Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Tuesday, May 26, 2015

Benih Bijan Mengalahkan Gandingan Paracetamol dan Glucosamine Dalam Rawatan Sakit Lutut (Osteoarthritis) - Kajian



Rawatan Sakit Lutut (Osteoarthritis) 

by group: Drsalwa ProNatural
Bismillah,
Benih Bijan Mengalahkan Gandingan Paracetamol dan Glucosamine Dalam Rawatan Sakit Lutut (Osteoarthritis) - Kajian

Satu kajian baru yang menakjubkan telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Penyakit reumatik bagi mengesahkan bahawa makanan bukan sahaja ubat, tetapi kadangkala jauh lebih baik daripada itu.

Penyelidik perubatan dari Universiti Sains Perubatan Tabriz, Iran,melakukan penelitian dan penyiasatan keatas kesan daripada suplemen benih bijan pada tanda-tanda dan gejala-gejala klinikal pesakit yang mengalami osteoarthritis lutut.

Osteoartritis lutut adalah salah satu penyakit sendi degeneratif atau artritis degeneratif setempat di lutut.Ianya boleh menyebabkan pelbagai gejala termasuk kesakitan, bengkak, pertumbuhan tulang tidak normal (yang boleh menyebabkan tulang taji), rawan yang cacat dan kehilangan kebebasan dalam pergerakan.

Lazimnya memberi kesan sebanyak 12.1% kepada orang dewasa yang berusia 60 +, menurut CDC.Terapi konvensional melibatkan penggunaan ubat-ubatan NSAID yang banyak telah dikaitkan dengan pendarahan dalaman dan dengan ketara meningkatkan risiko kematian akibat sakit jantung.

Kajian ini memilih penyertaan lima puluh pesakit dengan osteoarthritis lutut, dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan iaitu 25-pesakit dalam kumpulan bijan, menerima 40 gram / hari benih bijan serbuk, dan kumpulan terapi dadah konvensional menerima dua dos 500 mg paracetamol dua kali sehari bersama-sama dengan 500 mg Glucosamine sekali sehari.

Selepas dua bulan rawatan, 22 pesakit dalam kumpulan benih bijan dan 23 pesakit dalam kumpulan kawalan yang melengkapkan kajian.


Keputusan
Kumpulan benih bijan didapati adalah pemenang yang jelas. Dimana bukan sahaja terapi makanan ini unggul dalam mengurangkan intensiti kesakitan, tetapi juga standing dalam keberkesanan berbanding paracetamoldan Glucosamine dalam kedua-dua “Knee Injury and Osteoarthritis Outcome Score (KOOS) Questionnaire and the Timed Up and Go (TUG) Test”.

Kemenangan ini bertambah manis lagi apabila telah dicapai tanpa kesan sampingan yang memang terkenal dan selalu dikaitkan dengan pengambilan paracetamol.Biji bijan mempunyai pelbagai faedah sampingan lain yang boleh menmanfaatkan kesihatan tubuh.

Natural,murah dan tiada kesan sampingan!

Agakny a berapa banyak 40 gram biji bijan tu?

Satu sudu makan biji bijan anggaran 9 gram. Dari itu,kita hanya perlukan anggaran 4 sudu besar sehari untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik daripada ubatan 'dos klinikal.'yang bakal membawa padah kesihatan di kemudian hari.
Selain itu, penyelidik juga mendapati kebaikan lain adalah serbuk benih bijan boleh membantu meningkatkan penghadaman.Namun untuk mendapat faedah terbaik pastikan biji bijan mentah telah diiktiraf organik.
Jangan lupa ibubapa kita dirumah yang sedang menderita sakit lutut….cuba minta mereka amalkan,lebih murah dan lebih selamat....Insyaa’Allah

Semoga Bermanfaat
Rujukan:
Effects of sesame seed supplementation on clinical signs and symptoms in patients with knee osteoarthritis.

Department of Physical Medicine and Rehabilitation, Faculty of Medicine, Tabriz University of Medical Sciences, Tabriz, Iran.


komen: Ini balang bijan saya yg sentiasa di atas meja mkn. Tabur saja di atas nasi, bubur, buat roti, muffin, tahini, hummus dan mcm2 lg. untuk anak2 pun sesuai.
Beli yg mentah dlm paket2 & bakar dlm oven @ sangai saja dlm kuali. Isikn dlm balang kaca.

Drsalwa: blender kering jadi serbuk halus dan makan begitu je pun sedap ye..


No comments:

Post a Comment

Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.