Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Sunday, August 26, 2012

KULIT SIHAT DARI DALAM..RASAI SENDIRI..PASTI SUKA..


JelitAyu Insta White
* kepada yg dah lama menggunakan produk AS Beauty..di mana AS Beauty dah serasi dengan kulit wajah,dan proses rawatan dah sempurna,ana memang menggalakkan pelanggan2 ana menggunakan AS Beauty bersama Jelitayu Insta White..pengguna produk lain juga ana galakkan menggunakan Jelitayu Insta White..rasai sentuhan buih micro ke wajah anda..kulit akan sihat dari dalam..selamat digunakan…….

INSTA WHITE...TANPA...HYDROQUINONE
-produk yang berkesan.Ia membantu masalah tekstur kulit tidak sekata,masalah kulit berminyak,masalah liang roma terbuka,membantu memudarkan jeragat,,masalah kulit gelap dianggota badan,masalah dgn solekan, membantu mencegah masalah "stretch mark",mumudahkan solekan di wajah dan lebih tahan lama,wajah akan bertenaga dan segar dll..RASAI SENDIRI..MEMANG HEBAT!!!..1 LANGKAH YANG MUDAH DAN BERBALOI!!!..JIMAT MASA!!!..JIMAT KOS!!!..GUNAKAN SERTA JADIKAN TAMBAHAN DALAM PENJAGAAN WAJAH ANDA!!!

INSTA WHITE adalah produk yang satu-satunya berada di pasaran dimana merupakan mask yang berbentuk buih bagi mengangkut oksigen bagi menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk meningkatkan paras oksigen dan menghasilkan kuasa penyembuhan sel kulit yang menakjubkan. Buih mikro yang terhasil akan meresap masuk ke dalam kulit seakan mengurut lembut kulit bagi melegakan dan menghilangkan tekanan.Teknik adalah untuk menyegarkan dan mengurangkan kekusamanserta memperbaiki tekstur kulit. Daya eksfoliasi yang tinggi akan menyingkirkan timbunan sel-sel kulit mati supaya kulit menjadi lebih halus, licin, sekata, gebu dan lebih segar.

DENGAN INSTA WHITE TIADA LAGI WAJAH KUSAM..MUKA SENTIASA BERTENAGA..CERAH..DAN TIADA BERMASALAH LAGI HARI DEMI HARI..JIMAT MASA & KOS..TIDAK PERLU MEMBUAT RAWATAN WAJAH DI LUAR..LAKUKAN SENDIRI PADA BILA-BILA MASA HANYA DI RUMAH..BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ANDA MENGGUNAKAN PRODUK LAIN DI WAJAH ANDA..

JelitAyu Insta White Penjagaan kulit dalam bentuk krim pelembab ringan yang menghasilkan " mask dengan buih mikro"apabila bersentuhan dengan kulit. bertindak sebagai " pengangkut oksigen" untuk menghasilkan kuasa penyembuhan bagi mencapai kecantikan, keserian dan keremajaan kulit secara semulajadi.

AS BEAUTY RAWATAN WAJAH & SPA..PASTIKAN YG ORIGINAL!!!



TERCARI-CARI PRODUK? MACAM2 DAH CUBA,TAPI HASIL NYA MENGECEWAKAN? DARI PRODUK MURAH KE MAHAL DAH CUBA,TAPI HAMPIR BERPUTUS ASA? ANDA ADA RESDUNG? JERAGAT LAMA & BARU SUSAH NAK HILANG? .. KINI ANDA TAK PERLU RISAU..AS BEAUTY RAWATAN WAJAH MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH DI WAJAH ANDA .. TAK PERLU BERBELANJA LEBIH..ANDA PASTI TIDAK MENAFIKAN KEBERKESANANNYA…………….


RINGKAS! SELAMAT! BERKESAN! BERKELULUSAN KKM! MENDAPAT SIJIL HALAL DARI JAKIM! TERKENAL MUKA ATAS MUKA! SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR KULIT! JIMAT! BERBALOI!

Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori,serta mencerahkan kulit muka.Semakin hari kulit akan bersih dan sihat.Bebas masalah.Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.Mengapa perlu berbelanja lebih? Produk berkelulusan kkm dan mendapat sijil halal daripada pihak jakim.Jangan ragu!

miliki wajah & kulit berseri,halus sihat & bersih..hari demi hari

merupakan produk penjagaan rawatan wajah

rawatan wajah,hanya 3 langkah membersih (VitE/VitC Soap), melindungi (Day Cream/Base MakeUp), merawat (Night Cream)

  rawatan spa,Aromatherapy:Facial Anti Ageing Serum,Body Serum,Love Oil For Women & Spa Soap(For Body) bertindak mengatasi masalah resdung, jerawat kronik, jeragat degil, juga lain-lain masalah.

RINGKAS! SELAMAT! BERKESAN! JIMAT! SEMEMANGNYA BERBALOI!

sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur,wanita mengandung dan lelaki.

kelulusan KKM,mendapat SIJIL HALAL dari JAKIM juga BEBAS HYDROQUINONE

JANGAN RAGU! ANDA PASTI TIDAK MENAFIKAN KEBERKESANANNYA..

kualiti terjamin

AWAS !!! AS Beauty tidak pernah membuat PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING) pastikan yang ORIGINAL.

~ INGIN MENJADI STOKIS, PENGEDAR & DROPSHIP PUN BOLEH .. pm/(sms) 0197007507~

Saturday, August 25, 2012

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
by:share(Sham Kamikaze

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.