بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, May 9, 2012

TENTANG AIR


Air Liur Penting Untuk Mulut
Pernahkah kita terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.

Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.

Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.

Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.

Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8 ml apabila kita mengunyah.

Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.

Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.

Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang kekal.

Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.

Ini menyebabkan air liur menjadi kental. Keadaan ini juga lazim terjadi pada penagih dadah. Kadangkala air liur langsung tidak keluar kerana kelenjar liurnya telah musnah sama sekali.

Jika tiada air liur, gusi dan tisu lembut mulut akan terasa kering dan mudah luka. Tanpa air liur proses bercakap juga amat sulit kerana tekak kita terasa kering dan sukar untuk berfungsi.

Bila mulut terasa kering kita lazimnya lebih cenderung untuk mengambil makanan yang lembut dan cair. Ini menyebabkan sisa makanan tertempel lebih lama di stas permukaan gigi dan gusi.

Anehnya, sekalipun kelenjar liur musnah tetapi jumlah bakteria mulut tetap seperti biasa. Bakteria ini akan memakan sisa makana yang terlekat pada celah gigi.

Seperti biasa, proses ini akan menyebabkan asid terbentuk dan memusnahkan enamel gigi dengan cepat. Keadaan mulut yang kering pula akan menyebabkan proses pembentukan asid terjadi jauh lebih pantas dan ganas daripada keadaan lazim.

Menjaga kebersihan mulut amat penting apabila kita mengalami keadaan mulut kering. Gusi dan tisu lembut lain mudah luka. Oleh itu kita mesti menggunakan berus lembut dan dengan tekanan ringan.

Mengesip buah asam boi atau seumpamanya semasa menduduki ujian atau peperiksaan untuk meredahkan rasa takut dan cemas bukanlah suatu amalan yang baik dan ia patut dicegah.by: Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir


Pentingnya Air Dalam Kehidupan

Tubuh kita ini terdiri dari 75 persen unsur air.Ada air yang bergerak didalam tubuh kita tak ubahnya seperti air sungai yang mengalir secara terus menerus siang dan malam.Bila air sungai dapat digunakan untuk mengangkut suatu benda dari hulu ke ahilir,maka air yg ada didalam tubuh kita juga adalah berfungsi sebagai pengangkut semua bahan bahan makanan yang akan dibentuk menjadi sel sel hidup yg diperlukan oleh seluruh organ tubuh,dan mengangkut sel sel mati untuk dibawa ketempat pembuangannya,begitulah tugas air sebagai alat angkut yg berjalan sepanjang hari didalam tubuh kita sendiri.

Untuk menggerakkan air mengalir di dalam tubuh kita adalah dilakukan oleh sebuah pompa ajaib yg mempunyai tenaga yang menakjubkan yang disebut organ jantung.Pompa ajaib inilah yg bekerja siang dan malam untuk mendorong air mengalir diseluruh tubuh manusia setiap saat,untuk mengangkut semua bahan bahan yang diperlukan organ organ tubuh,juga mengangkut bahan-bahan buangan melalui saluran nya masing masing.

Tubuh kita ini terdiri atau terbangun oleh beberapa organ tubuh,dan organ tubuh terdiri dari kumpulan sel.Sel-sel dalam tubuh kita hanya dapat hidup antara 100-120 hari,kemudian sel-sel tersebut akan mati (tak berguna).Dengan demikian di dalam tubuh kita akan terjadi berjuta juta sel yang akan mati setiap hari nya.Itu berarti,tubuh kita akan selalu memerlukan alat untuk mengangkut bangkai-bangkai sel yang sudah mati dalam tubuh untuk diangkut ketempat pembuangan melalui ginjal.Fungsi air adalah sangat berperanan penting bagi tubuh manusia,maka kecukupan air air dalam tubuh harus dijaga betul supaya tidak berkurang (KURANG MINUM ADALAH SUMBER PENYAKIT) semoga sedikit artikel ini dapat menambah pengetahuan dan bermanfaat kepada semua.by: andrycahayaalam


No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.