بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..Sihat Hari Demi Hari! Cantik! Lawa! Tampil Menawan! Tampil Berkeyakinan! Ceria! Bahagia! Bijak!..Memvariasikan, Khusus Untuk Pengunjung Yang Berkunjung Ke Jelita Wif Diyana,Tidak Kira Usia! Atau Jantina! Menampilkan Pelbagai Info, Juga Perkongsian Lain, Asalkan Menarik & Berilmu Untuk Dikongsikan Bersama Pengunjung..Membuat Jualan Online Tidak Menjual Banyak Produk, Ana Menjual Produk Yang Ana Amalkan, Guna, Pakai, Serta Tahu Akan Keberkesanan Produk Dalam Produk Jualan Ana. InsyaAllah Dengan Pengalaman Yang Ada, Ana Akan Kongsikan Kepada Pelanggan. Untuk Pertanyaan & Pembelian..WhatsApp/WeChat/Telegram 019.7007.507 (jelitawifdiyana) atau Isikan Borang Pesanan...ig: jelitawifdiyana ... www.jelitawifdiyana.my ... email: jelitawifdiyana@yahoo.com

SUKA BLOG ANA? ❤✿‿✿❤

Monday, June 1, 2015

KISMIS



TIPS SIHAT

Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.

2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.

3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

 

8 MANFAAT KISMIS YANG BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA

Gelap, keemasan, kulit yang kering dan kecut.

Itulah pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya sedemikian rupa, kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula. Kismis dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.

Kandungan nutrisi di dalam kismis

Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:

Garam mineral

Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.

Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.

Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

Vitamin-vitamin

Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.

Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.

Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan

Makanan untuk otak

Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.

Membantu mengurangkan sembelit.

Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.

Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:

· Melindungi hati

· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

· Membantu sebagai penerang hati

· Membantu mengurangkan stress

· Membantu merawat penyakit anemia

· Membantu merawat masalah pelupa


Snek yang lazat dan berkhasiat.

Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.

Kebaikan kismis menurut perspektif Islam.

Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan kecerdasan minda.

Kismis dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.

Membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:

Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Baca surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.

Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.

Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.

Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.

Sumber: www.anugerahquran.com



No comments:

Post a Comment

Share

If you want to be strong know your weaknesses..

“Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup...

Walaupun setelah kita mati“

SILA ISI BORANG TEMPAHAN ANDA DI SINI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Name:
Full Address:
Contact No:
Item To Order:
Question:

Get your own free form like this one.

.

.