A'NA HAMBANYA
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
ASSALAMMUALAIKUM.. بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia pesuruhNya serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabatnya.
Ya Allah, hidupkanlah ana
dengan iman dan matikanlah ana dengan iman, serta masukkanlah ana ke dalam
syurga bersama iman. Ya Allah ampunkanlah segala dosa ana dan dosa kedua
ibubapa ana. Kasihanilah kedua ibubapa ana sebagaimana mereka mengasihani ana
semasa ana masih kecil.
Ya Allah, akhirilah
usia ana dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia ana dengan
kesudahan yang buruk. Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman ana setelah
Engkau kurniakan kepada ana petunjuk. Anugerahkanlah ana rahmatmu kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan ku,
kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia dan di akhirat. Peliharalah hambaMu
ini dari azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas
junjungan ku Nabi Muhammad saw, dan ke atas seluruh keluarga dan
sahabat-sahabat baginda.
"Ya Allah,
Sesungguhnya ana berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam,
fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih
Dajjal." (HR. Bukhari-Muslim)
Ya Allah jadikan ana
hambaMu yg sabar, bersyukur, bertakwa, beriman, taat, ditempatkan dlm ahli
syurga firdaus, husnul khuluq, mati dlm khusnul khotimah, bertaubat sebelum
mati, jauhkan dari siksaan kubur, siksa neraka jahannam, tutupi aib ana, terima
segala amalan ana walau sebesar zarah, ampunkan segala dosa2 ana, sucikan ana
dari sebarang dosa, jemput lah ana ke tanah suci mekah, sentiasa diberikan serta
dikurniakan kpd ana taufik dan hidayah, nikmat kesihatan, nikmat rezeki yg
melimpah ruah umpama hujan yg turun dr langit dr seghala punca, serta bantu
istiqomah.
Allah rahmati ana dgn
Al-Quran, jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat...Allah rezekikan ana
membacanya.
Segala puji itu adalah
bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
aamiin aamiin aamiin
ya rabbal alamin … masyaallah tabarakallah
TAZKIRAH
FIKIR dan ZIKIR
Terangi hati dengan
agama, terangi akal dengan ilmu.
membesarkan ALLAH
adalah satu kewajiban utk kita bina IMAN, mencari kebesaran ALLAH utk pelihara
IMAN, mencari kekuasaan ALLAH itu lah IMAN yg hakiki di sisi ALLAH
IMAN tak dapat
diwarisi...
dari seorang ayah yang
bertaqwa...
ia tak dapat dijual
beli...
ia tiada di tepian
pantai...
"Perjuangan
membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbin Salim (hati
sejahtera) itu adalah cita cita abadi kita"
Nasihat Ustadz: Zaman
manusia diuji, dgn ekonomi dan macam2 bykn masa dgn Al-Quran, Al-Quran alat yg
paling baik utk dtgkn bantuan Allah....
Smoga kita semua
istiqamah dgn Al-Quran
Pesan ustadz: Jgn
share
Kalo bole apa2 bentuk
kmungkaran jgn share
Bila dpt pekara
mungkar doakn sj
Kmungkaran jgn
dsebarkan
Jika dsebarkn akn
btambah kmungkaran
“Barangsiapa Menutupi
Aib Seorang Muslim Maka Allah Akan Menutup Aibnya”
"Katakanlah dalam
hatimu, pagi ini ana akan beribadah meskipun berat, siapa tahu malam nanti ana
akan mati."
[Imam Al-Ghazali
Rahimahullah Taal]
Hidayah itu milik
Allah
Hidayah susah nak
dpt..susah nak jaga..tapi senang nak pergi
HIDAYAH perlu dicari.
Ia akan dtg bila hatimu mula mencari.
TAUFIQ itu perlu di
dekatkan dgn diri, biar ia mudah datang kpd mu.
Allah adlh Tuhan ku,
Muhammad adlh Nabi ku, AlQuran lah Kitab ku, Islam adlh Agama ku...ya Allah
bantu ku Istiqomah, jgn bolak balikk hati ku serta jgn pesongkan iman ku stlh
Allah kurniakan kpd ku petunjuk
aamiin aamiin aamiin
ya rabbal alamin insyaallah ... syukur
ya Allah
Saidina Uthman r.a
pernah menasihatkan :
"Sekiranya hati
kita bersih, tentu kita tidak akan kenyang (membaca) Kitabullah".
Ya Allah, kurniakanlah
kepada kami hati yang tidak kenyang (membaca) Al Quran.
aamiin aamiin aamiin
ya rabbal alamin
MATI ITU PASTI
"Kematian itu
terjadi bukan karana sakit, kecelakaan, atau yang lain, tapi karena
takdir"
Rasullullah s.a.w
berpesan pada orang lelaki@perempuan yg berusia 40tahun atau hampir dgn usia
ini, secukupnya harus persiapkan diri dgn kematian dlm hidup kamu. Jika kamu
tidak dapat DUNIA diusia ini jgn kamu kejar lagi dunia ini, tinggalkan
lah...Nanti kamu tidak akan terkejar dgn AKHIRAT, kejar lah AKHIRAT. Sesiapa yg
dlm usia ini tiba2 masih tidak berubah juga dalam kehidupan dia dan tidak
menjadikan diri dia makin Soleh & Taat pada perintah Allah...dibimbangi
diri nya tidak akan diberi lagi HIDAYAH oleh Allah s.w.t. Jika seseorang itu
tidak lagi mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah swt, apa akan jadi pada
kehidupan kita nanti...sementara masih diberi peluang, guna sebaik mungkin, jgn
biar kasih syg Allah ini jauh dari kita.
Jika kita masih diberi
ujian masih ditegur Allah swt...syukur lah itu tanda Allah masih syg pd
kita....
Berharap pd manusia
kita akan kecewa
Berharap pd Allah akan
bt kita bahagia bt selama2nya
Taat itu nikmat
Musibah itu hikmah
Allah bantu
ana...bantu kami semoga tanpa henti berbuat kebaikan krn jika Allah tak berikan
hidayah pd seseorg ia tak akan jd...tp jk kita tak henti buat kebaikan
insyaallah ia mungkin asbab Allah berikan hidayah buat mrk...Lailahaillallah
Cukup lah Allah swt bagi
ku...
Syukur Alhamdulillah,
dengan apa yang dikurniakan...maniskan iman,maniskan senyuman..tersenyum
lah,kerana selepas kesusahan pasti ada kesenangan..setiap kesabaran pasti
bertemu kebahagian...انشـــــاء الله
Allah maha mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui...Alhamdulillah
4 KAWALAN Kawal perasaan
rindu dengan Doa. Kawal perasaan cemburu dengan bersangka baik. Kawal kemarahan
dengan wudhuk. Kawal nafsu dengan puasa.
Aku bukan berubah...
Tapi aku kembali kepada
fitrah.
Aku bukannya seorang
wanita yang cukup sempurna. hanya kesederhanaan cukup utk ku ada
ANTARA SUKA DAN CINTA
Muslimah: “Apa bezanya antara suka dan cinta?” Ustaz : “Macam apa yang kita
rasa pada sekuntum bunga.” Muslimah : “Bagaimana tu?” Ustaz: “Kalau kita suka
pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau
kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram
ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada
seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia,
kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan
kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…”
Jadilah kamu, seorang
dimana sesiapa pun yang memilikimu nanti adalah orang yang paling beruntung
dunia dan akhirat.
Mengamalkan Agama ini
tidak lah lama hanya sampai mati saja. Kalau pun besok kita mati,ya
sudah...sampai besok saja. (Kiyai Uzairon-Tamboro)
Tiada yang ana
punya...semua Allah punya...ana tiada apa2...
"Sebaik-baik diri
kita, masih lebih baik org lain."
"Seburuk-buruknya
org lain, masih lebih buruk diri kita."
Kata Hati
Dengarlah kata hati.
Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling
tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
MANUSIA BERSIFAT GOPOH
Sifat yang disebut di dalam al-Qur'an (maksud terjemahannya): "Dijadikan
manusia itu bersifat TERGESA-GESA atau GOPOH-GAPAH.” ~ Surah al-Anbiya’:
ayat.37 Dalam hadith sabda Nabi saw: “Bertenang-tenang itu dari Allah dan
BERGOPOH-GAPAH (TERGESA-GESA) itu dari syaitan.” ~ Hadith Riwayat al-Baihaqi
Oleh itu, jangan harap.... Doa pukul 7.00 pagi....1 Jun 2015... Makbulnya 7.05
pagi....1 Jun 2015 **** INGAT: Nabi Nuh alahissalam berDAKWAH dan BERDOA selama
950 Tahun tanpa jemu-jemu supaya kaumnya mengikutinya..!!
WANITA HEBAT Wanita
hebat bukan kerana dia "cantik" Wanita hebat bukan kerana dia
"kaya" Wanita hebat bukan kerana dia "Pintar" Wanita hebat
bukan kerana "disampingnya ada lelaki kacak dan bergaya" Tapi wanita
hebat adalah wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya.. Mampu
berdoa dan percaya bahawa Allah adalah sumber "Kekuatan" Wanita hebat
melukis kekuatan melalui proses kehidupan.. Bersabar saat tertekan... Tersenyum
saat hati menangis... Diam saat terhina... Mempesona kerana memaafkan...
Jadilah wanita hebat di zaman ini....
DIAM itu bijaksana...
JUJUR itu ketenangan... MALU itu kekuatan.. RENDAH HATI itu perhiasan hidup
yang indah....
Bila si wanita
mengatakan dia sedang bersedih, tetapi ia tidak menitiskan air mata, itu
bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Senyuman adalah make up terbaik
untuk semua wanita
MASUKKAN ALLAH KE DALAM
HATIMU Suatu hari, seorang gadis bertanya pada guru (mursyid) nya. “Wahai
guruku...BAHAGIA itu apa menurutmu?....adakah seronok itu tandanya bahagia,
sedang duka itu tandanya sengsara?” gadis itu bertanya lagi Gurunya lantas
menjawab: “Ya Bintu....tanyalah pada hatimu..." Gadis itu menjadi
kebingungan... "Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai
anakku..." Guru itu meneruskan bicara. “Hati yang lapang itu pula umpama
air lautan yang luas, sedang hati yang sempit umpama air di dalam segelas
balang” “Cuba direnungkan nak...” “Andai setitis najis dimasukkan ke dalam
segelas balang yang menakung air itu, apa akan terjadi?” Giliran sang guru itu
bertanya. “Oh, pastinya air di dalam balang itu juga akan bertukar menjadi
najis” Jawab gadis itu yakin. “Nah anakku...benar katamu, sedang setitis najis
tadi tidak akan sedikit pun mempengaruhi air samudera, lautan yang luas” “
Anakandaku…begitulah bahagia yang kau cari. Bahagia itu ada pada HATI YANG
LUAS... Sedikit masalah tidak akan membuat hatimu jadi gundah gulana... Sedang
hati yang sempit tempat menyimpan penyakit. Secebis masalah yang menimpanya
sudah cukup membuatkan fikirannya terbeban. Jiwa dan akalnya menjadi tak
keruan.” “Lapangkan hatimu ya bintu...nescaya disana akan kau temui bahagia”
Gadis itu mengangguk–angguk. Matanya bercahaya. Sambung sang Guru... “Apabila
hati mu menjadi lapang, SUKA dan DUKA tetap akan membahagiakanmu kerana
kedua-dua itu datangnya dari Tuhan-Mu” Guru itu akhirnya merangkul bahu anak
muridnya sambil berkata. “Anakku...Masukkan yang BESAR BESAR di dalam hatimu
supaya ia menjadi luas dan lapang” “Apakah yang besar itu wahai guruku yang mulia?”
Guru itu tersenyum sambil menjawab: “MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU..!!"
Redhakan, tenangkan,
sabarkan dengan segalanya. Moga Allah swt berikan kekuatan.
Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat: “Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.” [ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]
“ Buatlah suatu kebaikan
yang terus hidup..
Walaupun setelah kita mati “
“Harta yang paling untung SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM,
Orang yang paling MANIS,
Orang yang paling MANIS,
Orang yang menghulurkan senyuman dengan IKHLAS
Kerana selain sedekah,
Senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
& senyuman itu tidak menyakitkan
Tetapi menjadi penawar hati yang sakit..”
Tinggalkan apa yang meragukanmu, Kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, Dan dusta itu menimbulkan keraguan. (Attirmidzi)
Yang Besar Itu Nafsu
Yang Berat Itu Amanah
Yang Jauh Itu Masa
Yang Indah Itu Solat
Yang Dekat Itu Mati
~Imam Al-Ghazali~
Cantik di hati…
Pandang lah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agungkan. Begitu juga jangan lah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukur lah atas apa yang dikurniakan kepada kita..Kerana kedua-duanya adalah anugerah Tuhan.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA
Menyayangimu
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin
Mengujimu
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang
Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Setiap doa pastinya Menjadi pahala sebagai
Bekalan di akhirat kelak. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka baik pd ALLAH Dalam
apa jua keadaan pun..Kerana kasih sayang ALLAH swt Itu mendahului kemurkaanNya.
Tinggalkan lima perkara....
1. Tingglkanlah pandangan liar, nescaya anda akan
tekun dan khusyuk.
2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan,
anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas,
nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4. Tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain,
anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
5. Tinggalkanlah penyelidikan yang melampau
mendalam tentang ZAT ILAHI nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan
kemunafikan (Abdullah bin Mubarak)
Empat Darjat Manusia...
Khalil bin Ahmad menyatakan bahawa darjat manusia
terbahagi kepada empat macam, iaitu:
1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu
bahawa ia tahu, yang demikian orang itu adalah manusia yang berilmu yang boleh
dijadikan pemimpin.
2. Manusia yang tahu, tetapi ia tidak tahu bahawa
dia tahu, orang yang demikian sedang tidur dan dia perlu digerakkan.
3. Manusia yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia
tidak tahu, orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas dan
berilmu.
4. Manusia yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa
dirinya tidak tahu, orang yang demikian harus dijauhi.
Bahagia seseorg bila dpt nikmat dia bersyukur,jika
diuji dia bersabar, jika berbuat dosa lantas istighfar,jika marah lalu mengawal
kemarahannya & jika berkuasa maka ia berlaku adil..
Sihat yg sebenar ialah sihat hati,Bijak yg sebenar
bijak amalan,Bahagia yg sebenar ialah bahagia jiwa..Ya Allah! Anugerahkanlah
kpd kami,sihat hati,bijak amalan & bahagia jiwa…
Bersyukur atau rasa terima kasih perasaan atau
sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau akan diterima. Rasa
bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama. Islam contohnya, menekankan
rasa berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang
dikurniakannya.
Banyak kenikmatan yang tersembunyi
Di antara taring-taring bencana
Banyak kegembiraan yang menghadap arah
Di antara taring-taring bencana
Banyak kegembiraan yang menghadap arah
Di mana beberapa musibah menanti
Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu
Kerana segala sesuatu ada sebabnya
Kerana segala sesuatu ada sebabnya
Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya
Setiap yang murni ada campurannya
Setiap yang murni ada campurannya
- Imam al-Ghazali dalam “Mukasyafah al-Qulub“
"Barangsiapa diuji lalu
bersabar, diberi lalu bersyukur, didzalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu
beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang
memperoleh hidayah."(HR. Al-Baihaqi)
Cintailah
dan berbuat baiklah pada siapa saja tanpa mengukur siapa dia dan apa yang dia
miliki, maka orang lainpun akan mencintaimu tanpa mengukurmu.
Semoga
hari-hari kita semua selalu dalam berbuat kebajikan, kerana takkan rugi kita
bila berbuat kebajikan, kita hanya akan rugi bila berbuat keburukan dan itu
pasti.
Terpaksa
atau tidak terpaksa, berbuat keburukan tetaplah keburukan.
Dan
dalam keadaan terpaksa atau tidak terpaksa, berbuat kebaikan tetaplah kebaikan,
Lebih
baik terpaksa berbuat kebaikan daripada berbuat keburukan tanpa terpaksa.
"..Dan janganlah
mencari-cari keburukan orang & janganlah menggunjingkan satu sama
lain.." (Qs. Al-Hujarat : 12)
“Sesungguhnya
pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang
mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Q.S
Al-ahzab: 21)
Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. al-Isra’ (17) : 32)
Kita
orang mukmin diperintahkan untuk tidak mendekati zina, apalagi melakukannya,
dan melakukannya adalah dosa yang besar.
Dari
Abu Musa Al Asy'ari dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: " jenguklah orang sakit."(HR.Bukhari : 5649)
SAMPAIKAN
HAL INI KEPADA YANG SAKIT BILA MENJENGUK ORANG SAKIT:
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjenguk orang sakit dan beliau bersabda :
“Bersabarlah, Sesungguhnya penyakit seorang muslim akan menghapuskan
dosa-dosanya seperti api yang dapat menghilangkan kotoran emas dan
perak”(HR.Abu Dawud : 3092)
Dari
Ibnu ‘Abbas,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Manfaatkan
lima perkara sebelum lima perkara :
[1]
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2]
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3]
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4]
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5]
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
Dan
janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu
menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.
(QS.
al-Hujurat (49) : 12)
Sesungguhnya
rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al A’raf :
56)
*Berbuat
Baik dengan cara menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, sopan santun, tolong
menolong antara sesama ciptaan Allah,yakni tolong menolong dalam kebaikan,
adil, jujur, taat pada orang tua, tidak berkata kotor, tidak berkata kasar, dan
lain semacamnya.
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.
Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan
itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. (QS.24:21)
Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (yaitu)
orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Qs. Ali imran : 133-134)
Baca
dan resapi…
-
Ubat tidak dapat menyembuhkan.
-
Tapi Allah-lah yang menyembuhkan.
-
Ubat untuk menyembuhkan berhajat kepada Allah.
-
Allah menyembuhkan tidak berhajat kepada ubat.
-
Jika Allah berkehendak, Allah bisa menyembuhka dengan ubat,
-
Jika Allah berkehendak Allah bisa menyembuhkan tanpa ubat.
-
Jika Allah berkehendak ada ubat tapi tidak sembuh-sembuh.
Laa
ilaaha illa Allaah.
*Saat
kita makan ubat karena sakit, sungguh ubat sama sekali tidak menyembuhkan, tapi
Allah yang menyembuhkan kita, makan ubat adalah usaha kita untuk sembuh tapi
kesembuhan hanya dari Allah, bukan dari ubat.
“Dan
Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah
kamu berbuat baik kepada ibu-bapa”(Qs.Al-israa : 23)
“Dan
kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya”
(Qs.Al-Ankabut : 8)
“Dan
tolong-menolonglah kamu sekalian pada kebaikan dan takwa dan jangan
tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan....“(Qs.Al-Maidah : 3)
Orang-orang
yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal kebaikan, mereka itu
memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (QS. Hud 11:11)
_MARI
JADI ORANG SABAR, YANG SANGAT SABAR, PALING SABAR, KARENA KESABARAN HANYA AKAN
SULIT BUAT YANG TIDAK MAU BERUSAHA UNTUK SABAR_
Keistimewaan Seorang Wanita…
Untuk para jejaka, sebagai pedoman, untuk wanita berbanggalah dengan diri anda sendiri..tidak perlu menjadi orang lain!!!!!
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya & ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Ya Allah,
kepadaMu Ana berserah,
kepadaMu Ana beriman,
kepadaMu Ana bertawakal,
kepadaMu Ana kembali,
kepadaMu Ana mengadu dalam menyelesaikan pertikaian,
kepadaMu Ana mengharap keputusan.
Ampunilah segala yang telah Ana lakukan,
dan yang belum Ana lakukan,
dan yang belum Ana lakukan,
apa yang Ana sembunyikan,
dan yang Ana nampakkan...Amin ya Rabbil 'alamin
Namun Ku Punya Hati..
Tabah Lah Hati...
Susah Untuk Di Mengerti
Tapi Hati Tetap Sentiasa Di Hati..
Tapi Hati Tetap Sentiasa Di Hati..
Bilakah Akan Berkesudahan Semua Ini?
Namun Hati Tahu Apa Yang Terjadi
Rintihan Sentiasa Datang Dan Pergi
Pergi! Pergi! Kata Tuan Empunya Hati
Tapi Rintihan Tidak Akan Pergi
Jika Tiada Jawapan Yang Pasti
Pergi! Pergi! Kata Tuan Empunya Hati..
Namun Persoalan Tetap Ada Menghantui
Bila Pilu, Bila Resah, Bila Gundah,
Hati Tetap Mengerti
Hati Sentiasa Menemani Lalu Menerima
Hati Sedih, Hati Merintih,
Tapi Hati Redha Dengan Suratan Ilahi
Kerana Setiap Kesabaran Hati,
Hati Tetap Akan Merasai Dan Percaya Suatu Hari Kesabaran Hati Akan Bertemu Kebahagian Hakiki..
hidup
hanya sementara,hanya pinjaman..
selepas
susah,pasti ada kesenangan..
bersangka
baik itu adalah lebih baik..
sentiasa
memaafkan..
senyum
selalu..
semoga
apa yg dilakukan itu selesa dan jujur..
niat
itu kunci seharian..
jadi
diri sendiri..
sesungguhnya
yg baik dariNya..
yg
buruk dari diri kita sendiri.
InsyaAllah,Syukur
Alhamdulillah..
mutiara
kata pedoman kehidupan..
Hidup
ini umpama roda
Ada
ketika di atas..ada ketikanya di bawah,
Hidup
ini memerlukan kesabaran,
Setiap
kesabaran,pasti bertemu kebahagian,
Hidup
yang menyusahkan insan lain,
Ketabahan
membawa kebahagiaan,
Hidup
yang tidak aman,umpama
Kehidupan
di titi jalan…
Hidup
yang ceria,asas keperibadian…
Manis
dalam senyuman,
Penyeri
peribadi…Manis dalam hati…Penyeri iman....
Kesederhanaan
pembawa ke akhir zaman.
Perbuatan
bersabar, membawa kebahagiaan
Perbuatan
bersahaja, hidupnya ceria
Perbuatan
bersederhana, laluan kehidupan
Perbuatan
bersenyum, ikhlas bersedekah
Perbuatan
gila-gila, kebebasan masalah
Perbuatan
ikhlas, membawa keamanan jiwaPerbuatan setia, kekal impiannya
Perbuatan
jujur, tenang hatinya
Perbuatan
berbaik sangka, adalah lebih baik
Perbuatan
suci,...harapan menuju kekalan
Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan
jadikanlah orang yang beriman mencintaiku. (Riwayat Muslim no. 2491) #QuranHour
Ya Allah,
tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang
bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan
kejayaan yang besar.. aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin
besederhana
selesa bagi ku..cukup untuk ku..senyum hanya mampu ku..rela dari ku..tabah
untuk ku cuba..redha ketentuanNya..tangis teman ku..kerianngan keselesaan
ku..dengan izin Allah swt tiada yang mustahil..jadi yang terbaik..walaupun diri
ini bukan yang terbaik..InsyaAllah.."ana"
”Dengan
Kasih Sayang Allah,Tiada Yang Mustahil…”
”Bersabar
Lah, Bila Kita Bersabar, Segalanya Akan Menjadi Mudah...InsyaAllah…”
Alhamdulillah
Disebalik air mata.pasti akan datang senyuman
Disebalik luka.pasti datang penyembuh
Disebalik kesabaran.pasti datang kebahagiaan
Disebalik kesulitan.pasti datang kemudahan…
Wallahu a'lam
Wallahu a'lam
"Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah; Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan mepimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." Surah
At-Taghabun, ayat 11
Asma-Ul-Husna ~ Fadhilat Serta Khasiatnya
Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH
mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat
ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna
itu." -(Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah:
"Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu
seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah
ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang
baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari
Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya
Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa
menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat
Bukhari
Adapun
ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam
Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya
masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:
ALLAHU:
Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan
dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca
66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan
orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR
RAHMAANU: Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100
kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR
RAHIIMU: Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah
hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah
s.w.t.
AL
MALIKU: Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada
fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan
pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL
QUDDUUSU: Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika
tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya,
dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada
bala.
AS
SALAAMU: Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136
kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan
dengan mengangkat kedua belah tangan,
Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau
dikurangkan daripada sakitmya.
AL
MU'MINU: Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa
ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya,
dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL
MUHAIMINU: Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat
(terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya
dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali
setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ:
Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan
yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan
dimuliakan olehAllah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari
makhlukNya.
AL-
JABBAARU: Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada
pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t.
akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL
MUTAKABBIRU: Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang
yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL
KHAALIQU: Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan
diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau
lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali,
Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
AL
BAARI-U: Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir pada siang
hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak
akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada
malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100
kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
AL
MUSHAWWIRU: Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan
menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL
GHAFFAARU: Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir 100 kali
sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat
keampunan.
AL
QAHHAARU: Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih,
Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada
Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan
barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua
tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
AL
WAHHAABU: Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai
sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan
dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa
mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali,
Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR
RAZZAQU: Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah
ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan
dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila
berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir
sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum
makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan
sempurna.
AL
FATTAHU: Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan
tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan
bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU:
Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu
sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta
iman yang sempurna.
AL
QAABIDHU:Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi
seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari
pengancamnya.
AL
BAASITHU: Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan
rezeki dan ilmunya.
AL
KHAAFIDHU: Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA:
Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk)
sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta
dikabulkan hajatnya.
AR
RAAFI'U: Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti
hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL
MU'IZZU: Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:
Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak
140 kali.
AL
MUDZILLU: Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan
namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila
dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan
musuh daripadanya.
AS
SAMII'U: Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis,
maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan
pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
AL
BASHIIRU: Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti
fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL
HAKAMU: Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68
kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU:
Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan
menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain
kepadanya.
AL
LATHIIFU: Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau
perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL
KHABIIRU: Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah
akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL
HALIIMU: Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan
dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU:
Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan
segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL
GHAFUURU: Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali,
Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY
SYAKUURU: Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat
badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada
badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU:
Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:
Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya
sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia
akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL
KABIIRU: Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak
1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya,
pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil
rasuah dan lain-lain.
AL
HAFIIZHU: Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:
Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca
sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan
tersebut diatas.
AL
MUQI ITU: Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:
Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu
(bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL
HASIIBU: Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:
Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap
selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah
sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau
pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL
JALIILU: Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya,
pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL
KARIIMU: Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali
atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR
RAQIIBU: Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan
barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL
MAJIIBU: Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali,
Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL
WAASI'U: Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali
pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL
HAKIIMU: Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali,
insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan
menerima ilmu-ilmu apapun.
AL
WADUUDU: Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala
hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL
MAJIIDU: Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan
tenteram semua anggota keluarganya.
AL
BAA'ITSU: Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah
s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY
SYAHIIDU: Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau
keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL
HAQQU: Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL
WAKIILU: Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin
ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan
juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL
QAWIYYU: Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:
Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dilepaskan ia daripadanya.
AL
MATIINU: Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA:Untuk
mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca
sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan
akan pulih seperti semula.
AL
HAMIIDU: Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali,
Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL
MUHSHII: Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada
orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL
MUBDI-U: Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470
kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan
baik.
AL
MU'IIDU: Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum
sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan
izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL
MUHYI: Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan
dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL
MUMIITU: Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan
nafsu dan akan berbuat taat.
AL
HAYYU: Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL
QAYYUUM: Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang
sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi
hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar
kewibawaannya.
AL
WAAJIDU: Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA:
Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL
MAAJIDU: Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 400 kali
tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL
WAAHIDU: Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima
waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan
Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH
SHAMADU: Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu
tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan
segala macam hajatnya.
AL
QAADIRU: Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua
rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL
MUQTADIRU: Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat
hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL
MUQADDIMU: Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:
Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali
pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang
mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan
mendapat kemudhratan.
AL
MUAKHHIRU: Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL
AWWALU: Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya.
AL
AKHIIRU: Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap selesai sembahyang
Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan
diakhir umurnya.
AZH
ZHAHIIRU: Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA:
Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106
kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki
oleh orang biasa.
AL
BAATHINU: Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA:
Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang
fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang
dimiliki oleh manusia.
AL
WAALIYY: Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:
Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti
hatinya akan terbuka atau futuh.
AL
MUTA'AALII: Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia
akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU:
Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:
Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT
TAWWAABU: Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan
berhasil segala apa yang diinginkan.
AL
MUNTAQIMU: Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan
azabNya.
KHASIATNYA:
Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang
fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL
'AFUWWU: Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:
Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal
padanya.
AL
MAALIKUL MULKI: Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA:
Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya,
dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212
kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal
pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL
JALAALI wal IKRAAMI: Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang
Sempurna.
KHASIATNYA:
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu
bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL
MUQSITHU: Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was
syaitan laknatullah dalam ibadah.
AL
JAAMI'U: Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan
dikumpulkan segala maksudnya.
AL
GHANIYYU: Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang
lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL
MUGHNII: Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi
kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
AL
MAANI ' U: Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:
Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da
sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan
selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH
DHAARU: Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA:
Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma
ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak
Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN
NAAFI ' U: Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA:
Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca
setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan
hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas
kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN
NUURU: Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan
diterangkan hatinya dan anggotanya.
AL
BADII ' U: Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA:
Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da
sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
AL
BAAQII: Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA:
Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat
banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan
kejatuhan jumlah, Insyaallah.
AL
WAARITSU: Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA:
Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha
akan maju.
AR
RASYIIDU: Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA:
Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS
SABUURU: Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit
matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk
membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca
setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti
segala urusan akan berhasil dengan baik.
Maksud
Nama - Huruf Pertama
(Just
renungan tau!,jgn percaya..suka suki jer nie..lau yg betul dan
baik..teruskan..lau sebaliknya,lakukan perubahan..insyaAllah,kita mampu jadi
yang terbaik walaupun kita bukan yang terbaik..)
Pemilihan
huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.
B Selalu
tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat
disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah
dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang
dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai
dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya
pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap
murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya
sedang tekun.
H Mudah
simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita
terlalu tinggi.
I Suka
memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai
berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah
dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan
mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.
M Pandai
dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang
dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras
kepala.
N Baik
hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang
lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.
O Serba
boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang
lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai
berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering
melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia
dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun
dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai
dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri
janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah
emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat
berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka
mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.
U Suka
berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan
dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.
V Tutur
katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak
suka berterus terang.
W Ramah
dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi
pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak
akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan
pendapat.
Z Pandai
berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan
gemar menonjolkan diri.
ZIKIR
mengingati Allah adalah satu amalan mulia dan
besar faedahnya di sisi agama. Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang
senantiasa mengingati-Nya. Mereka membasahkan lidah dengan memuji-muji
keagungan dan kebesaran Allah tanpa mengira waktu, sama ada siang atau malam
dan di waktu sakit atau sihat.
Allah SWT sendiri berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “ Wahai orang orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebutan yang banyak.” Firman-Nya lagi, “ Sebutlah ( zikir ) akan Allah dengan sebutan yang banyak semoga kamu mendapat kemenangan.”
Zikir juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya, hati akan menjadi tenang dan tenteram. Ia dijamin sendiri oleh Allah Yang Maha Mengetahui sebagaimana firman-Nya :
“ Orang-orang yang beriman dan tetap hati mereka dengan menyebut akan Allah, ketahuilah bahawasanya dengan menyebut akan Allah itu menenangkan hati.”
Malah Rasulullah SAW menjelaskan bahawa zikir mengingati Allah termasuk dalam salah satu amalan mulia dan berkedudukan tinggi. Sabda Baginda SAW, “ Hendakkah aku khabarkan kepada kamu amalan yang paling baik dan paling suci di sisi Pemilik kamu dan yang paling tinggi pada darjat kamu dan lebih baik dari emas dan perak dan lebih baik dari kamu membunuh musuh kamu atau dia membunuh kamu di medan jihad?”. Para sahabat bertanya, “ Apakah dia wahai Rasulullah?” Jawab Baginda SAW, “ Zikrullah.“
Kerana kedudukan yang sedemikian tinggi, tidak menghairankan bahawasanya Allah mengirimkan beberapa malaikat ke majlis-majlis zikir. Mereka akan duduk bersama-sama dengan jemaah majlis tersebut sehinggalah majlis bersurai. Kemudian mereka kembali ke langit. Ketika mereka sampai di langit, Allah bertanya kepada malaikat tersebut, padahal Dia lebih mengetahui, “ Dari mana kamu datang?.” Jawab para malaikat, “ Dari sisi hamba-Mu di bumi “ Firman Allah, “ Bagaimana kamu tinggalkan hamba-Ku itu?” Malaikat menjawab, “ Kami meninggalkan mereka dalam keadaan bertasbih, bertahlil, bertahmid dan bermohon kepada-Mu.”
Allah bertanya lagi, “ Apakah yang mereka pinta pada-Ku?” Jawab malaikat, “ Syurga-Mu. “ Allah bertanya, Apakah mereka melihat syurga-Ku?” Malaikat menjawab, “ Tidak wahai Tuhan kami.“ Maka Allah berfirman, “ Betapa lagi jika mereka melihat syurga-Ku.”
Dari dialog antara Allah dan para malaikat di atas yang diriwayatkan oleh Sheikh Abdus Samad al-Falimbani di dalam kitab ‘Hidayatus Salikin’, jelas menunjukkan kelebihan amalan berzikir kepada-Nya. Ganjaran dan pahala yang diterima amatlah besar. Namun demikian dalam melaksanakan amalan mulia ini, ia tertakluk kepada beberapa adab yang ditetapkan. Ini kerana ibadah zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir hasanah dan zikir darajat.
Zikir hasanah adalah zikir biasa. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat dan akan beroleh pahala dari Allah. Manakala zikir darajat pula ialah zikir yang dilakukan sebagai latihan meningkatkan diri ke makam yang lebih tinggi. Ia perlu dilaksanakan dengan menjaga adab-adabnya yang tertentu samada sebelum zikir, semasa zikir atau sesudah berzikir.
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). (by share)
PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI
by: Rahsia Hawa
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.
Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI.
PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)
Nak pastikan ada gangguan jin atau tidak
Selepas solat maghrib atau isya'
Baca
1.Istighfar 3x
2.Al-Fatihah x1
3.Selawat Nabi 33x
4.Ayatul kursi 33x
Tanda ketika baca
1.Muntah
2.Kakitangan mengeletar
3.Rasa benda berjalan di bawah kulit
4.Sesak nafas
5.Menjerit
6.Menangis tanpa sebab
7.Panas bahagian tengkuk,muka
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Wallahualam