Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Selamat Tahun Baru .. 2012
pantun 2 kerat heheee…
terima kasih sekali lagi,
jangan lah jemu berkunjung lagi…
sama-sama diucapkan,
salah dan silap harap dapat memaafkan…
sabar lah hati..bersangka baik,
itu lebih baik…
info bermanfaat di kongsikan bersama,
mutiara kata renungan bersama
bunga ros..bunga kemboja,
ana seorang yang biasa-biasa aja…
salah silap sering dilakukan,
namun siapa lah ana untuk menentukan...
Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat tahun baru,Semoga tahun baru ini,menjadikan kita lebih matang dari tahun-tahun sebelumnya… Terima kasih menjadi kawan dan berkunjung ke blog ana.Kunjungan serta dorongan semua,amat ana hargai.Bersama-sama kita menjadi seorang yang tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan…”Bila kita bersabar,semuanya akan menjadi mudah..InsyaAllah…Wassalam

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012

Takwim Persekolahan 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal
Hari Persekolahan Dan Cuti
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2012
08.03.2012
48
Cuti Pertengahan Penggal
09.03.2012
17.03.2012
9
Hari Persekolahan
18.03.2012
24.05.2012
50
Cuti Pertengahan Tahun
25.05.2012
09.06.2012
16
II
Hari Persekolahan
10.06.2012
16.08.2012
50
Cuti Pertengahan Penggal
17.08.2012
25.08.2012
9
Hari Persekolahan
26.08.2012
08.11.2012
55
Cuti Akhir Tahun
09.11.2012
31.12.2012
53
Jumlah
290
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
203
Jumlah Hari Cuti Penggal
87

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal
Hari Persekolahan Dan Cuti
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
04.01.2012
09.03.2012
48
Cuti Pertengahan Penggal
10.03.2012
18.03.2012
9
Hari Persekolahan
19.03.2012
25.05.2012
50
Cuti Pertengahan Tahun
26.05.2012
10.06.2012
16
II
Hari Persekolahan
11.06.2012
17.08.2012
50
Cuti Pertengahan Penggal
18.08.2011
26.08.2011
9
Hari Persekolahan
27.08.2011
09.11.2011
55
Cuti Akhir Tahun
10.11.2011
01.01.2013
53
Jumlah
290
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
203
Jumlah Hari Cuti Penggal
87

catatan oleh tehr


Thursday, December 22, 2011

TERBARU DARI AS BEAUTY .. RAWATAN PENJAGAAN SEMESTINYA RINGKAS,SELAMAT,BERKESAN

Baru Dari As Beauty ‘A Simple Beauty’

Aromatherapy Essential Oils For Facial Serum
Aromatherapy BodySerum
Aromatherapy Love Olil (For Women)
Aromatherapy BodySerum + Spa Soap

TAZKIRAH .. JAUHI PRASANGKA SESAMA ISLAM

Jauhi Prasangka Sesama Islam
Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.

Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:

“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.

Cuba kita renungkan bersama :

Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh?
Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?
Jom, luaskan dada dan perkasakan amal…
By: Dr Zainur Rashid Zainuddin


Sunday, December 11, 2011

MUTIARA KATA,MUHASABAH DIRI


Ambillah kebaikan daripada orang yang membuat kebaikan, dan tinggalkan keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan…

Sunday, December 4, 2011

AS BEAUTY 'A SIMPLE BEAUTY' FACIAL TREATMENT 3 IN 1 .. SEMESTINYA RINGKAS,SELAMAT & BERKESAN ..

Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.
Ringkas!, Selamat!, & Berkesan!
Produk rawatan wajah yang akan menjadikan wajah hari demi hari sihat dan sihat, bebas masalah..jangan ragu.Mengandungi vitE untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori, mampu menghilangkan resdung, serta mencerahkan kulit wajah.
As Beauty Vitamin C soap (sabun ini dijual berasingan,tiada terjual set)
Natural dan wangi *Mempunyai Natural Vitamin C *membantu meningkatkan metabolisma, melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit secara semulajadi *Mengimbangkan kelembapan dan menyegarkan kulit *Tidak mengandungi pewarna tambahan *Amat sesuai untuk kulit matang.
PERHATIAN:AS Beauty vitC soap(sabun hijau) adalah khas utk kulit wajah yg matang lingkungan umur 40 thn ke atas,juga sesuai utk lelaki. Tetapi tidak sesuai untuk kulit wajah yang berjerawat. Bagus juga untuk kulit wajah yang berjeragat yang susah nak hilang(utk yg berjeragat pakai sabun biasa dulu VitE soap,jika jeragat susah nak hilang baru bertukar ke vitC soap). Utk kulit wajah berminyak mmg vitC soap tidak berapa sesuai digunakan sebab VitC soap lebih berpelembab. Dikhuatiri muka akan lebih berminyak dan mengaktifkan jerawat yg ada.
MILIKI WAJAH BERSERI, HALUS & BERSIH,HANYA 3 LANGKAH MEMBERSIH(BEAUTY SOAP), MELINDUNGI(DAY CREAM/BASE MAKEUP) & MERAWAT(NIGHT CREAM)
Sesuai untuk semua peringkat umur juga untuk lelaki.
100% Bebas Hydroquinone, mendapat kelulusan KKM dan mendapat Sijil Halal dari JAKIM
As Beauty mendapat kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Status Product Notified Number:
Product Ref No. Notification No. Product Name Valid
2010090003678-P NOT101103272K As Beauty Day Cream 22/11/2012
2010090003687-P NOT101103172K As Beauty Night Cream 19/11/2012
2010090000617-P NOT101102420K As Beauty Soap 11/11/2012

Friday, December 2, 2011

RABUN SILAU CETUS SAKIT KEPALA


SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.
KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.

Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.

Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.

“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.

“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.

Bukan fotofobia

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.
PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.

Senam Mata 
Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,” katanya.

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.BY KOSMO

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.