BUAH KULIM🌿KAPSUL🌿

🌿KAPSUL BUAH KULIM🍃
=== FUNGSI UTAMA BUAH KULIM NIE IA MENCUCI DARAH ===
The Magic Of Tradisional Herbs


Apa Itu Buah Kulim?
(The Magic Of Tradisional Herbs)
Fungsi utama mencuci darah. Buah Kulim adalah sejenis buah yang paling jarang ditemui. Ia hanya terdapat di dalam hutan dan dipercayai ia mula-mula dijumpai di Kulim, Kedah. Sempena dengan penemuan itulah, buah ini disebut sebagai buah kulim. Ia juga disebut sebagai Bawang Hutan (Jungle Garlic) oleh orang peribumi. Namun, nama saintifiknya adalah Scorodocarpus Borneensis Becc.

Ia bersaiz antara sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu didalamnya. Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih.
Orang peribumi menggunakan buah ini sebagai perasa di dalam masakan mereka dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu (sejenis perangkap ikan).
Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian.
Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau bersaiz serdahana hingga saiz besar. Mempunyai ketinggian antara 40 hingga 60 meter. Garis pusat pokok kulim adalah antara 80 cm hingga 150 cm.
Di Sarawak, pucuknya dimakan sebagai ulam. Buahnya boleh di makan dan kadang-kala digunakan sebagai pengganti bawang putih. Buah dan rebusan kulit kadang kala digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.
Kayu pokok kulim digunakan bagi pembinaan serdahana berat hingga berat dikawasan terlindung (contoh: alang, tiang, pintu, rangka tingkap dan lantai), pembinaan jambatan, pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara.
Pokok kulim memiliki pertumbuhan yang perlahan. Di Semenanjung Malaysia, pertumbuhan tahunan keratan rentas (diameter) adalah antara 0.2 - 0.3 cm sahaja. Pokok terbesar di Semenanjung Malaysia yang berusia 30 - 33 tahun berukuran keratan rentas antara 18 - 29 cm dan setinggi 18 - 21 m. Pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645 - 1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah posting yang telah dibuat pada 27.12.2013.
Saya muatkan disini semula, bertujuan untuk menyusun kembali artikal yang saya rasakan amat berselerak.
Assalamualaikum.. apa khabar semua.. di harap sihatwalafiat hendaknya. Saya cuma nak share apa kata mereka yang juga tahu serba sedikit tentang khasiat buah kulim ini. Saya dapat benda ni masa merayau-rayau kat google..
Doktor menasihatkan pesakit agar mengamalkan pengambilan BUAH KULIM sebagai makanan tambahan untuk mengawal KENCING MANIS (mengurangkan kandungan gula dalam darah) dan CUCI BUAH PINGGANG
Para Pengamal Perubatan Tradisional juga berpendapat bahawa BUAH KULIM mempunyai khasiat yang tersendiri.

BUAH KULIM juga mampu MEMECAHKAN BATU KARANG
BUAH KULIM yang telah diproses dan dijadikan KAPSUL BUAH KULIM.
Kini anda dengan mudah boleh mengamalkan pengambilan buah kulim melalui KAPSUL BUAH KULIM yang telah berada di pasaran MALAYSIA.
Kini, satu botol 90 kapsul berharga RM40.00 sahaja tidak termasuk kos pos.

Cara-Cara Menggunakan Kapsul Buah Kulim Ini
Berapa biji kapsul harus saya makan?
Untuk permulaan (pertama kali guna), sebaiknya anda makan 1 biji kapsul pada sebelah pagi (30 minit selepas makan) dan 1 biji kapsul lagi pada sebelah malam (30 minit selepas makan).
Lihat perkembangannya untuk 3 hingga 4 hari.
Jika tiada apa-apa masalah, ini bermakna badan anda boleh menerima kehadiran 'buah kulim' ini, anda boleh menambah dossage seterusnya kepada 2 biji kapsul pagi dan 1 biji kapsul pada sebelah malamnya.
Ada sesetengah orang akan merasa panas dengan dos ini untuk seketika. Jika anda tidak selesa dengan dos ini, anda dinasihatkan mengurangkan kembali dos, iaitu kepada 1 pagi dan 1 malam.
Bagi saya, dos 2 pagi dan 2 malam ini sudah memadai. Namun, ada pengguna yang selesa dengan penggunaan 3 biji pagi dan 3 biji malam. Ia bergantung kepada sesesuaian badan masing-masing.
Jika tiada apa-apa masalah dengan dos 1 pagi dan 1 malam ini, anda boleh menambahkan dos kepada 2 biji pagi dan 2 biji malam. Anda dinasihatkan agar menambah atau mengurangkan dos mengikut kesesuaian badan sendiri. Sebagai admin, saya selesa dengan pengambilan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Ada sesetengah pengguna yang tidak mampu untuk menelan saiz kapsul yang dirasakan besar olehnya. Dengan itu, mereka boleh membuka kapsul dan mencampurkan serbuk buah kulim itu dengan kopi O atau minuman yang lain. Tetapi anda akan merasa seperti meminum air bawang putih.



                                                          JELITA WIF DIYANA





Comments

Popular Posts