بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Assalammualaikum wbt & Selamat Sejahtera, Syukur Ya ALLAH. Syukran Berkunjung. Salam Ukhwah Fillah Ya Ukhti Ya Akhi. Fi Amanillah Wa Fi HubbillahMasyaallah TabarakallahSihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Blog Jelita Wif Diyana. Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung. Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. In Sha ALLAH Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Tindak Balas Cepat Serta Pertanyaan & Pembelian, WhatsApp(www.wasap.my/60197007507)WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana

Wednesday, November 9, 2011

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Perasaan Ragu Dan Yakin
Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

Perunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan ditinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.
(Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11)

No comments:

Post a Comment

Share

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.