ERTI ANA / INNI UHIBBUKA / UHIBBUKI FILLAH


Arti Ana / Inni Uhibbuka / Uhibbuki Fillah

إني أحبك في الله


Inni uhibbuka fillah atau Inni uhibbuki fillah. Apa arti dari kata-kata tersebut.

Inni uhibbuka fillah: sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah (diucapkan kepada ikhwan)
Inni uhibbuki fillah: sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah (diucapkan kepada akhwat)

Ana uhibbuka fillah artinya aku mencintaimu kerana Allah. Dhommir (kata ganti) 'ka' untuk kamu laki-laki, sedangkan 'ki' untuk kamu perempuan.

(Semoga Allah mencintaimu, Dzat yang telah menjadikan engkau mencintai aku kerana-Nya).

Doa Jawapan Uhibbuka / Uhibbuki Fillah - إني أحبك في الله

Jawapan atau balasan untuk saudaramu yang mengucapkan inni uhibbuka fillah (إني أحبك في الله)

أحبك الذي أحببتني له


Ahabbakalladzi ahbabtani lahu " (Semoga Allah mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya) [1] 
HR. Abu Dawud. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud.

Keterangan: 
Arti:
إن أحبك في الله
"Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allah"

Sumber:
Hisnul Muslim oleh Syaikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani










Inni Uhibbuka Fillah
Salah satu perintah dalam Islam adalah menyatakan cinta kerana Allah. Namun tentu saja cinta bukan dinyatakan pada lawan jenis yang tidak halal kerana adanya godaan besar di balik itu.
Ini hanya berlaku untuk sesama jenis, laki-laki dengan laki-laki dan perempuan dengan perempuan selama aman dari fitnah dan tidak menimbulkan sangkaan yang tidak-tidak di hati keduanya. Hal ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Munawi dalam Faidhul Qadir (247/1), beliau berkata: "Apabila seorang wanita mempunyai perasaan cinta (baca: simpati) kepada wanita lain maka hendaknya dia beritahu kepadanya".

Maka tidak diperbolehkan seorang laki-laki berkata " Aku mencintaimu kerana Allah " kepada seorang wanita kecuali jika wanita tersebut adalah isterinya atau mahram-nya yang lain. Dan tidak pernah kita jumpai satupun dari para sahabiyah Nabi yang mengatakan ungkapan tersebut kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam padahal Allah telah menjadikan kecintaan kepada beliau sebagai sebuah kewajiban atas orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan. Demikian juga, tidak pernah kita jumpai riwayat yang menyebutkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم pernah mengatakan ungkapan tersebut kepada salah seorang dari mereka.

Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud dari sahabat Anas bin Malik, beliau berkata: 

أن رجلا كان عند النبي صلى الله عليه وسلم فمر به رجل فقال : يا رسول الله إني لأحب هذا, فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: أعلمته? قال: لا, قال: أعلمه, قال: فلحقه فقال: إني أحبك في الله, فقال: أحبك الذي أحببتني له


Bahwasanya ada seorang sahabat yang sedang berada di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, kemudian seseorang lewat di hadapan mereka. Lantas sahabat ini berkata: " Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar mencintai orang ini ". Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun berkata kepadanya: " Apakah engkau telah memberitahukan rasa cintamu kepadanya? "Ia berkata:" Belum . "Beliau berkata:" Jika demikian, pergilah dan beritahu kepadanya ". Maka ia langsung menemui orang itu dan berkata " Inni uhibbuka fillah " (sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah), lalu orang tersebut menjawab: " Ahabbakalladzi ahbabtani lahu " (Semoga Allah mencintaimu, Dzat yang telah menjadikan engkau mencintai aku kerana-Nya).


Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya dan Abu Dawud dalam Sunan-nya. Hadis ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Al-Mu'jam. Dalam riwayat Ath-Thabrani terdapat tambahan: "kemudian sahabat ini kembali menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan jawaban orang tersebut kepada beliau. Mendengar cerita sahabat ini Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: " engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai dan untukmu pahala atas apa yang kau harapkan dari rasa cintamu itu ". Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban dan disetujui oleh Adz-Dzahabi dalam Al-Mustadrak (189/4).

Dari Habib bin 'Ubaid, dari Miqdam ibnu Ma'dy Kariba -dan Habib menjumpai Miqdam Ibnu Ma'di Kariba-, ia berkata, "Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

إذا أحب أحدكم أخاه فليعلمه أنه أحبه

" Jika salah seorang di antara kalian mencintai saudaranya hendaklah dia memberitahu saudaranya itu bahawa dia mencintainya. "(HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 421/542, shahih kata Syaikh Al Albani)

Dari Mujahid berkata,

لقيني رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم فأخذ بمنكبي من ورائي . قال: أما إني أحبك. قال: أحبك الله الذي أحببتني له. فقال: لولا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا أحب الرجل الرجل فليخبره أنه أحبه . ما أخبرتك. قال: ثم أخذ يعرض علي الخطبة. قال: أما إن عندنا جارية, أما إنها عوراء

"Ada salah seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bertemu denganku lalu ia memegang pundakku dari belakang dan berkata,

أما إني أحبك


" Sungguh saya mencintaimu. "
Dia lalu berkata,

أحبك الله الذي أحببتني له

"Semoga Allah yang mencintaimu yang telah membuatmu mencintaiku kerana-Nya."
Dia berkata, "Kalau sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak bersabda," Jika seorang lelaki mencintai saudaranya hendaklah dia memberi tahu bahawa dia mencintainya ", maka tentulah ucapanku tadi tidak kuberitahukan kepadamu." Dia lalu menyodorkan sebuah lamaran kepadaku sambil berkata,
"Kami mempunyai seorang budak perempuan dia buta sebelah matanya (silakan engkau mengambilnya). "
(HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod 422/543. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan shahih).
Inilah ajaran Islam yang mengajarkan untuk saling mencintai. Apabila kita mencintai saudara kita kerana Allah, maka ungkapkanlah cinta tersebut dengan mengatakan, " Inni uhibbuk " atau " Inni uhibbuk fillah ". Lalu ketika saudaranya mendengar, maka balaslah dengan mengucapkan "ahabbakallahu alladzi ahbabtani lahu" (Semoga Allah yang membuatmu mencintaiku turut mencintaimu). Dan ini menunjukkan hendaknya cinta dan benci pada orang lain dibina kerana Allah, bukan kerana maksud dunia semata.
Ibnu 'Abbas berkata,

من أحب في الله, وأبغض في الله, ووالى في الله, وعادى في الله, فإنما تنال ولاية الله بذلك, ولن يجد عبد طعم الإيمان وإن كثرت صلاته وصومه حتى يكون كذلك . وقد صارت عامة مؤاخاة الناس على أمر الدنيا, وذلك لا يجدي على أهله شيئا.

" Siapa yang mencintai dan benci kerana Allah, berteman dan memusuhi kerana Allah, sesungguhnya pertolongan Allah itu diperoleh dengan demikian itu. Seorang hamba tidak akan dapat merasakan kenikmatan iman walaupun banyak melakukan solat dan puasa sampai dirinya berbuat demikian itu. Sungguh, kebanyakan persahabatan seseorang itu hanya dilandaskan kerana kepentingan dunia. Persahabat seperti itu tidaklah bermanfaat bagi mereka . "(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir disebutkan dalam Kitab Tauhid Syaikh Muhammad At Tamimi)
Al Hasan Al Bashri berkata,

إن أحب عباد الله إلى الله الذين يحببون الله إلى عباده ويحببون عباد الله إلى الله , ويسعون في الأرض بالنصيحة

"Sesungguhnya hamba yang dicintai di sisi Allah adalah yang mencintai Allah melalui hamba-Nya dan mencintai hamba Allah kerana Allah. Di muka bumi, ia pun memberi nasihat pada orang lain. "(Jaami'ul 'Ulum wal Hikam, 1: 224).
Semoga kita dapat saling mencintai kerana Allah dan mendapatkan pertolongan-Nya.
Semoga Allah senantiasa menjaga agama kita dan menganugerahkan kepada kita petunjuk. Hanya kepada-Nya lah kita meminta. Aamiin.


Comments