Assalammualaikum & Selamat Sejahtera…Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online. Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian WhatsApp WeChat Telegram 019 700 7507 Jelitawifdiyana Atau Isikan Borang Pesanan. Boleh layari Instagram ig: jelitawifdiyana ... Website www.jelitawifdiyana.my … Telegram group telegram.me/jelitawifdiyana_JWD

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Monday, June 15, 2015

PISANG TURUNKAN BERAT BADAN LEBIH CEPAT ... SEMEMANGNYA BENAR!!!


Info & Psikologi
Pisang Turunkan Berat Badan Lebih Cepat

Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda. Sebab itu diet ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya "The Morning Banana Diet".

Cara agak mudah:
Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan?

Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.

Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah: makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh makan apa-apa sehingga makan tengah hari anda.

Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.


Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi?

Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.

Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.

Dalam bukunya, Watanabe menjelaskan bahawa anda tidak perlu mengambil susu dan alkohol semasa regimen diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.

Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.


Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?

Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.
Elakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.
Mengurangkan pengambilan alkohol.

Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Oleh:Nadia Mingguan Wanita




Thursday, June 4, 2015

AS BEAUTY ANTI WRINKLES SOLUTION ... MENAKJUBKAN!!!

 Menakjubkan...produk baru keluaran As Beauty...




As Beauty Anti Wrinkles Solution

Serum Stem Cell ... bertindak jg sebagai SunBlock
Produk terbaru daripada As Beauty bertindak Menghilangkan kedutan dan menegangkan kulit wajah..Di samping dapat mencerah dan menghilngkan jerawat serta jeragat untuk tampil anggun dan berseri seri!!!

Cara penggunaan:-

Boleh disapukan pada keseluruhan wajah pada waktu siang kerana serum ini mengandungi SPF35++ dan bertindak sebagai sunblock. Boleh digunakan bersama krim siang.

Boleh juga disapukan pada target area pada waktu malam atau siang seperti kawasan kedutan di sekeliling mata, ditepi kawasan bibir. Atau kawasan yg anda rasa kedutan perlu dihapuskan.

Anti wrinkle solution mengandungi Serum Stem Cell dengan tekstur krim yg sgt halus dan mudah meresap, menjadikan kulit lebih lembut dan segar serta menganjalkan kulit jadi kedutan diwajah akan kurang kelihatan.

berminat mendapatkan kesemua produk keluaran As Beauty..walaupun secara pembelian satu2? juga berminat menjadi DROPSHIPER / PENGEDAR / STOKIS mengikut kemampuan anda..anda pasti akan minat dengan sistem pakai dan jual...
 ana merupakan aktive online/pengedar jajahan/stokis sah AS Beauty
 inbox@pm / sms / WhatsApp / WeChat / Telegram 0197007507


MUHASABAH DIRI ... MUTIARA KATA

Bicara drpd facebook Ustaz NAsir


Rezki Allah dah beri jaminan, tetapi syurga tidak...
Kebanyakan manusia berlumba2 berusaha mencari rezki (sedangkan ia dah dijamin Allah) tetapi tidak pula berlumba2 berusaha mencari syurga....


Kita semua dalam perjalanan untuk kembali kepadaNya.....


4 PERKARA DIBALAS 4
Barang siapa yang memohon empat perkara maka Allah akan membalasnya dengan empat perkara:
1. Ingatlah kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu (Surah Al-Baqarah; ayat 152).
2. Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkan doa dan
permintaanmu itu ( Surah Ghaafir; ayat 60).
3. Bersyukurlah kepada-Ku nescaya akan Ku tambah nikmat kepadamu
(Surah Ibrahim; ayat 7).
4. Mohon ampunlah kepada-Ku nescaya Aku akan memberi pengampunan kepadamu (Surah Nuh; ayat 71).


Berdoa itu menghilangkan gelisah, sedih, lemah, sifat malas, sifat pengecut, sifat kedekut dan menghindarkan diri daripada belenggu hutang dan penindasan


WANITA CANTIK
Wanita Cantik bukanlah Wanita yang Berkulit Putih Gebu, mempunyai Bibir yang Merah, memiliki bentuk badan yang Menawan..
Tapi.....Wanita Cantik adalah Wanita yang Jiwanya ada 'ALLAH'..


Anak adalah anugerah...
Anak adalah amanah...
Anak juga ujian dari ALLAH...
kerana mereka adalah harta yang paling indah dan berharga
bagi Ibubapa....didunia dan diakhirat.


Apabila tangan kamu telah Allah pendekkan daripada mengemis sesama manusia, maka panjangkanlah pula lisan kamu dengan BERSYUKUR kepada Nya....


Ada dosa yang tidak terampun dengan istighfar, tapi ia terampun dengan ujian dari Allah. Ujian juga modal penghapus dosa ...


Perempuan suka lelaki yang tunaikan solat ,
Lelaki suka perempuan yang menutup aurat .


Dosa lelaki banyak pada matanya.
Dosa wanita banyak pada mulutnya.


Zikir adalah tanda syukur.
Tidak dikatakan bersyukur bagi yang tidak berzikir kepadaNya


ANTARA SUKA DAN CINTA
Muslimah: “Apa bezanya antara suka dan cinta?”
Ustaz : “Macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”
Muslimah : “Bagaimana tu?”
Ustaz: “Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar.
Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…”


MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU
Suatu hari, seorang gadis bertanya pada guru (mursyid) nya.
“Wahai guruku...BAHAGIA itu apa menurutmu?....adakah seronok itu tandanya bahagia, sedang duka itu tandanya sengsara?” gadis itu bertanya lagi
Gurunya lantas menjawab:
“Ya Bintu....tanyalah pada hatimu..."
Gadis itu menjadi kebingungan...
"Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai anakku..."
Guru itu meneruskan bicara.
“Hati yang lapang itu pula umpama air lautan yang luas, sedang hati yang sempit umpama air di dalam segelas balang”
“Cuba direnungkan nak...”
“Andai setitis najis dimasukkan ke dalam segelas balang yang menakung air itu, apa akan terjadi?” Giliran sang guru itu bertanya.
“Oh, pastinya air di dalam balang itu juga akan bertukar menjadi najis” Jawab gadis itu yakin.
“Nah anakku...benar katamu, sedang setitis najis tadi tidak akan sedikit pun mempengaruhi air samudera, lautan yang luas”
“ Anakandaku…begitulah bahagia yang kau cari.
Bahagia itu ada pada HATI YANG LUAS...
Sedikit masalah tidak akan membuat hatimu jadi gundah gulana...
Sedang hati yang sempit tempat menyimpan penyakit.
Secebis masalah yang menimpanya sudah cukup membuatkan fikirannya terbeban. Jiwa dan akalnya menjadi tak keruan.”
“Lapangkan hatimu ya bintu...nescaya disana akan kau temui bahagia”
Gadis itu mengangguk–angguk.
Matanya bercahaya.
Sambung sang Guru...
“Apabila hati mu menjadi lapang, SUKA dan DUKA tetap akan membahagiakanmu kerana kedua-dua itu datangnya dari Tuhan-Mu”
Guru itu akhirnya merangkul bahu anak muridnya sambil berkata.
“Anakku...Masukkan yang BESAR BESAR di dalam hatimu supaya ia menjadi luas dan lapang”
“Apakah yang besar itu wahai guruku yang mulia?”
Guru itu tersenyum sambil menjawab:
“MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU..!!"


Hati kamu umpama tanah yang kosong...
Jika kamu hidupkannya dengan membuang duri2, membajanya dan menanam tanaman, nescaya ia akan memberi manfaat kepada diri kamu dan orang lain.
Namun, sekiranya kamu membiarkannya, nescaya akan menumbuhkan lalang dan semak samun sehingga menjadi tempat tinggal binatang berbisa umpama ular yang akhirnya memberi kemudharatan kepada semua
Oleh itu tanamlah tanaman TAQWA , bajailah dengan ZIKRULLAH dan siramilah dengan air TAUBAT nescaya hatimu akan teguh kuat umpama pokok yang kuat tidak bergoncang dengan angin tipu daya nafsu dan syaitan.


Hidayah itu susah nak dapat...
Susah nak jaga....
Tapi..senang nak pergi.


Perempuan itu ibarat bunga. Selagi kau siramkan dia dengan
sifat 'mengambil berat' pasti perasaan 'sayang' akan bertambah mekar.....



LELAKI YANG BAIK
Akhlak seorang lelaki itu boleh dilihat dengan cara bagaimana dia melayani wanita .
Dan akhlak seorang suami itu boleh dilihat bagaimana cara dia melayan isterinya ..
Seorang lelaki yang baik akan selalu menghormati wanita
Dan seorang suami yang baik akan selalu memuliakan isterinya
Seorang lelaki terhormat tak akan pernah mempermainkan wanita
Dan seorang suami terhormat tak akan menyakiti hati isterinya...
"LELAKI ITU ADALAH PEMIMPIN BAGI KAUM WANITA"


4 KAWALAN
Kawal perasaan rindu dengan Doa.
Kawal perasaan cemburu dengan bersangka baik.
Kawal kemarahan dengan wudhuk.
Kawal nafsu dengan puasa.


Tidak perlu nak rasa sedih kalau tak punyai ramai kawan...
Tapi bersedihlah kalau ramai kawan tapi tiada seorang pun
yang ingatkan kita pada Allah....


CINTA ITU HADIAH
Sememangnya jatuh cinta itu bukanlah sesuatu yang salah kerana ianya fitrah dan merupakan hadiah dari Sang Pencipta.
Tetapi manusia sering kali terlupa dan leka, mereka terlalu taksub dengan hadiah yang diberi sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Sang Pemberi Hadiah itu.
Oleh itu hati ini ku serahkan padaNya, biarlah Dia yang menentukan kepada siapa yang layak memilikinya......


Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu NAFAS IBADAH


Sayyidina Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah Solallahu Alaihi wassalam Bersabda:
"Hendaklah Kamu Selalu Memperbaharui Iman Kamu"
Baginda di tanya:
"Wahai Rasulallah, bagaimana cara nya kami memperbaharui Iman Kami? "
Baginda Bersabda SAW, " Perbanyakkan Ucapan لا إله إلا الله "
( Musnad Ahmad,Tabarani : Targhib)


Hati boleh hidup dan mati. Apabila ia Hidup maka dikerjakannya yang SUNAT. Apabila hati itu Mati maka memadai dikerjakannya yang FARDHU sahaja...


MANUSIA BERSIFAT GOPOH
Sifat yang disebut di dalam al-Qur'an (maksud terjemahannya):
"Dijadikan manusia itu bersifat TERGESA-GESA atau GOPOH-GAPAH.”
~ Surah al-Anbiya’: ayat.37
Dalam hadith sabda Nabi saw:
“Bertenang-tenang itu dari Allah dan BERGOPOH-GAPAH
(TERGESA-GESA) itu dari syaitan.”
~ Hadith Riwayat al-Baihaqi
Oleh itu, jangan harap....
Doa pukul 7.00 pagi....1 Jun 2015...
Makbulnya 7.05 pagi....1 Jun 2015
**** INGAT: Nabi Nuh alahissalam berDAKWAH dan BERDOA selama
950 Tahun tanpa jemu-jemu supaya kaumnya mengikutinya..!!


TAHU KAH ANDA?
Tiada segalanya yang lebih tahu daripada Yang Maha Tahu, dan hanya Yang Maha Tahu tahu apa yang segalanya kamu tahu dan yang tiada kamu tahu, dan kamu hanya tahu segalanya apa Yang Maha Tahu mahu kamu tahu.


Allah memberikan lidah untuk bersyukur dan mengucapkan pujian kepadaNya..
Orang yang bersyukur tidak akan menggunakan lidah untuk memfitnah, mengumpat dan berdusta...


Kamu telah menemukan cinta kalau kau merasa telah menemukan tempat tinggal di dalam hati seseorang.


Pelajarilah ilmu (agama) kerana mempelajarinya bererti tanda takut kepadaNYA, menuntutnya merupakan ibadat, mengulangkajinya merupakan Tasbih...


Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan ALLAH SWT serta qadha dan qadar-NYA.


Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


Jangan hancurkan hidupmu dengan Kesenangan Sementara, tetapi dewasakanlah dirimu dengan Penderitaan Sementara


Perempuan itu ingatannya kuat! Dia selalu ingat hal-hal yang membuat dia sedih, dan dia juga selalu ingat hal-hal yang membuat dia bahagia


Tak tampan tak menjadi soal, kerana lelaki memimpin bukan dengan ketampanan tapi dengan tanggung jawab, kegagahan dan kebijaksanaan...


Kebencian adalah penyakit yang akan mematikan kebaikan..


WANITA HEBAT
Wanita hebat bukan kerana dia "cantik"
Wanita hebat bukan kerana dia "kaya"
Wanita hebat bukan kerana dia "Pintar"
Wanita hebat bukan kerana "disampingnya ada lelaki kacak dan bergaya"
Tapi wanita hebat adalah wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan
masalahnya..
Mampu berdoa dan percaya bahawa Allah adalah sumber "Kekuatan"
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan..
Bersabar saat tertekan...
Tersenyum saat hati menangis...
Diam saat terhina...
Mempesona kerana memaafkan...
Jadilah wanita hebat di zaman ini....


DIAM itu bijaksana...
JUJUR itu ketenangan...
MALU itu kekuatan..
RENDAH HATI itu perhiasan hidup yang indah....


Bila si wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi ia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.


Senyuman adalah make up terbaik untuk semua wanita


Balas dendam yang paling mulia adalah memaafkan.


Sahabatku.....
Hidup itu terlau mudah....
Di saat kau senang...tersenyumlah...
Di saat kau bersedih...tertawalah


YANG MANA SATU KITA?
Manusia ada 3 jenis.
1. Yang umpama bahan makanan seperti beras, gandum dan makanan lain yang diperlukan setiap hari...
Tak mungkin kita terpisah darinya kerana ia satu keperluan. Kita sangat-sangat perlukan mereka...
2. Yang seperti ubat yang boleh menyembuhkan penyakit. Ia bukan keperluan harian tetapi diperlukan pada saat-saat tertentu.
3. Yang ibarat penyakit, samada penyakit ringan atau berat.
Semua manusia berusaha menghindarinya kerana ia mendatangkan bencana dan kemudaratan kepada tubuh badan...


5 WASIAT IMAM ALI ZAINAL ABIDIN
Wahai Putra ku...
1. Janganlah engkau menjadikan orang-orang FASIK itu sebagai teman kamu, kelak mereka akan menjual engkau dengan sesuap makanan atau lebih sedikit lagi dari hal itu yang mereka belum mendapat kannya..
2. Janganlah engkau menjadikan orang-orang BAKHIL sebagai teman kamu, kerana mereka pasti akan menjadikan hidup kamu melarat, sedang kan engkau sangat mengharapkan bantuan mereka..
3. Janganlah engkau menjadikan PENDUSTA atau PEMBOHONG sebagai teman kamu, kerana mereka umpama fatamorgana, iaitu membuat sesuatu yang jauh nampak dekat dihadapan kamu dan membuatkan yang dekat berada jauh dihadapan kamu.
4. Janganlah engkau menjadikan orang-orang BODOH sebagai teman kamu, kerana mereka tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan buat diri kamu..
5. Janganlah engkau memutuskan tali persaudaraan (silaturrahim), kelak kamu akan mendapat Laknat Allah swt..
Allah berfirman:
"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, akan membuat kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itu lah orang-orang yang dilaknat Allah swt. Maka Allah akan memekakkan telinga mereka dan membuta kan mata mereka."
(Surah Muhammad: Ayat: 22-23)


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata RAHMAT Allah S.W.T belaka.”
(Riwayat Muslim)


TULIS YANG BAIK-BAIK
Tulislah sesuatu yang baik akan ada orang yang membacanya juga walau tidak 'like', "comment" atau "share"
Orang yang 'like' atau komen belum tentu baca.
Hiasilah 'timeline' kita dengan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Supaya bila kita meninggal dunia nanti, kita tinggalkan yang baik-baik saja.
Untuk menyampaikan sesuatu yang baik juga tak semestinya nak tunggu jadi ustaz atau ustazah dahulu.
Daripada kita merapu baik kongsikan benda yang baik-baik.
Pahala pun dapat.....insha Allah



Monday, June 1, 2015

KISMIS



TIPS SIHAT

Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.

2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.

3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

 

8 MANFAAT KISMIS YANG BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA

Gelap, keemasan, kulit yang kering dan kecut.

Itulah pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya sedemikian rupa, kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula. Kismis dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.

Kandungan nutrisi di dalam kismis

Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:

Garam mineral

Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.

Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.

Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

Vitamin-vitamin

Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.

Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.

Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan

Makanan untuk otak

Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.

Membantu mengurangkan sembelit.

Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.

Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:

· Melindungi hati

· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

· Membantu sebagai penerang hati

· Membantu mengurangkan stress

· Membantu merawat penyakit anemia

· Membantu merawat masalah pelupa


Snek yang lazat dan berkhasiat.

Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.

Kebaikan kismis menurut perspektif Islam.

Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan kecerdasan minda.

Kismis dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.

Membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:

Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Baca surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.

Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.

Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.

Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.

Sumber: www.anugerahquran.com



Share

.

.

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.