Kisah Imam Malik :: Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati ::
Kisah
Imam Malik :: Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati ::
Pada
zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu
tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba
pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang
kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada
batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua
penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat
terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari
mayat wanita terbabit.
Terdapat
berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2
pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama,
memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan
kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh
kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari
mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam
Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai
dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat
itu :
"Apakah
kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?
Perempuan
memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak
berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas
diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau
ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa
dia ada berkata :
"Berapa
kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan
memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".
Imam
Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita
tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini,
di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali
sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
Semasa
wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka
dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut...
PENGAJARAN
:
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan
bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang
pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan zinanya, maka
kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat
ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar
Comments