Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, September 26, 2012

AS BEAUTY RAWATAN WAJAH 3IN1 SET & JELITAYU NUTRI FAKTOR


AS Beauty Rawatan Wajah 3in1 + JelitAyu Nutri Faktor
2 gabungan ini..sangat2 lengkap untuk luaran serta dalaman..2 gabungan produk yang ana berani tampilkan..dari dalam terpancar luaran.. miliki kulit sihat..pastinya untuk keseluruhan..kesihatan,kecantikan,awet muda seluruh system badan, juga untuk pelangsinga & maintain berat badan...LENGKAP KAN UNTUK LUARAN SERTA DALAMAN..mengapa perlu berbelanja lebih???

Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori,serta mencerahkan kulit muka.Semakin hari kulit akan bersih dan sihat.Bebas masalah.Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.Mengapa perlu berbelanja lebih? Produk berkelulusan kkm dan mendapat sijil halal daripada pihak jakim.Jangan ragu!

miliki wajah & kulit berseri,halus sihat & bersih..hari demi hari
merupakan produk penjagaan rawatan wajah
rawatan wajah,hanya 3 langkah membersih (VitE/VitC Soap), melindungi (Day Cream/Base MakeUp), merawat (Night Cream)
bertindak mengatasi masalah resdung, jerawat kronik, jeragat degil, juga lain-lain masalah.
RINGKAS! SELAMAT! BERKESAN! JIMAT! SEMEMANGNYA BERBALOI!
sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur,wanita mengandung dan lelaki.
kelulusan KKM,mendapat SIJIL HALAL dari JAKIM juga BEBAS HYDROQUINONE
JANGAN RAGU! ANDA PASTI TIDAK MENAFIKAN KEBERKESANANNYA..
kualiti terjamin
AWAS !!! AS Beauty tidak pernah membuat PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING) pastikan yang ORIGINAL.
~ INGIN MENJADI STOKIS, PENGEDAR & DROPSHIP PUN BOLEH .. (SMS) ana ~

Nutri Faktor mengandungi asid amino yang bertindak sebagai protein dalam badan yang akan menghasilkan collagen yang semula jadi. Juga berfungsi membersihkan usus dan menggalakkan hati mengeluarkan toksin-toksin dalam badan serta membersihkan darah. Tanpa bahan pengawet. Selamat diamalkan walaupun untuk jangka masa panjang. Bila digabungkan bersama AS Beauty 3in1 Set,kesan nya memberikan kesempurnaan dalam melengkapkan penjagaan serta rawatan kulit secara berkesan dan selamat. Pastinya gabungan 2 produk ini tidak mengecewakan anda. Ianya telah diakui oleh ana sendiri (menjual apa yg diamalkan,serta guna),juga pelanggan2 ana.. InsyaAllah ..

Fungsi-fungsi
-  Membersihkan usus dan menggalakkan hati mengeluarkan toksin-toksin dalam badan serta membersihkan darah.
-  Mengimbangi sistem hormon supaya kelihatan muda, bertenaga, cantik, dan sihat.
- Membekalkan semua khasiat yang diperlukan oleh badan untuk penjagaan kesihatan dalaman dan kejelitaan luaran.
-  Menjaga bentuk badan dan mengurangkan lemak.
-  Menegang, melicin dan melembabkan kulit seluruh badan.
-  Melambatkan proses penuaan dan menopause serta mencegah pelbagai penyakit.
-  Awet muda untuk seluruh sistem badan.
-  Bagus untuk ibu yg hendak mengandung,sedang mengandung, dan menyusu.

BERMINAT??? .. INBOX/SMS 0197007507


Monday, September 17, 2012

As Beauty ‘A Simple Beauty’ Produk Rawatan Wajah & Spa .. BERKUALITI SERTA ORIGINAL!!!




INGIN MENDAPATKAN KE SEMUA PRODUK …
As Beauty ‘A Simple Beauty’ Produk Rawatan Wajah & Spa
BOLEH DAPATKAN MELALUI ANA..

HUBUNGI(SMS)0197007507/PM FACEBOOK/EMAIL/ISI BORANG PESANAN

KINI ANA MEMUDAH KAN ANDA UNTUK MENDAPATKAN SECARA ONLINE

PASTINYA KUALITI TERJAMIN SERTA ORIGINAL!!!

PRODUK YANG TERKENAL MUKA ATAS MUKA JUGA SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR

BERKELULUSAN KKM,MENDAPAT SIJIL JAKIM,BEBAS HYDROQUINONE & BAHAN2 BAHAYA

RINGKAS,SELAMAT,BERKESAN,JIMAT SERTA BERBALOI

3IN1 SET SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT,TERMASUK KULIT BERMASALAH,MAMPU MENGHILANGKAN MASALAH PENYAKIT RESDUNG,UNTUK LELAKI,JUGA WANITA MENGANDUNG

PRODUK RAWATAN SPA,MELENGKAPKAN LAGI KEYAKINAN ANDA..

DAPATKAN HARI INI & JANGAN RAGU AKAN KEBERKESANANNYA


MUTIARA KATA


awak,kalau awak marah saya jangan lame2. nanti saya rindu…

Thursday, September 6, 2012

7 MATA YG DICINTAI OLEH ALLAH & 7 HAMBA YG AKAN DILINDUNGI ALLAH PADA HARI KIAMAT NANTI


”Tujuh mata yang dicintai oleh Allah s.w.t" &
”Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti"

1. Imam pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh dewasa yang hobinya beribadah pada Allah padahal disaat nafsunya bergejolak.

3. Hamba yang hatinya selalu terikat pada masjid, senangnya berjamaah dan beraktiviti ke masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul, berjumpa, bersahabat  kerana  Allah dan berpisah  kerana  Allah pula.

5. Seorang hamba lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah"

6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, ikhlas  kerana  Allah.

7. Hamba yang berdzikir dan berdoa kepada Allah dalam keheningan malam, dalam kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan airmatanya.” (Tafsir hadist HR. Bukhari Muslim)..."

Ya Allah yang Menguasai langit bumi, jadikan kami diantara tujuh golangan hamba-hamba-Mu yang Kau lindungi kelak di akhirat... Aamiin"by:share


Tuesday, September 4, 2012

RENUNGAN BERSAMA - REZEKI



" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya ".
( Surah ar-Rad : 11 )

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampakkan anugerah kepada hambaNYA dengan menempatkan harta berfungsi sebagai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Supaya rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat.

Sebab tu dalam Islam digalakkan bersedekah. Jangan pentingkan diri sehingga kita terlupa, nyawa kita juga hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Entah esok lusa, jika DIA mahu mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita, siapa kita untuk menafikan yang bukan hak kita. Cuba letakkan diri kita pada tempat mereka? Cuba selami hati dan perasaan mereka? Bukan mereka mahu jadi begitu, barangkali keadaan memaksa walaupun mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh kita tapi tidak oleh mereka.

Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan orang lain. Biarkan mereka melakukan sesuatu yang mereka suka walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur. Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan iman dan taqwa.
- Artikel iluvislam.com

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
"Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:
"Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini...."

Saturday, September 1, 2012

SOLAT TAUBAT


SOLAT TAUBAT Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini telah diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ

وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ

نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8

Di antara perkara yang disyaria’tkan bagi mereka yang ingin bertaubat adalah mengerjakan solat Taubat.

DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT TAUBAT

Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dan ianya disandarkan kepada hadis daripada ‘Ali radhiallahu’ anh, dia berkata:

وَإِنَّهُ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ

ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ.

Maksudnya:Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut) dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya:Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Aali Imran (3) : 135). - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 2932.

WAKTU PERLAKSANAANNYA

Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya. Ianya boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):

Seorang Muslim boleh sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya adalah hal yang disunnahkan. – rujuk Sholaatul Mu’min karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, ms. 317-318.

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, Ampunkan dosaku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar, Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku, Wahai Tuhan selamatkan kami ini, Dari segala kejahatan dan kecelakaan, Kami takut, kami harap kepadaMu, Suburkanlah cinta kami kepadaMu, Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu (I'tiraf, Raihan)


Solat Bukan Part Time | Bukan SomeTime | Bukan No Time | Mesti Buat Full Time | Mesti Buat On Time | Sebab Mati Anytime On Time | By:share


Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.