Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Monday, March 9, 2015

JAGA 7 SUNNAH RASUL







JAGA 7 SUNNAH RASUL

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

By: Mohamad Firdaus (www.islamituindah.my)




Friday, March 6, 2015

MANFAAT KAN PENGGUNAAN ~ PURE ARGAN OIL ~ DALAM SEHARIAN ANDA


PURE ARGAN OIL

Minyak Argan mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan manusia.
10 Kelebihan Minyak Argan
----------------------------------------
1. Bertindak sebagai agen anti-penuaan.
2. Membantu dalam merawat sel-sel kulit mati seperti parut.
3. Melembapkan kulit dan menyegarkan kulit
4. Membantu merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.
5. Membantu dalam penjagaan rambut, mencegah kelumumur dah kegatalan kulit kepala.
6. Dapat memulihkan rambut yang rosak, kering dan kasar disebabkan pencemaran alam sekitar dan gaya hidup yang tidak sihat.
7. Dapat menghilangkan garis halus dan kedutan di bawah mata.
8. Membantu dalam dalam merawat penyakit radang kulit seperti jerawat.
9. Dapat membantu mengeluarkan toksik dari sel-sel kulit.
10. Melindungi kulit daripada sinar cahaya matahari yang terik (UV)
Untuk mendapatkan minyak argan tulen keluaran Nature's Touch ... kini dapatkan pd harga promosi!!!

inbox@pm / sms / WhatsApp / WeChat / Telegram 0197007507
inbox@pm www.facebook.com/diyanamohdarifin

Alhamdulillah




dah beribu duit habis...
Foto bwh foto last year...cause of using more than 6cream jugak sbb byk doktor klinik dan hospital dah pergi
So it turns teruk smpi nanah meleleh2...
Sbb dpt minyak tu pun lambat. 3bulan after eczema tu dah 50/50 cure
Just boleh moist kan balik kulit rosak tu
Gambar atas gambar 2hari lps eczema dtg lg mgkin sbb cuaca kan..so I prevent awal2 cuci bersih dan guna argan oil sahaja selain tu lebihkan minum air so terus kecut benda tu xmenjadi dan merebak


HUSNUL KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH


HUSNUL KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH

HUSNUL KHATIMAH maksudnya PENGAKHIRAN YANG BAIK..manakala SU’UL KHATIMAH pula membawa maksud yang bertentangan dengan husnul khatimah iaitu PENGAKHIRAN YANG BURUK…

Kedua-duanya mempunyai maksud pengakhiran. Setiap manusia yang ALLAH ciptakan didunia ini akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu kematian. Dalam lain perkataan, setiap manusia akan mati bila sampai masanya. Ini lah hakikat yang wajib diterima sebagai orang Islam yang beriman.  Maksud pengakhiran ini  adalah  bagaimanakah kematian kita nanti..Apakah berakhir dengana baik ataupun buruk…

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Surah Yunus, ayat : 49)

“Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan”. (Surah Yunus, ayat : 56)

Sebelum menuju kepada kematian, kita akan menempuh alam kehidupan. Pilihan adalah di tangan kita sendiri samada memilih laluan hidup kita pada jalan yang benar atau salah. Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya. Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk hambaNYA. Semua persoalan dan jawapan terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan  menjadi penyelamat semasa kita hambaNYA menghadapi sakaratul maut…

Biarlah perginya kita menemui Ilahi dalam redhaNYA. Biarlah pada saat nyawa hendak diambil, kita mampu melafazkan dua kalimah syahadah. Biarlah perginya kita meninggalkan segala kebaikan.

Sentiasa lah berdoa kepada Allah SWT semoga kita tidak  tergolong antara manusia yang berisiko dimatikan dalam Su’ul Khatimah, jahil dalam ilmu tauhid, tidak mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada kedua ibubapa, zalim kepada sesama manusia ataupun haiwan dan sebagainya.

Sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, setiap pengakhiran biarlah berakhir dengan  baik atau Husnul Khatimah. Usaha ini datang dari kita sendiri. Kalau tiada usaha, manakan mungkin dapat Husnul Khatimah..’ANDA BUAT..ANDA DAPAT”


Bila kita terlupa dan terleka dengan dunia, ingatlah kematian. Kerana dengan mengingati mati kita akan kembali kejalan-Nya… 
share by: www.exlshina.blogspot.com



Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.