Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH-1433H


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah   atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Wednesday, November 23, 2011

PRODUK PENJAGAAN SERTA RAWATAN WAJAH..**DiyAna Ma Wif**


"Kesihatan Dalaman Penyerlahkan Penampilan Tampil Berkeyakinan..Menarik,Ringkas & Sederhana Asas Keyakinan Diri..."

Di atas adalah produk penjagaan serta rawatan wajah yang ana gunakan..sememangnya ringkas dan banyak berjimat.Tidak memerlukan kos yang banyak.

As Beauty'A Simple Beauty'Facial Treatment 3in1 Set
As Beauty adalah produk rawatan wajah yang ringkas,selamat serta berkesan.Ana menggunakan sekerap yang boleh semasa awal penggunaan. Malah sehingga kini pun ana menggunakan kerap, dan tidak menjadi masalah,pakai kerap lagi bagus. Kerapkan mencuci muka,dan selepas mencuci muka terus pakai day cream.pastikan pakai day cream muka dalam keadaan basah sedikit.Pakai kan kerap,walaupun pakai day cream nipis..AS Beauty ‘A Simple Beauty’ Facial Treatment 3In1
*Diformulasi menggunakan air dan lumpur dari gunung berapi.
*Air dari gunung berapi ini mengandungi belerang atau sulfur semulajadi.
*Juga mengandungi pearl.
*100% bebas HYDROQUINONE
*Mendapat kelulusan KKM
PRODUK RAWATAN MUKA DARI BAHAN SEMULA JADI YANG RINGKAS DAN MEMBERI KESAN MENAKJUBKAN HANYA 3 LANGKAH RINGKAS KULIT AKAN NAMPAK BERSERI, HALUS, DAN BERSIH.BERTINDAK MENINGKATKAN METABOLISME KULIT DENGAN PENJANAAN SEL-SEL BARU, MERENCATKAN PROSES PENUAAN, MENGURANGKAN GARIS-GARIS HALUS, MENAMBAH KETEGANGAN KULIT DAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN SEMULA JADI AGAR KELIHATAN MUDA SENTIASA. MENGANDUNGI VITAMIN E UNTUK MERAWAT MUKA DENGAN MENGHILANGKAN JERAWAT, JERAGAT, BEKAS JERAWAT, MENGECILKAN PORI-PORI, SERTA MENCERAHKAN KULIT MUKA.
*MILIKI WAJAH BERSERI, HALUS & BERSIH
*HANYA 3 LANGKAH MEMBERSIH(BEAUTY SOAP), MELINDUNGI(DAY CREAM/BASE MAKEUP) & MERAWAT(NIGHT CREAM)
*MAMPU MENGATASI MASALAH RESDUNG,JERAWAT KRONIK & JERAGAT DEGIL
*RINGKAS!!! SELAMAT!!! BERKESAN!!!
*SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT & PERINGKAT UMUR, WANITA MENGANDUNG JUGA UNTUK LELAKI
*KELULUSAN KKM JUGA 100% BEBAS HYDROQUINONE

JelitAyu Insta White
JelitAyu Insta White ana gunakan setiap hari atau selang sehari apabila sudah 3 bulan menggunakan As Beauty.Insta White merupakan penjagaan kulit dalam bentuk krim pelembab ringan yang menghasilkan "mask dengan buih mikro" apabila bersentuhan dengan kulit. bertindak sebagai "pengangkut oksigen" untuk menghasilkan kuasa penyembuhan bagi mencapai kecantikan, keserian dan keremajaan kulit secara semulajadi.
INSTA WHITE...TANPA...HYDROQUINONE
-produk yang berkesan.Ia membantu masalah tekstur kulit tidak sekata,masalah kulit berminyak,masalah liang roma terbuka,membantu memudarkan jeragat,masalah kulit gelap dianggota badan,masalah dgn solekan, membantu mencegah masalah "stretch mark",mumudahkan solekan di wajah dan lebih tahan lama,wajah akan bertenaga dan segar dll..RASAI SENDIRI..MEMANG HEBAT!!!..1 LANGKAH YANG MUDAH DAN BERBALOI!!!..JIMAT MASA!!!..JIMAT KOS!!!..GUNAKAN SERTA JADIKAN TAMBAHAN DALAM PENJAGAAN WAJAH ANDA!!!..

Crystal White Spa Magic Lip Repair Complex (2g
JelitAyu Magic Lip pula ana gunakan sekerap yg boleh,semasa tidur pun.Lagi selalu pakai,bibir akan bertambah sihat,tidak perlu lagi menggunakan lipstik lain.Pakai magic lip sahaja dah memadai.Crystal White Spa Magic Lip Repair Complex (2g) memperbaiki kembali bibir yang kering, rekah, kedut dan gelap disebabkan oleh penggunaan gincu biasa.Dengan "Magic Mode" yang memberi warna semulajadi di bibir mengikut peredaran darah dan suhu badan. Warnanya kekal lama.Membentuk bibir yang lembap, penuh, cantik dan seksi.

3W CLINIC PROFESSIONAL NATURAL MAKE-UP POWDER ( DoDo Palgantong)
Bedak nie ana gunakan selepas ana menggunakan As Beauty Day Cream.Keunggulan Bedak ni:
1. Slimming Effect : Membuat wajah terlihat lebih slim / tirus dengan efek 3 dimensi yang ditimbulkan oleh refleksi cahaya.
2. Long Lasting Effect : Tahan air dan keringat. Sangat sempurna untuk tata rias anda3. Blooming Effect : Membuat wajah terlihat lebih halus dan bercahaya.
4. Super Hydrate Effect : Memelihara kelembaban kulit sepanjang hari, membuat kulit sehalus sutera.
5. Selamat Digunakan.

As Beauty Aromatherapy Essential Oils For Facial Serum
Serum ini pula ana hanya gunakan kadang-kadang sahaja.Ana gunakan semasa malam sebelum tido.Ana selang selikan penggunaan dengan As Beauty Night Cream.
-Meningkatkan semangat dan melegakan sistem saraf.
-Sempurna untuk keseimbangan emosi, hormon dan sistem saraf.
-Baik untuk menghilangkan jerawat dan masalah kulit.
-Melawan jangkitan fungus.
-Meredakan tekanan dan mengurangkan simptom PMT dan menopaus.
-Merangsang peredaran darah dan baik untuk meditasi.
Cara penggunaan: hanya setitik diletakkan pada telapak tangan dan usap dari bawah dagu ke atas,atau dari dahi ke bawah. (Untuk umat islam berselawat lah sebelum mengusap ke wajah). Yang penting aroma tu yg masuk melalui hidung. Tidak melekat pada kulit, tetapi dapat meransang melalui aroma dan melalui sel-sel kulit.

*Di atas adalah keterangan serba sedikit tentang penggunaan yang ana gunakan.Anda boleh bertanyakan kepada ana.Tidak semestinya anda harus menggunakan ke semua yang ana pakai di atas..contoh seperti bedak,anda mungkin ada bedak yg anda dah biasa gunakan.Lip magic pula mungkin anda dah serasi dgn lipstik yg anda gunakan.Insta White ana mmg tak galakkan pengguna ana pakai jika permulaan menggunakan produk rawatan wajah As Beauty.berdasarkan pengalaman ana,dah 3 bulan menggunakan As Beauty,yer ana memang sarankan pengguna As Beauty menggunakan sekali JelitAyu Insta White.kalau yang tidak menggunakan produk As Beauty,mereka boleh menggunakan Insta White bulan petama setiap hari,bulan ke2 jarang2 penggunaan sudah memadai.Jika permulaan pakai ada iritasi pada kulit wajah,berhenti 3 hari dan pakai kan semula setiap hari.As Beauty Aromatherapy Essential Oils For Facial Serum pula pakai untuk melengkapkan rawatan penjagaan wajah.ringkas kan.. :)

Wednesday, November 16, 2011

“Yakinlah Tuhan Bersamamu,Sentiasa Bersamamu,Dengan Kasih Sayang Allah,Tiada Yang Mustahil”


"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, didzalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah."(HR. Al-Baihaqi)

Cintailah dan berbuat baiklah pada siapa saja tanpa mengukur siapa dia dan apa yang dia miliki, maka orang lainpun akan mencintaimu tanpa mengukurmu.
Semoga hari-hari kita semua selalu dalam berbuat kebajikan, kerana takkan rugi kita bila berbuat kebajikan, kita hanya akan rugi bila berbuat keburukan dan itu pasti.
Terpaksa atau tidak terpaksa, berbuat keburukan tetaplah keburukan.
Dan dalam keadaan terpaksa atau tidak terpaksa, berbuat kebaikan tetaplah kebaikan,
Lebih baik terpaksa berbuat kebaikan daripada berbuat keburukan tanpa terpaksa.

"..Dan janganlah mencari-cari keburukan orang & janganlah menggunjingkan satu sama lain.." (Qs. Al-Hujarat : 12)

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Q.S Al-ahzab: 21)

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. al-Isra’ (17) : 32)

Kita orang mukmin diperintahkan untuk tidak mendekati zina, apalagi melakukannya, dan melakukannya adalah dosa yang besar.

"Hai orang2 yg beriman, janganlah sekumpulan orang laki2 merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik" (Qs. Al-Hujarat : 11 )

"Negeri akhirat (syurga) itu, Kami jadikan untuk orang2 yg tidak ingin menyombongkan diri & berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yg baik) (syurga )itu adalah bagi orang2 yg bertakwa” (Qs. Al-Qoshosh : 83)

Dari Abu Musa Al Asy'ari dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " jenguklah orang sakit."(HR.Bukhari : 5649)

SAMPAIKAN HAL INI KEPADA YANG SAKIT BILA MENJENGUK ORANG SAKIT:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjenguk orang sakit dan beliau bersabda : “Bersabarlah, Sesungguhnya penyakit seorang muslim akan menghapuskan dosa-dosanya seperti api yang dapat menghilangkan kotoran emas dan perak”(HR.Abu Dawud : 3092)

Dari Ibnu ‘Abbas,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(QS. al-Hujurat (49) : 12)

Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al A’raf : 56)

*Berbuat Baik dengan cara menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, sopan santun, tolong menolong antara sesama ciptaan Allah,yakni tolong menolong dalam kebaikan, adil, jujur, taat pada orang tua, tidak berkata kotor, tidak berkata kasar, dan lain semacamnya.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. (QS.24:21)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Qs. Ali imran : 133-134)

Baca dan resapi…
- Ubat tidak dapat menyembuhkan.
- Tapi Allah-lah yang menyembuhkan.
- Ubat untuk menyembuhkan berhajat kepada Allah.
- Allah menyembuhkan tidak berhajat kepada ubat.
- Jika Allah berkehendak, Allah bisa menyembuhka dengan ubat,
- Jika Allah berkehendak Allah bisa menyembuhkan tanpa ubat.
- Jika Allah berkehendak ada ubat tapi tidak sembuh-sembuh.

Laa ilaaha illa Allaah.

*Saat kita makan ubat karena sakit, sungguh ubat sama sekali tidak menyembuhkan, tapi Allah yang menyembuhkan kita, makan ubat adalah usaha kita untuk sembuh tapi kesembuhan hanya dari Allah, bukan dari ubat.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa”(Qs.Al-israa : 23)

“Dan kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya” (Qs.Al-Ankabut : 8)

“Dan tolong-menolonglah kamu sekalian pada kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan....“(Qs.Al-Maidah : 3)

Orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal kebaikan, mereka itu memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (QS. Hud 11:11)

_MARI JADI ORANG SABAR, YANG SANGAT SABAR, PALING SABAR, KARENA KESABARAN HANYA AKAN SULIT BUAT YANG TIDAK MAU BERUSAHA UNTUK SABAR_


Monday, November 14, 2011

MUTIARA HATI

“Tinggalkan apa yan meragukanmu,kerjakanlah yang tidak meragukanmu,
sesungguhnya kebenaran membaya ketenangan, dan dusta
itu menimbulkan keraguan”

Hidup  penuh pengorbanan, Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan, Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan, Kejayaan pula mentukan kebahagian…

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam Kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kesempitan hidup, ada kekuasaan ilmu…

Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang indah itu solat,
Yang dekat itu mati…

“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari,
Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menagis, mencari di mana matahari?
Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”

Sunday, November 13, 2011

MUTIARA KATA MUHASABAHKAN DIRI..


Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,
Nafsu di sebelah kananmu,
Dunia di belakangmu, Anggota di sekelilingmu dan
Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa.
Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar
rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat,
Terkeluar akalnya.
Siapa yang menyahut seruan anggota,
Terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah,
Terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan…

Saturday, November 12, 2011

GXTRA(GENIUS XTRA)..MINDA CEMERLANG

PAKAR SAINS TEMUI FORMULA TINGKATKAN IQ DAN SAHSIAH PELAJAR DALAM MASA KURANG 30 HARI!

"...atasi masalah degil, malas belajar, lemah ingatan, kurang fokus..."

Apa yang mungkin anda risaukan atau takutkan mengenai anak-anak anda ?

Gagal dalam peperiksaan atau keputusan kurang cemerlang
Lemah dalam pelajaran dan kurang fokus dalam kelas
Malas belajar dan malas solat
Bersikap degil, murung, panas baran dan tidak mendengar kata
Hyperaktif / anak yang pelat tuturkata atau sukar bercakap

GTRA Mampu Menyelesaikan 1001 Masalah ibu bapa/pelajar/kanak-kanak dengan:

Meningkatkan tahap IQ dan kecergasan otak secara optimum
Menjadikan minda laju memproses data, cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca dan diperolehi dengan pantas
Mengatasi masalah pelat dan kesukaran/ kelambatan bercakap pada kanak-kanak
Mengurangkan dan membasmi sifat sifat negatif dalam diri seperti mudah panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, degil, penakut , jauh dengan keluarga dan panas baran.
Melegakan migrain,demam ringan dan penyakit saraf.

Kajian 30 tahun Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D (A.M.) telah menemukan formula Tenaga VNP (Virtual Negative photon). Teknologi Super NANO yang antaranya menghasilkan satu produk minda yang unik dengan kombinasi ramuan mineral yg diperlukan tubuh badan dan minda, PERTAMA DI MALAYSIA! BUATAN ISLAM dan BUMIPUTERA! Membantu setiap golongan usia,Orang dewasa,Remaja, Anak-anak ,Pelajar Bermasalah dan sesuai untuk setiap umur. InsyaAllah.

Apa yang mungkin anda risaukan atau takutkan mengenai anak-anak anda ?

Gagal dalam peperiksaan atau keputusan kurang cemerlang
Lemah dalam pelajaran dan kurang fokus dalam kelas
Malas belajar dan malas solat
Bersikap degil, murung, panas baran dan tidak mendengar kata
Hyperaktif / anak yang pelat tuturkata atau sukar bercakap

Perkenalkan Produk Minda Hebat ! Dengan 300 Formula!
GXTRA Mampu Menyelesaikan 1001 Masalah ibu bapa/ pelajar/ kanak-kanak dengan :
Meningkatkan tahap IQ dan kecergasan otak secara optimum
Menjadikan minda laju memproses data, cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca dan diperolehi dengan pantas
Mengatasi masalah pelat dan kesukaran/ kelambatan bercakap pada kanak-kanak
Mengurangkan dan membasmi sifat sifat negatif dalam diri seperti mudah panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, degil, penakut , jauh dengan keluarga dan panas baran.
Melegakan migrain,demam ringan dan penyakit saraf.
SILA PILIH PAKEJ:
Semenanjung Malaysia
1 botol = RM44 (include postage)
(free postage) + free GXTRA (90 biji)
1 Pek (4 botol) RM 150
2 Pek (8 botol) RM 295
3 Pek (12 botol) RM 440
4 Pek (16 botol) RM 570
5 pek (20 botol) RM 730

Sabah/Sarawak
1 botol = RM47 (include postage)
(free postage) + free GXTRA (90 biji)
1 Pek (4 botol) RM 160
2 Pek (8 botol) RM 310
3 Pek (12 botol) RM 450
4 Pek (16 botol) RM 620
5 pek (20 botol) RM 760

* 1 botol (180 biji)
* setiap 1 pek akan menerima free GXTRA (90 biji)
*kalau beli 2 pek akan menerima free gxtra (90 biji x 2 botol) ..begitulah seterusnya..
*bagus juga untuk ibu mengandung
by DiyAna MA klik: GENIUSXTRA

Wednesday, November 9, 2011

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Perasaan Ragu Dan Yakin
Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

Perunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan ditinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.
(Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11)

Tuesday, November 8, 2011

PERMATA KATA "MEMAAFKAN UNTUK SYURGA"


Memaafkan Untuk Syurga…
Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
- Artikel iluvislam.com

LENGKAPKAN PENJAGAAN WAJAH ANDA BERSAMA "INSTA WHITE" BERUNSUR OKSIGEN & TANPA HYDROQUINONE

JelitAyu Insta White

INSTA WHITE...TANPA...HYDROQUINONE .. UNTUK WANITA & LELAKI

Penjagaan wajah serta produk rawatan wajah ini merupakan satu produk yang ana suka guakan. Kini ana daah gunakan semula sekerap yg boleh..hehee boleh dikatakan setiap hari dengan hanya 1 picit sahaja,dah penuh buih kat muka. Insta White memang banyak membantu dalam menyihatkan struktur kulit wajah ana. Bila kini ana dah pakai produk rawatan wajah As Beauty, bertambah-tambah sihat kulit wajah ana, insyaAllah. Memandangkan produk jualan ana adalah apa yg ana amalkan,guna serta pakai dan tahu akan keberkesanan produk, ana senang hati untuk berkongsi pengalaman ana bersama semua.

-produk yang berkesan.Ia membantu masalah tekstur kulit tidak sekata,masalah kulit berminyak,masalah liang roma terbuka,membantu memudarkan jeragat,masalah kulit gelap dianggota badan,masalah dgn solekan, membantu mencegah masalah "stretch mark",mumudahkan solekan di wajah dan lebih tahan lama,wajah akan bertenaga dan segar dll..


RASAI SENDIRI..MEMANG HEBAT!!!..1 LANGKAH YANG MUDAH DAN BERBALOI!!!..JIMAT MASA!!!..JIMAT KOS!!!..GUNAKAN SERTA JADIKAN TAMBAHAN DALAM PENJAGAAN WAJAH ANDA!!! JUGA PADA KAWASAN LAIN YANG CENDERUNG BERMASALAH..

INSTA WHITE adalah produk yang satu-satunya berada di pasaran dimana merupakan mask yang berbentuk buih bagi mengangkut oksigen bagi menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk meningkatkan paras oksigen dan menghasilkan kuasa penyembuhan sel kulit yang menakjubkan.

Buih mikro yang terhasil akan meresap masuk ke dalam kulit seakan mengurut lembut kulit bagi melegakan dan menghilangkan tekanan.

Teknik adalah untuk menyegarkan dan mengurangkan kekusamanserta memperbaiki tekstur kulit.

Daya eksfoliasi yang tinggi akan menyingkirkan timbunan sel-sel kulit mati supaya kulit menjadi lebih halus, licin, sekata, gebu dan lebih segar.

DENGAN INSTA WHITE TIADA LAGI WAJAH KUSAM..MUKA SENTIASA BERTENAGA..CERAH..DAN TIADA BERMASALAH LAGI HARI DEMI HARI..JIMAT MASA & KOS..TIDAK PERLU MEMBUAT RAWATAN WAJAH DI LUAR..LAKUKAN SENDIRI PADA BILA-BILA MASA HANYA DI RUMAH..BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ANDA MENGGUNAKAN PRODUK LAIN DI WAJAH ANDA..

JelitAyu Insta White Penjagaan kulit dalam bentuk krim pelembab ringan yang menghasilkan "mask dengan buih mikro"apabila bersentuhan dengan kulit. bertindak sebagai "pengangkut oksigen" untuk menghasilkan kuasa penyembuhan bagi mencapai kecantikan, keserian dan keremajaan kulit secara semulajadi.

SEDEKAH BUAT AYAH & MAK PINTU REZEKI TERBUKA

SEDEKAH BUAT AYAH & MAK..PINTU REZEKI AKAN TERBUKA
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapa mu (tak kira masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , 

Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah!


Thursday, November 3, 2011

APABILA SANGKAKALA DITIUP

APABILA SANGKAKALA DITIUP…

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


HARI RAYA AIDILADHA..ASAL-USUL AIDILADHA

HARI RAYA AIDILADHA
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com


Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.