Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Saturday, December 21, 2013

PAKEJ ISTIMEWA...MILIKI MINUMAN YG SIHAT!!! DAN SELAMAT!!!

 PERLA COFFEE  (new packaging)
Untuk wajah baru kotak perla coffee dah di upgrade dari segi
tulisan dah tak ada shadow. Semua warna gold
gambar pengasas dah bertudung penuh.
tulisan kecik serbuk mutiara & gluthathione dah ditukarkan kepada serbuk mutiara & l-cysteine
kotak dah ada teknik 3D dikawasan tulisan putih gebu berseri dan pakaian pengasas

PERLA  CHOCOLATE MILK
Khas untuk anda yang tidak menggemari coffee!
Anda boleh beralih kepada PERLA CHOCOLATE MILK!
Keluaran terbaru daripada IRICH RESOURCES.

Di upgrade dengan new flavour, dan ditambah dengan L-Cysteine! Apakah bahan yang dimaksudkan? Bahan ini dapat membantu untuk pembentukan gluthathione dan berfungsi sebagai agen pencegah pigmentasi dan menggalakkan pembentukan melanin kulit yang cerah serta membuat kulit anda mulus, segar dan berseri-seri! Terbaik bukan! Sedap, murah dan mampu milik!

Kalau hendak kurus minum MIRACLE SLIMMING COFFEE
Kalau hendak kurus minum MIRACLE SLIMMING COFFEE
MIRACLE SLIMMING COFFEE satu-satunya minuman pelangsingan berperisa kopi yang sedap dan berkesan menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet sakan dan berlapar kerana nak kurus..tak perlu risau kalau bekerja..sebab tidak berlaku kerap ke tandas

secara ringkas tentang Miracle Slimming Coffee:
Miracle slimming coffee adalah produk untuk menurunkan berat badan berasaskan homeopathy.



=== KESAN BERGANDA DENGAN PENAMBAHAN L-CYSTEINE ===

 PERLA COFFEE  (new packaging)
Untuk wajah baru kotak perla coffee dah di upgrade dari segi
tulisan dah tak ada shadow. Semua warna gold
gambar pengasas dah bertudung penuh.
tulisan kecik serbuk mutiara & gluthathione dah ditukarkan kepada serbuk mutiara & l-cysteine
kotak dah ada teknik 3D dikawasan tulisan putih gebu berseri dan pakaian pengasas

 PERLA  CHOCOLATE MILK
Khas untuk anda yang tidak menggemari coffee!
Anda boleh beralih kepada PERLA CHOCOLATE MILK!
Keluaran terbaru daripada IRICH RESOURCES.

Di upgrade dengan new flavour, dan ditambah dengan L-Cysteine! Apakah bahan yang dimaksudkan? Bahan ini dapat membantu untuk pembentukan gluthathione dan berfungsi sebagai agen pencegah pigmentasi dan menggalakkan pembentukan melanin kulit yang cerah serta membuat kulit anda mulus, segar dan berseri-seri! Terbaik bukan! Sedap, murah dan mampu milik!

Kalau hendak kurus minum MIRACLE SLIMMING COFFEE
MIRACLE SLIMMING COFFEE satu-satunya minuman pelangsingan berperisa kopi yang sedap dan dijamin berkesan dalam masa 7 hari tanpa perlu berdiet sakan dan berlapar kerana nak KURUS..tak perlu risau kalau bekerja..sebab tidak berlaku kerap ke tandas

secara ringkas tentang Miracle Slimming Coffee:
Miracle slimming coffee adalah produk untuk menurunkan berat badan berasaskan homeopathy.

>>> BERURUSAN DENGAN SYARIKAT PRODUK..KUALITI TERJAMIN..DAPATKAN PAKEJ COMBO DAN HARGA PAKEJ <<<

...inbox@pm/WhatsApp/sms 0197007507


Alhamdulillah

AS BEAUTY DI HATI KU..PILIHAN KU..TAMPIL BERKEYAKINAN..BEBAS MASALAH !!!

AS BEAUTY ~ LANGKAH & PERINCIAN TATACARA
AS Beauty'A Simple Beauty' Treatment SkinCare
GUNAKAN TANPA WAS-WAS! .. ANDA PASTI TIDAK AKAN MENAFIKAN KEBERKESANANNYA..ALHAMDULILLAH TERKENAL MUKA ATAS MUKA & SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR...BEBAS MASALAH...SEMAKIN HARI KULIT AKAN SIHAT DAN BERSIH...ALHAMDULILLAH ✿◠‿*

Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Set rawatan penjagaan wajah AS Beauty mengandungi (MSM) yang berfungsi menyusun semula struktur kolagen pada kulit bagi melambatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus serta menegangkan kulit. Meningkatkan transformasi tenaga(metabolisme) kulit dengan menyinkirkan sel-sel mati dan kulit rosak melalui penjanaan semula sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat,bersih cerah,halus dan berseri. Krim AS Beauty dirumuskan dari serbuk mutiara air tawar yang bertindak mencerahkan wajah secara semulajadi. Kandungan vitamin E di dalam sabun AS Beauty juga merawat wajah dengan menghilangkan jeragat,bekas jerawat,jeragat,lingkaran gelap (eye bag),mengatasi masalah resdung,serta berupaya mengecilkan pori-pori di wajah.

3 LANGKAH MUDAH AS BEAUTY

* Gunakan sabun muka AS Beauty yang dirumus khas dari madu dan extract buah-buahan untuk mencuci kulit wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi selepas bangun dan malam sebelum tidur).

* Krim malam AS Beauty (night cream) mengandungi sebuk mutiara air tawar dan MSM. Digunakan pada malam hari bagi merawat wajah sewaktu tidur,ketika penjanaan semula kulit sedang berlaku.

* Krim siang AS Beauty (night cream) menggunakan bahan semulajadi seperti kunyit dan timun> Digunakan pada siang hari bagi melindungi kulit dari sinaran UV dan juga sesuai dipakai sebagai alas bedak.

BERMINAT MENJADI DROPSHIPER/PENGEDAR/STOKIS
mengikut kemampuan ANDA..anda pasti akan minat dgn sistem pakai & jual..Alhamdulillah,boleh dapatkan kesemua produk keluaran AS Beauty secara online atau secara terus bersama ana,kualiti terjamin

Sila isikan borang pesanan/WhatsApp/sms 0197007507


Tuesday, December 3, 2013

IRICH PERLA COFFEE & JELITAYU NUTRI FAKTOR ~ PILIHAN ANA


dua produk kesihatan dan kecantikan menyeluruh yang lengkap utk luaran serta dalaman..kulit akan sihat hari demi hari..produk awet muda seluruh sistem tubuh..kedua2 produk ini mengandungi kolagen secara semulajadi dan bukan nya kolagen secara marin..jadi mudah diterima oleh antibody badan seseorang

jika anda mencari supliment kesihatan dan kecantikan serta awet muda seluruh sistem badan amalkan lah JELITAYU NUTRI FAKTOR
- merupakan minuman penjagaan kesihatan dalaman yang semulajadi. Ramuan yang digunakan adalah ekstrak tulen daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tanpa sebarang bahan kimia,sintetik,ejen pewarna dan komposisi haiwan
- produk ini membekalkan khasiat yang penting kepada badan dan dapat menbantu membersihkan usus, menggalakkan hati mengeluarkan bahan toksid dalam badan,mencuci darah, mempertingkatkan daya pertahanan badan dan mengimbangi seluruh sistem badan
- Kelihatan Muda, Rasa Segar & Pasti Menawan 40...35...25... Rasai Sendiri, Kelihatan Muda, Sihat Hari Demi Hari.
* Awet muda yang paling semulajadi dan berkesan
* Menjaga kesihatan dalaman dan kejelitaan luaran.

jika anda penggemar kopi..bertukarlah mengamalkan PERLA COFFEE
- PUTIH. GEBU. BERSERI ~ bahan utamanya SERBUK MUTIARA & GLUTATHIONE
Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif.
- Proses pemutihan berlangsung daripada kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh badan anda.
- Perla Coffee juga boleh membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut-parut lama dan juga masalah kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan perla coffee.
- tidak menjemukan..berperisa coffee arabika di dalam nya penuh bahan2 berkualiti yang mahal tp kini anda mampu amalkan pada 1 minuman yg harganya mampu tuk anda!!!
- SEJARAH SERBUK MUTIARA:
Rahsia formula serbuk mutiara tersebut seterusnya diwarisi daripada generasi ke generasi oleh doktor istana
Digunakan secara luas dalam penyediaan perubatan Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan
Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan
Chinese Pharmacopoeia : disokong oleh para doktor & pakar herba sebagai rumusan kesihatan yang bernilai
Rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas ialah menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit dan wajahnya.
- GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

Inbox disini utk info lanjut dan pembelian
Sila isikan borang pesanan/sms/whatsapp 0197007507

Monday, November 4, 2013

AMALAN BERSAMA ~ DOA AWAL TAHUN & AKHIR TAHUN

DOA AWAL TAHUN & AKHIR TAHUN

DOA AKHIR TAHUN 
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.


Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Maksud Doa Akhir Tahun :

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan Sahabat-sahabat baginda sekalian

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini

Maka kami belum bertaubat darpadanya.

Padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.

Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian memohon keampunanMu

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.

Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,

Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu

Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah

DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Maksud Doa Awal Tahun :

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Rahmat dan Sejahtera keatas Penghulu Kami Nabi Muhammad dan keatas keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.

KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat.

Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan Kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan).

Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,

Ya Allah yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat.




::: ::: ::: ::: :::
Marilah kita bersama-sama kita "share" doa ini untuk amalan semua Insya Allah

Salam Maal Hijrah daripada Ana




MENYELAMI MAKNA HIJRAH ~ PENGERTIAN HIJRAH

Menyelami Makna Hijrah

Tidak dinafikan bahawa hijrah mengandungi hikmah yang terlalu besar. Tidak akan habis untuk diselongkar rahsianya dan tidak akan susut untuk digali perbendaharaannya. Penulisan ini cuba untuk mencedok hanya sekelumit daripada hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa bersejarah itu.

Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Sebelum Fathu Makkah, hijrah ke Madinah, tempat terlaksananya kedaulatan Islam, diwajibkan ke atas seluruh Muslimin kecuali mereka yang mempunyai keuzuran tertentu. Selepas Makkah berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam, manusia memasuki agama Allah berbondong-bondong dan mereka telah bebas melaksanakan Islam serta mendirikan syiarnya di mana jua, maka tiada lagi keperluan untuk berhijrah ke Madinah. Baginda telah bersabda (maksudnya):

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Mujasyik bin Mas’ud dan saudaranya datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam dan berkata, “Kami berjanji setia untuk berhijrah”. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya), “Telah berlalu hijrah untuk mereka yang telah melakukannya.” Mereka bertanya, “Kalau begitu kami berjanji setia untuk apa?” Baginda menjawab (maksudnya), “Untuk Islam dan jihad.”

(Riwayat al-Bukhari)

Maksud hijrah dalam nas-nas di atas ialah hijrah dari Makkah ke Madinah. Umat Islam tidak lagi dituntut supaya meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah kerana Makkah telah menjadi negara Islam dan tiada lagi halangan untuk mereka melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Adapun mereka yang berada di dalam negara kafir yang menindas dan menghalang umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Islam serta syiar-syiarnya, wajib berhijrah sampai bila-bila.

Imam Ahmad dan lain-lain meriwayatkan daripada Abdullah bin Waqdan, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah selagi Muslim diperangi oleh kuffar.”

Namun sekiranya Muslim berada dalam negara kafir yang tidak memerangi Islam serta tidak menghalang orang-orang Islam melaksanakan segala syiarnya, tidak wajib berhijrah dari negara tersebut, lebih-lebih lagi berada di dalam negara yang mengamalkan dasar terbuka serta memberi peluang kepada Muslim untuk berdakwah dan menunjukkan kebaikan Islam kepada masyarakat setempat.

Apakah ini bermakna kita tidak perlu berhijrah lagi?

Sebenarnya hijrah mempunyai dua pengertian: hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan bertawakal kepada-Nya.

Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.

Maka hijrah yang dituntut pada masa kini ialah:

1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”

(Riwayat Ahmad)

3. Memberi sedekah. Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),

“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),

“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”

Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, “Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah.


Ustazah Maznah Binti Daud adalah Mantan Prof Madya UITM dan kini sebagai Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sumber: www.malaysiaharmoni.com


PENGORBANAN DAN PENGHIJRAHAN SUATU TUNTUTAN ISLAM     
PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah.  Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

 Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.


Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini akan berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

PEMBANGUNAN JIWA

Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.

Namun untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.

Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud :

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'.

Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan Syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya.

PEMBANGUNAN MENTAL/PEMIKIRAN

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud :

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.

PEMBANGUNAN FIZIKAL/ TUBUH BADAN

Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu?, Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.

Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 :

'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya'

Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan "Budaya Hijrah" dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:



(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)

Yang bermaksud: "Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah."

Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:

   1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan.
   2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah.

 Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka.

Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

Yang bermaksud: "Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".

KESIMPULAN

Sesungguhnya keyakinan, kecekalan, kesungguhan, ilmu, kematangan, pengorbanan dan kesatuan umat Islam adalah lahir dari semangat hijrah. Sememangnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah merupakan sumber bekalan dan kekuatan umat yang kini kian dilupakan.

Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah JAIS.
(Dipetik dari artikel asal nukilan Uzh Sabariah bt Hj Salleh)



AS BEAUTY ~ MEMELIHARA ANUGERAH ILAHI


Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori,serta mencerahkan kulit muka.Semakin hari kulit akan bersih dan sihat.Bebas masalah.Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.Mengapa perlu berbelanja lebih? Produk berkelulusan kkm dan mendapat sijil halal daripada pihak jakim.Jangan ragu!

Set rawatan penjagaan wajah AS Beauty mengandungi (MSM) yang berfungsi menyusun semula struktur kolagen pada kulit bagi melambatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus serta menegangkan kulit. Meningkatkan transformasi tenaga(metabolisme) kulit dengan menyinkirkan sel-sel mati dan kulit rosak melalui penjanaan semula sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat,bersih cerah,halus dan berseri. Krim AS Beauty dirumuskan dari serbuk mutiara air tawar yang bertindak mencerahkan wajah secara semulajadi. Kandungan vitamin E di dalam sabun AS Beauty juga merawat wajah dengan menghilangkan jeragat,bekas jerawat,jeragat,lingkaran gelap (eye bag),mengatasi masalah resdung,serta berupaya mengecilkan pori-pori di wajah.


3 LANGKAH MUDAH AS BEAUTY

* Gunakan sabun muka AS Beauty yang dirumus khas dari madu dan extract buah-buahan untuk mencuci kulit wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi selepas bangun dan malam sebelum tidur).

* Krim malam AS Beauty (night cream) mengandungi sebuk mutiara air tawar dan MSM. Digunakan pada malam hari bagi merawat wajah sewaktu tidur,ketika penjanaan semula kulit sedang berlaku.

* Krim siang AS Beauty (day cream) menggunakan bahan semulajadi seperti kunyit dan timun> Digunakan pada siang hari bagi

melindungi kulit dari sinaran UV dan juga sesuai dipakai sebagai alas bedak.


AS BEAUTY MEMELIHARA ANUGERAH ILAHI


As Beauty ‘A Simple Beauty’ Produk Rawatan Wajah & Spa

 RINGKAS! 
 SELAMAT! 
✔ BERKESAN! 
 BERKELULUSAN KKM! 
 MENDAPAT SIJIL HALAL DARI JAKIM!
 TERKENAL MUKA ATAS MUKA … SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR

hendak memiliki kulit wajah selicin anak kecil tak mungkin kita miliki...tetapi memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat,bersama AS Beauty'A Simple Beauty' sememangnya pasti...

BERMINAT MENJADI DROPSHIPER / PENGEDAR / STOKIS
mengikut kemampuan anda..anda pasti akan minat dengan sistem pakai dan jual..Alhamdulillah,boleh dapatkan kesemua produk keluaran AS Beauty..dapatkan secara online atau secara terus bersama ana,kualiti terjamin
ana merupakan aktive online/pengedar jajahan/stokis sah AS Beauty
…isi kan borang pesanan/WhatsApp/sms 019.7007.507


Friday, September 6, 2013

RENUNGAN BERSAMA ~ NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK NYA

Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:

1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”

2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”

5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

 6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”

7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”

8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”

16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”

17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”

19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”

22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”

24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”

25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”

27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”

29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”

30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”

33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”

34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”

35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”

36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”

37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”

38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”

40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”

41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”

44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”

45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”

47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”

48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”

49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”

50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.