran toksin dan khasiat yang seimbang amat penting untuk meningkatkan daya hidup yang sihat.

Tahukah anda 99% penyakit berpunca daripada asid dan toksin yang berkumpul dalam badan?

Tahukah anda pentingnya pembuangan angin dalam badan (kentut) dapat mengatasi masalah buncit perut?

2. JelitAyu Lipo-T (Echanced Formula)

Kurus... biar betul!

Sistem penurunan berat badan yang lengkap dan berkesan
Digunakan secara tradisional untuk melawaskan pembuangan air besar, melegakan sembelit dan mempertingkatkan tenaga.

Sangat baik dan berkesan untuk program mengekalkan berat badan.

3. JelitAyu All-Cleanse Vita Drink

Produk “maintain” Antioksidan + Detoksifikasi

Digunakan untuk program "maintain" berat badan, kesihatan & kecantikkan. Produk Pertama Kali di Malaysia 2 in 1, Anti oksidan + Detoksifikasi

Tahukah anda?..Rooibos Tea memang banyak khasiatnya..hampasnya boleh dijadikan scrub muka serta dijadikan baja..jadikan minuman seharian..

Tuesday, September 27, 2011

JelitAyu All-Cleanse Vita Drink ~ Produk “maintain” Antioksidan + Detoksifikasi ~

JelitAyu All-Cleanse Vita Drink

Produk “maintain” Antioksidan + Detoksifikasi

ALL-cleanse Vita Drink
Digunakan untuk program "maintain" berat badan, kesihatan & kecantikkan. Produk Pertama Kali di Malaysia 2 in 1, Anti oksidan + Detoksifikasi

Fungsi-fungsi
-Melancarkan penghadaman dalam perut untuk mengatasi sembelit, senak perut, angin, selepas makan terlalu banyak.
-Anti oksidan
-Melegakan sistem pernafasan, resdung, dan sakit tekak.
-Membersihkan pundi dan saluran kencing serta menyingkirkan air berlebihan dalam badan yang menyebabkan kesembapan dan peningkatan berat badan.
-Mengimbangi asid-alkali badan, penting untuk orang yang kerap makan kanji, ikan, daging,, kopi, telur, roti..
-Menguatkan hati, kulit, hempedu, dan ginjal supaya menjalankan tugas pembersihan dan nyah-toksin.
-Mencantikkan kulit yang berminyak, berjerawat batu, gatal, kudis, alahan, bisul dan bermasalah.
-Mengekalkan kesihatan jantung dan peredaran darah.
-Menyingkir kolesterol dan lemak berlebihan.
-Membantu mencegah pelbagai penyakit jenis barah dan bermanfaat kepada mereka yang menjalani rawatan barah (Chemotherapy), kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.
-Mengekalkan berat badan yang ideal.

Cara penggunaan
1 atau 2 bungkus sehari selepas makan tengahari atau malam. Bancuh dengan air panas dan minum. Boleh dicampurkan dengan susu, madu atau jus yang lain.

Ramuan
Rooibos Tea, Peppermint Leaves, Orange Peel, Uva Ursi Leaf, Rose Hips, Chamomile Flower, Rose Flower, Slippery Elm Bark, Buckthorn Bark.

Harga (1 kotak - 20 bungkus)
RM 38

Tuesday, September 20, 2011

MUTIARA KATA - ALLAH TIDAK JAUH, DOA SENTIASA MUSTAJAB

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab
Antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang 'broker' dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

"Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka." (Surah al- Ahqaf: 5-6).

Firman Allah: (maksudnya)

"Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya." (Surah Fatir: 13-14).

Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali 'songo' atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn 'Abbas:

"Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: "Apa yang Allah dan engkau kehendaki." Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki." (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka. Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil 'tok keramat' lalu mereka seakan dimaksumkan.

Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu. Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain.

Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya. Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.

Firman Allah: (maksudnya)

"Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: "Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya". Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." (Surah al-Zumar:3).

Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah: 186).

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya.

Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.

Firman Allah (maksudnya):

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin. Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya." (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga. Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian. Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi 'tekong' doa dalam pelbagai majlis.

Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya. Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud." (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

"Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan." (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kitab nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.- Artikel iluvislam.com


Sunday, September 18, 2011

3W CLINIC POWDER ATAU LEBIH DIKENALI DGN NAMA DODO PALGANTONG POWDER


3W CLINIC PROFESSIONAL NATURAL MAKE-UP POWDER
3W Clinic Powder ( DODO Palgantong Powder)
MILIKI HARI INI!!!

Hanya dgn RM46 free postage..anda akan dapat bedak yang sangat bagus & boleh tahan dalam 3-4 bulan!! ATAU 4-5/6 bulan!! .. lama kan .. dapatkan hari ini!!!

Sejak Tahun 2009, Dodo Company, pembuat Palgantong telah merubah nama produknya menjad 3W Clinic. Semua produk bedak Palgantong VERSI BARU menggunakan nama 3W Clinic.

Palgantong 3W Clinic Professional Powder yang digunakan oleh Make-Up Artists Professional ini diimport direct dari Korea, dan Best selling powder in Korea, Japan and Hong Kong.

PALGANTONG pertama kali dilancarkan di Korea pada tahun 1999. Produk ini sangat populer di kalangan Bintang Film Korea dan 4 dari 5 wanita Korea menggunakan produk yang sangat mengagumkan ini.

Di pasar kosmetik Japan yang terkenal, Palgantong mencatat angka penjualan hingga 600 juta dari tahun 2002 sampai 2006. Palgantong terpilih menjadi Japan’s Top Hit product dan menempati tempat teratas dalam penjualan bedak di jepun.
Keunggulan Bedak ni:
1. Slimming Effect : Membuat wajah terlihat lebih slim / tirus dengan efek 3 dimensi yang ditimbulkan oleh refleksi cahaya.
2. Long Lasting Effect : Tahan air dan keringat. Sangat sempurna untuk tata rias anda
3. Blooming Effect : Membuat wajah terlihat lebih halus dan bercahaya.
4. Super Hydrate Effect : Memelihara kelembaban kulit sepanjang hari, membuat kulit sehalus sutera.
5. Selamat Digunakan.


Thursday, September 15, 2011

APAKAH RESDUNG? SEJAUH MANA KITA TAHU TENTANG GEJALA INI?

RESDUNG - Risiko Jangkitan Otak
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah. Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Tuesday, September 13, 2011

KAU TEMPAT KU MEMINTA..KAU BERI KU BAHAGIA

Kau tempat ku meminta,Kau beri ku bahagia...
Bila Hati Sering Diuji
Ya Allah Ya TuhanKu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, aku berlindung dengan Namamu, moga aku sentiasa dalam tasbih cintamu, moga aku tidak tersasar dalam persimpangan jalanku ini.
Aku tahu bahawa aku adalah hambaMu yang paling  lemah dan hina, aku tidak layak untuk menjadi hambaMu yang terbaik, maka engkau ampunilah dosaku yang banyak ini Ya ALLAH..Aku mohon moga Engkau sentiasa memegang hatiku..
Ampuni aku jika aku sering lalai dalam cintaMu, ampuni aku jika aku selalu dalam kelekaan duniaMu..Ya Allah tatkala aku dalam tahadjud malamMU, aku selalu merasakan Engkau terlalu dekat denganku, aku merasa amat hiba hingga aku tidak mampu berkata..
Sungguh banyak nikmat yang Engkau berikan kepada Hamba-hambaMu, aku berasa bersyukur diatas limpahan rahmatMu yg melimpah ruah. Ampuni aku jika aku sering tidak bersyukur kepadaMu.

Aku bermohon kepadaMu dengan mohon yang amat sangat moga Engkau sentiasa memberi aku ketabahan, sabar, ikhlas dan redha akan ujianMu..

* Jika kehidupan dipenjara itu  lebih baik dan membuat aku lebih dekat dengan Allah maka aku lebih memilih hidup dipenjara daripada hidup dengan manusia yang pendusta*
-Nabi Yusuf -

“Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang mencintai karena-Ku. Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang saling menasihati karena-Ku. Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling mengunjungi karena-Ku. Dan pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling memberi karena-Ku. Mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Yang membuat iri para Nabi dan orang-orang jujur terhadap kedudukan mereka.”
Hadits di atas diriwayatkan Imam Ahmad di Musnad-nya dan Ibnu Hibban dalam Shahih-nya

Friday, September 9, 2011

ANDA PASTI TIDAK AKAN MENAFIKAN KEBERKESANANNYA...PENJAGAAN WAJAH AS BEAUTY MAMPU MERUBAH MASALAH YANG SELAMA INI ANDA HADAPI

AS Beauty ‘A Simple Beauty’ Facial Treatment 3In1
PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA KERANA KEBERKESANANNYA.. RINGKAS!!! BERKESAN!!! HEBAT!!!BERBALOI!!!
…Anda Tidak Akan Menafikan Keberkesanannya…

Macam-macam produk sudah dicuba,namun masih tidak mampu merubah masalah wajah anda..pelbagai jenama murah dan mahal pun telah dicuba..duit banyak berhabis..dan sampai masa dah jadi malas dan tidak berani hendak mencuba..BETUL KAN!!! .. saranan ana, marilah menggunakan AS Beauty, produk penjagaan wajah yg bebas hydroquinone dan selamat digunakan malah berkesan...ramai telah berpuas hati..ANDA BILA LAGI???


PRODUK RAWATAN MUKA DARI BAHAN SEMULA JADI YANG RINGKAS DAN MEMBERI KESAN MENAKJUBKAN HANYA 3 LANGKAH RINGKAS KULIT AKAN NAMPAK BERSERI, HALUS, DAN BERSIH.

BERTINDAK MENINGKATKAN METABOLISME KULIT DENGAN PENJANAAN SEL-SEL BARU, MERENCATKAN PROSES PENUAAN, MENGURANGKAN GARIS-GARIS HALUS, MENAMBAH KETEGANGAN KULIT DAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN SEMULA JADI AGAR KELIHATAN MUDA SENTIASA. MENGANDUNGI VITAMIN E UNTUK MERAWAT MUKA DENGAN MENGHILANGKAN JERAWAT, JERAGAT, BEKAS JERAWAT, MENGECILKAN PORI-PORI, SERTA MENCERAHKAN KULIT MUKA.
*MILIKI WAJAH BERSERI, HALUS & BERSIH

*HANYA 3 LANGKAH MEMBERSIH(BEAUTY SOAP), MELINDUNGI(DAY CREAM/BASE MAKEUP) & MERAWAT(NIGHT CREAM)

*MAMPU MENGATASI MASALAH RESDUNG,JERAWAT KRONIK & JERAGAT DEGIL

*RINGKAS!!! BERKESAN!!! HEBAT!!!

*SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT & PERINGKAT UMUR, WANITA MENGANDUNG JUGA UNTUK LELAKI

*BEBAS HYDROQUINONE .. CUBA LAH PASTI TAK MENYESAL!!!

-UNTUK TRAIL PACK DAN SET BESAR AS BEAUTY 3IN1 PERCUMA KOS PENGHANTARAN..YANG SET BESAR ANA HANYA JUAL RM110..HANYA PEMBELIAN SATU-SATU(LOOSE) SAHAJA ANA KENAKAN POSTAGE RM6..HUBUNGI ANA UNTUK KETERANGAN LANJUT.DiyAna Ma@AS Beauty

AMALKAN JELITAYU NUTRI FAKTOR,PRODUK YG BERFUNGSI MENYELURUH LUARAN SERTA DALAMAN

Jelitayu Nutri Faktor
Kelihatan Muda, Rasa Segar & Pasti Menawan

40...35...25... Rasai Sendiri, Kelihatan Muda, Sihat Hari Demi Hari.

* Awet muda yang paling semulajadi dan berkesan di pasaran.
* Menjaga kesihatan dalaman dan kejelitaan luaran.

Amalkan selalu secara konsisten dan lihat hasilnya..selamat diamalkan untuk jangka masa panjang

Tidak perlu berbelanja lebih untuk mengamalkan banyak keluaran produk..
-untuk kesihatan dan kecantikan menyeluruh
-untuk awet muda seluruh sistem badan
-membersihkan usus dan menggalakkan hati mengeluarkan toksin-toksin dalam badan serta membersihkan darah.
-mengimbangi sistem hormon supaya kelihatan muda, bertenaga, cantik, dan sihat.
-membekalkan semua khasiat yang diperlukan oleh badan untuk penjagaan kesihatan dalaman dan kejelitaan luaran.
-menjaga bentuk badan dan mengurangkan lemak.
-menegang, melicin dan melembabkan kulit seluruh badan.
-melambatkan proses penuaan dan menopause serta mencegah pelbagai penyakit.
-bagus untuk ibu yg hendak mengandung,sedang mengandung, dan menyusu.
-untuk semua peringkat umur,lelaki,dan berpenyakit.
-pengeluaran toksin adalah diutamakan.

amalkan secara konsisten, pasti berpuas hati, sebab Nutri Faktor bukan collagen dan susu, tetapi Nutri Faktor adalah buah-buahan, soya dan sangat tinggi dgn vitaminC. Serta awet muda. Mempunyai rasa yang sangat enak, juga nutri faktor mengandungi asid amino yang bertindak sebagai protein dalam badan yang akan menghasilkan collagen yang semula jadi supaya tubuh badan dan wajah kelihatan muda dari usia.

Perhatian:Sesetengah org yg badannya bermasalah atau bertoksid akan berasa mengantuk, letih, kerap kencing dan penyakit lama kembali balik selama 3 ke 5 hari. Ini adalah tanda-tanda pembentukan dan pemulihan badan serta pengeluaran toksid badan.Teruskan penggunaan Nutri Faktor,minum air seberapa banyak yg boleh supaya pembersihan toksid lebih cepat dan toksid akan keluar di air kencing. Juga untuk yang mengalami kencing manis, Nutri Faktor boleh di ambil tetapi cadangan 1 paket hendak lah di bacuh sedikit2 atau bancuh 1 jug 1 paket nutri faktor,kemudian simpan dalam peti sejuk dan pastikan bertutup. Boleh di minum sedikit2. Ini berdasarkan pengalaman org yg berpenyakit kencing manis.

Thursday, September 8, 2011

NYAMUK JENIS "AEDES AEGYPTI" SANGAT MERBAHAYA..KINI PENAWAR DENGGI DITEMUI-VAKSIN

 Penawar Denggi Ditemui
Oleh Nor Fariza Ramlan..2011/09/08
 Vaksin dijangka berada di pasaran menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Ancaman demam denggi yang dihidapi hampir 100 juta orang dan menyebabkan 22,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, dijangka akan berakhir berikutan penemuan vaksin untuk merawatnya.

Vaksin itu yang sudah menjalani ujian klinikal fasa terakhir membabitkan kira-kira 40,000 pesakit dari 10 negara di Asia dan Amerika Syarikat dijangka memasuki pasaran menjelang 2014 atau 2015.

Vaksin itu boleh membentuk antibodi bagi pesakit untuk melawan penyakitnya dengan menguatkan sistem imuniti badan melawan penyakit berkenaan yang dibawa nyamuk jenis Aedes Aegypti.

Pengarah Program bagi Penemuan Penyakit Berjangkit di Institut Perubatan Dune-NUS di Singapura yang juga bekas Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di Amerika Syarikat, Profesor Duane Gubler, berkata syarikat Amerika Syarikat, Sanofi Pasteur dilesen untuk mengeluarkan vaksin itu.

Katanya, buat permulaan hanya 100,000 vaksin akan dikeluarkan setiap tahun.

"Vaksin ini dijangka dijual pada harga mahal di peringkat permulaan, sebelum berkurangan apabila banyak lagi vaksin baru ditemui dan diuji. Ketika ini beberapa vaksin masih diperingkat awal kajian dan dijangka memasuki pasaran dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Vaksin itu sesuai digunakan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa, malah ia boleh digunakan seawal umur 12 bulan diikuti program vaksinasi pada peringkat umur seterusnya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri bengkel mengenai 'Nyamuk Terubah Suai Secara Genetik' (GMM) di sini, semalam.
Turut menyampaikan kertas kertas kerja mengenai GMM ialah pakar penyelidikan GMM Brazil, Profesor Madya Margareth de Lara Capurro dan Pengarah Eksekutif Lembaga Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Dunia di Geneva, Dr Ali Akbar Mohammadi.

Gubler berharap penemuan vaksin baru itu tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk berhenti menjalankan kajian pengawalan nyamuk, malah perlu melipatgandakan usaha memerangi nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi punca demam denggi.

"Jika ditanya saya apakah kaedah yang paling berkesan bagi menangani denggi di Malaysia, saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik, tetapi sesebuah negara tidak boleh bergantung hanya pada satu usaha saja.

"Malaysia perlu ada usaha sendiri membangunkan Program Pengawalan Penyakit Bersepadu yang khusus bagi menangani semua jenis wabak penyakit, termasuk dibawa nyamuk.

“Setiap wabak perlu dipantau sejak awal dan bukannya selepas penyakit berjangkit dan menyebabkan kematian. Setiap kes yang berlaku dalam komuniti perlu diberi perhatian serius,” katanya.

MUTIARA KATA




sabar,kebahagian akan menanti..
hidup hanya sementara,hanya pinjaman..
selepas susah,pasti ada kesenangan..
bersangka baik itu adalah lebih baik..
sentiasa memaafkan..
senyum selalu..
semoga apa yg dilakukan itu selesa dan jujur..
niat itu kunci seharian..
jadi diri sendiri..
sesungguhnya yg baik dariNya..
yg buruk dari diri kita sendiri.
InsyaAllah,Syukur Alhamdulillah..
mutiara kata pedoman kehidupan..

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.