Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Sunday, October 30, 2011

NFA CURORA JUICE / NFA SMILAX JUICE


RM50 FREE POSTAGE
(HANYA SEMENANJUNG MALAYSIA, TIDAK UNTUK SABAH,SARAWAK)

SIAPAKAH MASYITAH???

Masyitah Wanita Penghulu Syurga

Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga.

Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.

Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah engan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah Tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai Tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH."

Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.

Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku. Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,

"Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran."

Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.

Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Apabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.
- Artikel iluvislam.com

SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA SEBAGAI HAMBANYA



Setiap Kesabaran Pasti Bertemu Kebahagian,InsyaAllah
Ujian Allah s.w.t...
Sejauh Mana Keredhaan Kita?
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
- Artikel iluvislam.com

TAZKIRAH..AIR MATA SEORANG LELAKI

Air Mata Seorang Lelaki
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
-Artikel iluvislam.com

Thursday, October 27, 2011

MUTIARA KATA..MUHASABAH DIRI



MUHASABAH...
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


RINTIHAN
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

Tuesday, October 25, 2011

AS BEAUTY SOAP & SPA SOAP..PENGGUNAAN YANG BETUL LEBIH MENJIMATKAN...


AS Beauty Soap & Spa Soap
Penggunaan sabun yang betul...
-Semakin hari semakin menipis & bentul tetap asal
-Cth: sabun wajah AS Beauty trail mampu bertahan 2 bulan...

AS Beauty VitC soap(sabun hijau) adalah khas utk kulit wajah yg matang lingkungan umur 40 thn ke atas,juga sesuai utk lelaki. Tetapi tidak sesuai untuk kulit wajah yang berjerawat. Bagus juga untuk kulit wajah yang berjeragat yang susah nak hilang(utk yg berjeragat pakai sabun biasa dulu VitE soap,jika jeragat susah nak hilang baru bertukar ke vitC soap). Tetapi tidak menjadi masalah jika pakai kedua-dua sabun tersebut(vitE soap pakai waktu siang:vitC soap pakai waktu malam)cuma utk kulit wajah berminyak mmg vitC soap tidak berapa sesuai digunakan sebab VitC soap lebih berpelembab. Dikhuatiri muka akan lebih berminyak dan mengaktifkan jerawat yg ada.

Penggunaan Sabun dengan cara yang betul boleh menahan sabun tersebut bertahan lama. Contoh kalau potong 4, akan bertahan 4 bulan, kalau potong 6 akan bertahan 6 bulan. Jangan potong terlalu kecil. Pastikan sabun sentiasa kering & diletakkan pada tempat terdedah cahaya serta udara seperti di dalam bilik air bahagian tingkap. Juga letak dalam bekas yang rendah atau di atas penutup bekas. Ini utk memastikan sabun sentiasa berada di dalam keadaan kering. Jika sabun semakin guna semakin kelihatan menipis dan bentuk tetap asal, itu penggunaan yg betul. Kalau sabun kembang dan tidak berbentul seperti asal, itu penggunaan yang salah dan keadaan itu akan menjadikan penggunaan sabun anda tidak sampai 1 bulan. Contohh:sabun as beauty trail kalau penggunaan yang betul memang blh bertahan 2 bulan.

AS Beauty Spa Soap..Vitamin E
Sabun SPA dengan bahan pencerah semulajadi membuatkan kulit kelihatan bersih, berseri dan nampak cerah dan sekata. Diperkaya dengan kombinasi extract buah-buahan dan natural vitamin E untuk membersihkan kulit supaya nampak lebih cerah dengan penggunaan secara teratur.
85g Harga: WM: RM37.00 EM: RM42.00
************************************************
As Beauty VitaminC Soap
- Natural dan wangi
- Mempunyai Natural Vitamin C
- membantu meningkatkan metabolisma, melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit secara semulajadi.
- Mengimbangkan kelembapan dan menyegarkan kulit.
- Tidak mengandungi pewarna tambahan.
- Amat sesuai untuk kulit matang.
65g Harga: WM: RM45.00 EM: RM47.00
************************************************
AS Beauty VitaminE Soap
Natural dan wangi
Natural Vitamin E (Tocopherol Acetate)
- Membantu meningkatkan metabolisma untuk pertumbuhan kulit, melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit secara semulajadi.
-Mengekalkan dan mengimbangkan kelembapan dan juga kesegaran serta melicinkan kulit.
-Tidak mengandungi pewarna tambahan dan kurang alkali
-Sesuai untuk semua jenis kulit.
65g HARGA: WM:RM45 / EM:RM47


Monday, October 24, 2011

MUTIARA KATA..ADAB SUNNAH RASULULLAH SAW

Mutiara Kata
"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, didzalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah."(HR. Al-Baihaqi)

Cintailah dan berbuat baiklah pada siapa saja tanpa mengukur siapa dia dan apa yang dia miliki, maka orang lainpun akan mencintaimu tanpa mengukurmu.
Semoga hari-hari kita semua selalu dalam berbuat kebajikan, karena takkan rugi kita bila berbuat kebajikan, kita hanya akan rugi bila berbuat keburukan dan itu pasti.
Terpaksa atau tidak terpaksa, berbuat keburukan tetaplah keburukan.
Dan dalam keadaan terpaksa atau tidak terpaksa, berbuat kebaikan tetaplah kebaikan,
Lebih baik terpaksa berbuat kebaikan daripada berbuat keburukan tanpa terpaksa.

"..Dan janganlah mencari-cari keburukan orang & janganlah menggunjingkan satu sama lain.." (Qs. Al-Hujarat : 12)

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Q.S Al-ahzab: 21)

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. al-Isra’ (17) : 32)

kita orang mukmin diperintahkan untuk tidak mendekati zina, apalagi melakukannya, dan melakukannya adalah dosa yang besar.

"Hai orang2 yg beriman, janganlah sekumpulan orang laki2 merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik" (Qs. Al-Hujarat : 11 )

"Negeri akhirat (surga) itu, Kami jadikan untuk orang2 yg tidak ingin menyombongkan diri & berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yg baik) (surga )itu adalah bagi orang2 yg bertakwa” (Qs. Al-Qoshosh : 83)

Dari Abu Musa Al Asy'ari dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " jenguklah orang sakit."(HR.Bukhari : 5649)

SAMPAIKAN HAL INI KEPADA YANG SAKIT BILA MENJENGUK ORANG SAKIT:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjenguk orang sakit dan beliau bersabda : “Bersabarlah, Sesungguhnya penyakit seorang muslim akan menghapuskan dosa-dosanya seperti api yang dapat menghilangkan kotoran emas dan perak”(HR.Abu Dawud : 3092)

Dari Ibnu ‘Abbas,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(QS. al-Hujurat (49) : 12)

Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al A’raf : 56)

*Berbuat Baik dengan cara menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, sopan santun, tolong menolong antara sesama ciptaan Allah,yakni tolong menolong dalam kebaikan, adil, jujur, taat pada orangtua, tidak berkata kotor, tidak berkata kasar, dan lain semacamnya.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. (QS.24:21)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang orang yang berbuat kebajikan. (Qs. Ali imran : 133-134)

Baca dan resapi…
- Obat tidak dapat menyembuhkan.
- Tapi Allah-lah yang menyembuhkan.
- Obat untuk menyembuhkan berhajat kepada Allah.
- Allah menyembuhkan tidak berhajat kepada obat.
- Jika Allah berkehendak, Allah bisa menyembuhka dengan obat,
- Jika Allah berkehendak Allah bisa menyembuhkan tanpa obat.
- Jika Allah berkehendak ada obat tapi tidak sembuh-sembuh.

Laa ilaaha illa Allaah.

*Saat kita makan obat karena sakit, sungguh obat sama sekali tidak menyembuhkan, tapi Allah yang menyembuhkan kita, makan obat adalah usaha kita untuk sembuh tapi kesembuhan hanya dari Allah, bukan dari obat.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapak”(Qs.Al-israa : 23)

“Dan kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orangtuanya” (Qs.Al-Ankabut : 8)

“Dan tolong-menolonglah kamu sekalian pada kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan....“(Qs.Al-Maidah : 3)

Orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itu memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (QS. Hud 11:11)

_MARI JADI ORANG SABAR, YANG SANGAT SABAR, PALING SABAR, KARENA KESABARAN HANYA AKAN SULIT BUAT YANG TIDAK MAU BERUSAHA UNTUK SABAR_Belajar Adab Adab SunnahRasulullah saw

Monday, October 17, 2011

PRODUK RAWATAN WAJAH YANG SELAMAT SERTA BERKESAN-AS BEAUTY 'A SIMPLE BEAUTY' FACIAL TREATMENT 3 IN 1

PRODUK RAWATAN WAJAH
*MILIKI WAJAH BERSERI, HALUS & BERSIH

*HANYA 3 LANGKAH MEMBERSIH(BEAUTY SOAP), MELINDUNGI(DAY CREAM/BASE MAKEUP) & MERAWAT(NIGHT CREAM)
*MAMPU MENGATASI MASALAH RESDUNG,JERAWAT KRONIK & JERAGAT DEGIL
*RINGKAS!!! BERKESAN!!! HEBAT!!!
*SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT & PERINGKAT UMUR, WANITA MENGANDUNG JUGA UNTUK LELAKI
*BEBAS HYDROQUINONE .. CUBA LAH PASTI TAK MENYESAL!!!
*MURAH! JUALAN ONLINE ANA PELANGGAN AKAN MENERIMA PRODUK TERUS DARI PIHAK SYARIKAT,JD KUALITI TERJAMIN.as beauty wif diyana


Testimoni Pengguna Penjagaan Wajah AS Beauty ’A Simple Beauty’

Sebelum saya menggunakan produk As Beauty, kulit wajah saya berjerawat teruk, berminyak, kusam, berparut jerawat dan warna kulit tidak sekata. Nampak lebih tua dari usia sebenar.Wajah saya gelap dan tidak berseri kerana selalu terdedah pada sinaran matahari.Saya telah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berhasil sehinggalah saya menggunakan produk As Beauty ini, kulit wajah saya kembali berseri, jerawat dan parut jerawat telah hilang. Saya yakin dengan As Beauty.Terima kasih As Beauty.

Ini testimoni sebelum dan selepas memakai produk "As beauty". Ini statement oleh pemakai product ini: "Sebelum saya memakai produk ini, muka saya penuh jerawat dan warna kulit tidak rata. Saya agak malu berhadapan dengan org ramai dan takut menggunakan sebarang produk kecantikan. Selepas diyakinkan oleh rakan sekerja, kulit saya bertambah baik, tidak mempunyai jerawat dan semakin cerah. Saya semakin yakin berhadapan dgn org ramai. Terima kasih AS Beauty."



Menyelesaikan masalah wajah yang Gelap berbintik kepada wajah yang Cerah dan ceria.Satu perbezaan yang ketara.Dari wajah yang Gelap ke wajah yang Cerah.Kesan ini hanya mengambil masa dalam 2-3 minggu.




- ada pengguna yg asalnya kulit wajah nya bermasalah jerawat kronik...pelbagai produk telah dicuba,yg murah sehinggakan yg mahal,namun kulit muka tetap tidak pulih sehinggalah dia menggunakan AS Beauty 3 in 1 set.Kini masalah pd kulit wajah yg kronik itu hilang malah kulit muka nya pulih ketara...
- ada pula mengalami jeragat lebar di muka.Terutama golongan dewasa mengalami masalah ini.Juga akibat penggunaan produk pengelupasan sebelum itu atau produk jenama lain...nyata AS Beauty 3in1 set mampu menyelesaikan masalah ini...
- ada pula yg kata setelah memakai AS Beauty 3in1 set, mrk tidak perlu lagi menggunakan bedak di wajah mrk...
- AS Beauty 3in1 set adalah produk yg memang ringkas tetapi berkesan..Tidak mustahil kaum lelaki juga gemar menggunakan nya.
- jimat,mudah,ringkas...malah berkesan utk semua jenis kulit.
-mampu bersaing bersama produk terkemuka..jangan ragu dengan keberkesanan produk ini.

Thursday, October 13, 2011

INILAH KELEBIHAN AYAT KURSI

Kelebihan Ayat Kursi 
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku: Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti: Dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian mahu kena pembuli jalanan, dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah.BY:psittacula.wordpress

PRODUK "JelitAyu" BERMUTU TINGGI,SELAMAT DIGUNAKAN & DIAMALKAN WALAUPUN UNTUK JANGKA MASA PANJANG


~JelitAyu~
Kesihatan Dalaman Menyerlahkan Kejelitaan...

Amalkan produk Kesihatan & Kecantikan,Peremajaan Wanita,Penjagaan Wajah,Pengurusan Sihat..Untuk Lelaki & Wanita

"Pastinya Menjadikan Anda Sihat,Cantik Serta Lawa Hari Demi Hari.."

Jelita Marketing (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat nutrisi yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan, anti penuaan dan kecantikan. Syarikat ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli professional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk mencapai visi syarikat.~JelitAyu bersama Diyana~

HUKUM KOSMETIK DENGAN SERBUK EMAS

Perbincangan Hukum Kosmetik Dengan Serbuk Emas

Soalan
Saya ingin bertanya mengenai produk kosmetik yang mengandungi emas adakah menyerupai pemakaian susuk? setahu saya pemakaian susuk memerlukan seorang dukun atau bomoh. pada pandangan saya produk kosmetik sebegini macam tak sama dengan susuk tapi saya memerlukan penjelasan dari orang yang lebih arif.

Jawapan
Penggunaan botox dan susuk untuk menegangkan kulit dan susuk, telah diulas sebelum ini .

Namun, hari ini muncul satu lagi bentuk produk kecantikan wajah yang dikatakan semakin mendapat tempat di kalangan wanita khususnya. Saya kira soalan di atas adalah berkait dengan produk kosmetik baru tersebut.

Produk kecantikan kulit wajah yang menggunakan serbuk emas 24 karat sebagai salah satu dari unsur kandungannya.

Menurut maklumatnya, produk ini juga dikatakan sesuai bukan sahaja untuk wanita tetapi juga bagi semua peringkat umur baik wanita dan lelaki, ia dipromosi sebagai berkesan untuk perawatan kulit dan dapat membantu menghilangkan jerawat, jeragat, mengurangkan kedut, mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan kulit lebih halus, mulus dan berseri.

Laporan tersebut juga menyatakan antara kandungannya adalah serbuk emas 24 karat yang boleh menghasilkan nutrisi untuk kulit menjadi lebih berseri dan tegang.

Ia dating dalam pelbagai bentuk produk seperti sabun muka, tonik muka, pelembap, krim pelindung matahari dan krim malam yang berharga di antara RM75 hingga RM120 bagi setiap produk.

Antara cara menggunakannya pula ringkasnya seperti diterangkan dalam petikan artikel di bawah[1] :

Tak seperti facial pada umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping lainnya.

Demikian dikatakan Yohana Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care yang berlokasi di Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.
Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri Paulus Indra itu.

Ada beberapa tahap dalam pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan menggunakan facial foam. Kedua, dilakukan peeling dengan menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit mati. "Di salon ini, serbuk emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub, dan  masker wajah," ungkapnya.

Setelah proses peeling selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit wajah lebih halus. Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan selama sepuluh menit. "Usai dibersihkan
dari scrub, wajah akan diberi uap air kurang lebih selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun

ADAKAH IA SAMA DENGAN SUSUK?
Memang benar, susuk mempunyai campur tangan ilmu hitam, mantera seperti sihir. Namun perlu diingat susuk bukan semata-mata menjadi haram hanya disebabkan oleh campurtangan ilmu hitam tersebut, tetapi juga kerana salah guna metal bernilai (precious metal) emas untuk tujuan yang tidak diharuskan oleh Islam dan pelbagai sebab lain.

Jika demikian apakah status hukum bagi produk yang menggunakan serbuk emas ini?

Bagi mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dilihat iaitu :-
1)    Isu penggunaan emas sebagai hiasan.
2)    Penggunaan emas untuk perubatan.
3)    Adakah terdapat unsur mengubah ciptaan Allah demi kecantikan ?
4)    Status halal kandungan produk yang lain.
5)    Mana lebih dominan, untuk kecantikan atau perubatan?
6)    Kos produk yang jatuh dalam kategori membazir?
7)    Isu menutup tanda ketuaan secara salah.
8)    Status kesan sampingan dan mudarat kepada wajah dan tubuh.
9)    Penggunaannya untuk lelaki.

Itulah antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.

Jawapan ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkaar di atas. Walaupun ia mungkin belum cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.

1)     ISU PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.

Nabi s.a.w menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain pemakaian di tubuh wanita, adalah diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-

لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ
Ertinya : Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah amalan mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hasil daripada hadis ini, majoriti ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai hiasan seperti di pinggan, mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran, jam, pen dan sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.

Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja perhiasan yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas adalah dibenarkan.
As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-

إذا ثبت - يعني التحريم - في الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال ، فيكون الوارد فيها يكون واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين والمسرفين وتشبه بهم

Ertinya : Apabila terbukti haram untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di dalamnya, demikian juga berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya, maka apa yang disebutkan (oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama ertinya dengannya, disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan, pembaziran dan menyerupainya.[2]

Ibn Qayyim pula menegaskan :-

وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب ، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ، فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا أمر لا يشك فيه عالم
Ertinya : Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di dalam bekas emas ) sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk penggunaannya, maka tidak halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau minyak masak padanya, bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi akan hukum haramnya. [3]

Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan Ibn Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]

Walaupun semua isu di atas memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?

Jawapnya, ia adalah halal, namun bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau krim beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori berhias yang dibenarkan atau tidak?

Kerim atau gel itu akan menjadi haram bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله في يمينه، وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي

Ertinya : Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)

Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan Islam yang berpendapat ianya adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di dalam kategori perhiasan fizikal wanita. Cuma sedikit perbezaannya, yang disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan luaran, tetapi dalam kes ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.

2) PENGGUNAAN EMAS UNTUK PERUBATAN

Dalil yang paling jelas dalam hal ini adalah hadis berikut :-

عن عرفجة بن أسعد: أصيب أنفي يوم الكلاب في الجاهلية فاتخذت أنفاً من ورق فأنتن علي فأمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتخذ أنفاً من ذهب

Ertinya : Daripada ‘Arfajah Bin As'ad : Hidungku telah tercedera ( terpotong) di hari peperangan Al-Kulab maka aku meletakkan kertas bagi menutup ruang hidung, namun ia berbau busuk lalu Nabi s.a.w telah mengarahkanku agar mengambil emas sebagai hidung (palsu). [5]

Jelas dari hadis di atas, diharuskan menjadikan emas sebagai salah satu alat bagi tujuan perubatan. Namun demikian, perlu diingat bagaimana keharusan yang diberikan oleh nabi kepada sahabat ini adalah di ketika keperluan yang sangat mendesak, iaitu ketiadaan hidung dan ia sudah berbau. Ditambah pula di zaman itu, tiada kemudahan dan kepakaran untuk menggunakan bahan lain seperti plastik dan lain-lain yang lebih sesuai. Nescaya di ketika wujudnya bahan lain yang boleh berfungsi dengan berkesan, ia adalah lebih baik berbanding menggunakan berbanding yang lain.

Disebutkan oleh para ulama

رخصّ النبي صلى الله عليه وسلم في استعمال الذهب في التداوي حالة الضرورة كستر عيب أو إزالة تشوه.

Ertinya : Nabi memberikan keringanan untuk menggunakan emas dalam hal perubatan di ketika terdesak seperti untuk menutup rasa aib yang teruk dan membuang kecacatan.

Juga telah diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Ahmad, bahawa dibenarkan untuk mengikat gigi dengan emas atau bergigi emas.[6]

Kaitannya dengan isu serbuk emas, jika benar ia adalah untuk tujuan perubatan, persoalannya adakah di sana tiada cara neutral menggunakan herba, tumbuhan dan lain-lain yang lebih murah? Adakah wajah si wanita dan lelaki itu terlalu teruk sehingga memerlukan penggunaan serbuk emas ini atau ia hanya tergolong dalam PENAMBAHAN kecantikan dan bukan perubatan?.

3)ADAKAH TERDAPAT UNSUR MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DEMI KECANTIKAN ?

Telah jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah adalah diharamkan.

Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.

Dalil yang mengharamkan adalah ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal.

Terdapat juga hadith yang menyebut :

لعن الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

Ertinya : "Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Hajar Al-Asqolani berkata

فْهَم مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

Ertinya : tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakuka

nnya untuk kecantikan, namun kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]

Imam An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :

وَهَذَا الْفِعْل حَرَام عَلَى الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث , وَلِأَنَّهُ تَغْيِير لِخَلْقِ اللَّه تَعَالَى , وَلِأَنَّهُ تَزْوِير وَلِأَنَّهُ تَدْلِيس

Ertinya : Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan pihak yang menyediakan khidmat berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah pengubahan ciptaan Allah, dan KERANA ia juga satu perdayaan dan penipuan. (Syarah Sohih Muslim)

Apa kaitan dengan serbuk emas? Sebagaimana telah disebutkan, perlu diteliti sama ada penggunaan krim atau gel itu akan menghilangkan kedutan kulit normal manusia, sehingga kulit yang biasa kedut pada umur tertentu tidak lagi berkedut secara tidak tabie, sama seperti pembedahan plastik, susuk dan botoks. Jika perubahan itu berlaku secara tidak normal melalui yang mengandungi produk serbuk emas itu, ia akan jatuh HARAM. Jika ia berjaya dibuktikan produk itu hanya meningkatkan kesiahatan kulit secara normal dan sihat, tatkala itu ia akan dikira HARUS.

Proses menentukan status ini, mestilah dirujuk dan dibincang dengan para doctor perubatan dan ahli sains yang berkaitan.

4)  MANA LEBIH DOMINAN, UNTUK KECANTIKAN ATAU PERUBATAN?

Ini perkara yabg sangat perlu di kenal pasti, dan boleh sahaja memberikan status hukum yang berbeza mengikut individu dan situasi. Bermakna, bagi sesetangah indiivdu yang wajahnya mempunyai jerawat dan kerosakan kulit yang terlalu teruk, penggunaan ini tentunya menjadi HARUS kerana ia tergolong dalam hal perubatan. Namun begitu, bagi sesetengah indivud lain yang kulitnya hanya berkedut normal, atau sedikit kurang licin, tatkala itu penggunaan produk ini menjadi amat syubhat dan boleh tergolong di dalam katgeori mereka yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah serta ingin mengubahnya bagi menambah kecantikan.

5)  KOS PRODUK YANG JATUH DALAM KATEGORI MEMBAZIR?

Wang dan harta adalah amanah Allah ke atas diri. Firman Allah swt :

"Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi. Sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman: 26)

Firman Allah lagi yang menunjukkan semua harat ini adalah milik Allah :

وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ

Ertinya : dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu ( An-Nur : 23)

Nabi s.a.w bersabda :

إن الدنيا حلوة خضرة. وإن الله مستخلفكم فيها، فينظر كيف تعملون

Ertinya : Sesungguhnya dunia ini penuh indah dan hijau, dan Allah swt melantik kamu sebagai pengusahanya dan sentiasa melihat bagaimana kamu perlakukan (Riwayat Muslim)

Sebarang penggunaan harta mestilah dilihat kepada keperluan yang bertepatan dengan neraca yang diredhai oleh Allah selaku pemilik seluruh harta. Kita hanya memegang amanah Allah ini. Justeru, membelanjakan wang yang banyak untuk berlebihan dalam kecantikan fizikal sehingga melupakan tempat jatuhnya pandangan Allah iaitu hati dan amalan, adalah tergolong tercela menurut pandangan Islam.

6)     MENUTUP TANDA KETUAAN SECARA MENYONGSANG ARUS.

Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

Seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki ketika kulit mereka sudah memperlihatkan tanda-tanda ketuaan, maka bagi mengekalkan rupa yang muda, mereka melakukan proses botox, pembedahan plastik dan lebih teruk lagi susuk dengan sihir. 

Kini, muncul apa yang dinamakan oleh sebahagiannya sebagai susuk moden, berupa kosmetik gel dan krim yang mempunyai serbuk emas. Jika krim ini berfungsi secara menyongsang arus normal, ia pasti akan tergolong juga di dalam kategori HARAM tanpa syak lagi. Ia disebabkan unsur penipuan yang perdayaan umur yang berlaku.

KESIMPULAN: Sebagaimana yang saya sebutkan diawal artikel, tulisan ini sahaja tidak cukup untuk menentukan status hukum yang tepat bagi penggunaan kosmetik yang mengandungi serbuk emas, namun demikian, saya mengharapkan agar tulisan ringkas dan padat ini dapat memberi sedikit gambaran akan beberapa perkara penting yang akan dinilai oleh para ulama dalam mengenalpasti pendirian Islam dalam perkara baru seperti ini.

Sebarang perbincangan dan maklumat boleh dikongsi di ruangan komen. Semoga ia dapat memandu kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah swt. Sekian,Oleh:Zaharuddin ABd Rahman(www.zaharuddin.net)

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.