بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Friday, March 6, 2015

HUSNUL KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH


HUSNUL KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH

HUSNUL KHATIMAH maksudnya PENGAKHIRAN YANG BAIK..manakala SU’UL KHATIMAH pula membawa maksud yang bertentangan dengan husnul khatimah iaitu PENGAKHIRAN YANG BURUK…

Kedua-duanya mempunyai maksud pengakhiran. Setiap manusia yang ALLAH ciptakan didunia ini akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu kematian. Dalam lain perkataan, setiap manusia akan mati bila sampai masanya. Ini lah hakikat yang wajib diterima sebagai orang Islam yang beriman.  Maksud pengakhiran ini  adalah  bagaimanakah kematian kita nanti..Apakah berakhir dengana baik ataupun buruk…

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Surah Yunus, ayat : 49)

“Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan”. (Surah Yunus, ayat : 56)

Sebelum menuju kepada kematian, kita akan menempuh alam kehidupan. Pilihan adalah di tangan kita sendiri samada memilih laluan hidup kita pada jalan yang benar atau salah. Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya. Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk hambaNYA. Semua persoalan dan jawapan terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan  menjadi penyelamat semasa kita hambaNYA menghadapi sakaratul maut…

Biarlah perginya kita menemui Ilahi dalam redhaNYA. Biarlah pada saat nyawa hendak diambil, kita mampu melafazkan dua kalimah syahadah. Biarlah perginya kita meninggalkan segala kebaikan.

Sentiasa lah berdoa kepada Allah SWT semoga kita tidak  tergolong antara manusia yang berisiko dimatikan dalam Su’ul Khatimah, jahil dalam ilmu tauhid, tidak mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada kedua ibubapa, zalim kepada sesama manusia ataupun haiwan dan sebagainya.

Sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, setiap pengakhiran biarlah berakhir dengan  baik atau Husnul Khatimah. Usaha ini datang dari kita sendiri. Kalau tiada usaha, manakan mungkin dapat Husnul Khatimah..’ANDA BUAT..ANDA DAPAT”


Bila kita terlupa dan terleka dengan dunia, ingatlah kematian. Kerana dengan mengingati mati kita akan kembali kejalan-Nya… 
share by: www.exlshina.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.