Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Wednesday, January 15, 2014

RENUNGAN BERSAMA

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia sehingga tak sempat ke majlis ilmu dim asjid dan surau walaupun disebelah rumah.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
..Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
  Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
  kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
  tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
  sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar, bini besar & semua besar
  kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
  kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
  kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
  kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
  tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...         
  kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin..tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
  kita patut bermuhasabah mengenai bekalan..ke satu perjalanan yang jauh..
yang tidak kembali..dan buat selama-lamanya.
sesungguhnya mati itu benar.
  alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw DUNIA SEMENTARA dan AKHIRAT KEKAL abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kanlah dan moga moga Allah beri kekuatan utk membuat amal soleh. selamat beramal......by:share



No comments:

Post a Comment

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.