Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Friday, May 24, 2013

AS Beauty'A Simple Beauty' Wif DiyAna MA

AS Beauty'A Simple Beauty' Treatment SkinCare 
RINGKAS,SELAMAT,BERKESAN,JIMAT SERTA BERBALOI..TERKENAL MUKA ATAS MUKA,SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR~TIDAK PERLU BERBELANJA LEBIH UNTUK MENDAPATKAN KULIT SIHAT DAN BERSIH HARI DEMI HARI..ANDA TIDAK AKAN MENAFIKAN KEBERKESANANNYA

Produk rawatan muka daripada bahan semula jadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya 3 langkah ringkas kulit akan nampak berseri,halus, dan bersih..produk tambahan nya memberikan kesan yang lebih menakjubkan.Membuatkan anda tampil berkeyakinan dengan kulit sempurna bersih dan sihat.Masalah! tiada lagi.

Bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan
garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori,serta mencerahkan kulit muka.Semakin hari kulit akan bersih dan sihat.Bebas masalah.Anda tidak akan menafikan keberkesanannya.Mengapa perlu berbelanja lebih? Produk berkelulusan kkm dan mendapat sijil halal daripada pihak
jakim.Jangan ragu!

miliki wajah,kulit berseri,halus,sihat,bersih..hari demi hari
merupakan produk penjagaan rawatan wajah
rawatan wajah,hanya 3 langkah membersih (VitE/VitC Soap),melindungi (Day Cream/Base MakeUp), merawat (Night Cream)
rawatan spa aromatherapy:Facial Anti Ageing Serum,Body Serum,Love Oil For Women & Spa Soap(For Body)
bertindak mengatasi masalah resdung,jerawat kronik,jeragat degil,juga lain-lain masalah.
terkenal muka atas muka,setanding produk rawatan pakar,mampu berkeyakinan,cantik yang biasa2 dalam kesederhanaan..ringkas,selamat,jimat,sememangnya berbaloi..gunakan dengan yakin,tanpa ragu,serta sabar..insyaAllah dengan izin Allah,segalanya tidak mustahil..setiap usaha pasti ada kejayaan,insyaAllah

sesuai untuk semua jenis/masalah kulit dan peringkat umur,wanita mengandung dan lelaki.

NIE GROUP AS BEAUTY ANA ~  AS BeautyDiyAna MA

(✿◠‿*) BERMINAT MENJADI DROPSHIPER / PENGEDAR / STOKIS
mengikut kemampuan anda..anda pasti akan minat dengan sistem pakai dan jual... ✿◠‿◠ alhamdulillah,boleh dapatkan kesemua produk keluaran AS Beauty secara online atau secara terus bersama ana,kualiti terjamin (✿◠‿◠) ..inbox@pm/WhatsApp/sms 0197007507


Thursday, May 23, 2013

ALLAHUMMA, LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN ~ di baca juga di dalam sujud akhir solat taubat (40x)


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

(Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.)

Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.

Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.

Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?

Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.

Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.

Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.

Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.

Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.

Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.
Marilah, kita lafazkan pada Allah,

“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.

Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”

Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.by: fuadlatip.com





Fadhilat Hauqalah ~La Hawla Wala Quwwata Illa Billah~


Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"



Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi:

“Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu”

dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa:

“Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam”

(yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa:

“Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal”

 (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata:

“La haula wa la quwwata illa billah”

itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.by:ahmad-sanusi-husain.com




Wednesday, May 8, 2013

AS BEAUTY'A SIMPLE BEAUTY' ~ PRODUK RAWATAN WAJAH

SELAMAT BERKUNJUNG KE PAGE JUALAN PRODUK RAWATANWAJAH AS Beauty'A Simple Beauty' .. JANGAN LUPA ~LIKE~ YEEE TQ..INBOX@PM ANA UNTUK PERTANYAAN SERTA PEMBELIAN .. LAWATI JUGA GROUP AS BeautyDiyAna MA

********************************************

ANA MEMANG GALAKKAN PAKAI DAN JUAL..INI KKERANA,RAWATAN WAJAH AS Beauty'A Simple Beauty' TERKENAL MUKA ATAS MUKA..KULIT SIHAT DAN BERSIH HARI DEMI HARI..ANDA TIDAK AKAN MENAFIKAN KEBERKESANANNYA...

BERMINAT MENJADI DROPSHIPER / PENGEDAR / STOKIS
mengikut kemampuan anda..anda pasti akan minat dengan sistem pakai dan jual... ✿◠‿◠

alhamdulillah,boleh dapatkan kesemua produk keluaran AS Beauty bersama ana ✿◠‿◠ ..inbox@pm/WhatsApp/sms 019.7007.507 (merupakan pengedar aktif online,stokis,pengedar jajahan Rawang,Selangor)

BUNTU TAK TAHU NAK MEMILIH PRODUK RAWATAN WAJAH??..DAH CUBA BANYAK PRODUK??? .. YG MURAH,YG MAHAL SEMUA DAH CUBA TAPI TAK BERKESAN..DUIT MEMBAZIR MACAM TU JER..JADI FOBIA PUN ADA..KINI!!!!..DENGAN RAWATAN RINGKAS TAPI BERKESAN DAN SELAMAT..MALAH JIMAT.. SEMEMANG NYA BERBALOI..TERKENAL MUKA ATAS MUKA..BERANI KATA SETANDING PRODUK RAWATAN PAKAR!!!...TAK PERCAYA!!!!..AS BEAUTY MEMANG TERKENAL MUKA ATAS MUKA...

RANGKAIAN PRODUK ~AS Beauty'A Simple Beauty'~
RAWATAN WAJAH
* Facial Treatment 3in1
- Sabun vitE/vitC
- day cream
- night cream

RAWATAN SPA
* Aromatherapy - Produk yang dihasilkan ialah SERUM yang diperbuat dari estrak bahan organik yang semula jadi.Serum terpilih khas untuk merawat muka.
- Facial Anti Ageing Serum



MUHASABAH DIRI .. RENUNGAN BERSAMA ~ AIB ~


JANGAN BUKA KEAIBAN ORANG LAIN & JANGAN DEDAHKAN AIB SENDIRI

“Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?” Baginda bersabda: “(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci”. Dia bertanya: “Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar.”

 “Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud:
Pada malam aku di Isra’kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril, siapa mereka ini?” Jawab Jibril: “Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang.”

Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi.

 “Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.”

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah al-Hujarât:12)

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

MUHASABAH DIRI ~ 4 TANDA HIDUP TAK BERKAT


4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.

Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw wrote:

“Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah agar menjadi kaya. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah agar bertambah sukses”, demikian orang bijak berkata.

Selagi ada kesempatan dan umur untuk melakukan kebaikan, maka lakukan sekarang. Jangan menunggu kaya atau sukses. Boleh jadi belum sempat kaya atau sukses ajal telah tiba. Menyesal ... by:perkongsian bersama



Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.