Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Thursday, January 31, 2013

TERCARI-CARI PRODUK WAJAH YG BERSESUAIAN???



ringkas,jimat,berkesan,selamat,malah berbaloi ...

BERMINAT?...  INBOX@PM/EMAIL(diyanamohdarifin@yahoo.com)/SMS/WhatsApp 0197007507

Thursday, January 24, 2013

BERSAMA ~ANA~ BERSAMA ~AS BEAUTY~


AS BEAUTY ACTIVE ONLINE/STOKIS/PENGEDAR JAJAHAN SAH - 0197007507
Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori,serta mencerahkan kulit muka.Semakin hari kulit akan bersih dan sihat.Bebas masalah.Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.Mengapa perlu berbelanja lebih? Produk berkelulusan kkm dan mendapat sijil halal daripada pihak jakim.Jangan ragu!

miliki wajah,kulit berseri,halus,sihat,bersih..hari demi hari
merupakan produk penjagaan rawatan wajah
rawatan wajah,hanya 3 langkah membersih (VitE/VitC Soap),melindungi (Day Cream/Base MakeUp), merawat (Night Cream)
rawatan spa aromatherapy:Facial Anti Ageing Serum,Body Serum,Love Oil For Women & Spa Soap(For Body)
bertindak mengatasi masalah resdung,jerawat kronik,jeragat degil,juga lain-lain masalah.
terkenal muka atas muka,setanding produk rawatan pakar,mampu berkeyakinan,cantik yang biasa2 dalam kesederhanaan..ringkas,selamat,jimat,sememangnya berbaloi..gunakan dengan yakin,tanpa ragu,serta sabar..insyaAllah dengan izin Allah,segalanya tidak mustahil..setiap usaha pasti ada kejayaan,insyaAllah
sesuai untuk semua jenis/masalah kulit dan peringkat umur,wanita mengandung dan lelaki.
berkelulusan KKM,mendapat SIJIL HALAL dari JAKIM juga BEBAS HYDROQUINONE
jangan ragu! anda tidak akan menafikan keberkesanannya...
kualiti terjamin
AWAS!!! AS Beauty tidak pernah membuat PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING) pastikan yang ORIGINAL.
~ INGIN MENJADI STOKIS, PENGEDAR & DROPSHIP PUN BOLEH .. (SMS) ana ~

NASIHAT RASULULLAH SAW YANG EMPAT


Nasihat Rasulullah SAW yang Empat

Nabi Muhammad SAW bersabda

1. Empat hal yang membuat badan sakit
@ kebanyakan Bicara
@ kebanyakan Tidur
@ kebanyakan Makan
@ kebanyakan Bertemu Orang

2. Empat hal yang merusak tubuh
@ Khawatir/Cemas
@ Kesedihan
@ Kelaparan
@ Tidur Larut Malam

3. Empat hal yang membuat Murung
@ Bohong
@ Kurang Ajar atau Tidak Hormat
@ Berdebat tanpa Pengetahuan atau Informasi yang memadai
@ Amoral atau melakukan sesuatu tanpa rasa Takut

4. Empat hal yang meningkatkan Wajah Berseri dan Kebahagiaan
@ Kesolehan
@ Kesederhanaan
@ Kedermawanan
@ Menolong sesama dengan ikhlas tanpa diminta, hanya berharap ridho Ilahi

5. Empat hal yang Memberhentikan Rezeki
@ Tidur di pagi hari dari Sholat Shubuh hingga Matahari Bersinar
@ Tidak melakukan Sholat/Berdoa secara teratur
@ Malas
@ Pengkhianatan atau Ketidakjujuran

6. Empat hal yang membawa Rezeki
@ Berdoa malam hari
@ Taubat
@ Beramal
@ Berdzikir

SEMOGA BERMANFAAT

MAULIDUR RASUL 2013


SALAM MAULIDUR RASULRasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolak tandingnya..marilah kita berpegang kepada sunnah & ajaranya...syukur alhamdulillah...

Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)

Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.

Sejarah Kelahiran Dan Biodata Rasulullah S.A.W
Rabi'ulawal menjelang lagi. Datangnya dengan membawa kenangan. Saban tahun, setiap tahun kita menyambutnya dengan rasa rindu di hati. Rabiulawal adalah bulan Hijriah dimana Rasulullah dilahirkan dan jatuhnya pada setiap 12 Rabiulawal. Di negara kita ia lebih mudah dipanggil Maulidur Rasul (kelahiran Rasulullah). Jadi, apakah persediaan dan persiapan mental & fizikal kita untuk menyambutnya. Kenapa sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w begitu istimewa bagi kita?

Sejarah kelahiran Rasullullah
Baginda dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.

Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Biodata Nabi Muhammad s.a.w
* Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
* Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
* Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
* Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
* Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai * Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
*Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
* Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
* Usia ketika wafat : 63 tahun.

Nama Isteri-Isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama Anak-Aanak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As)
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk Fizikal :
* Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
* Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
* Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
* Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan Yang Disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Inilah serba sedikit daripada banyak kisah Rasulullah yang sering disebut-sebut manusia di seluruh dunia, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak. Semoga kita lebih mengenali baginda iaitu kekasih teragung Allah yang kita rindukan selama ini...

Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam. – My News Hub


Friday, January 11, 2013

AMALAN BERSAMA(SURAH KAHFI)..SALAM JUMAAT


Kelebihan Membaca Surah Kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
(Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i)

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)
by:Artikel iluvislam.com


Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.