KISMIS
TIPS
SIHAT
Nak
jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan
kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:
1.
Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2.
Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3.
Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.
Amalkan
setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata
yang sihat!
8
MANFAAT KISMIS YANG BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Gelap, keemasan, kulit yang kering dan kecut.
Itulah
pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya sedemikian
rupa, kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula. Kismis dihasilkan
daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau
haba kering. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari
sudut kesihatan.
Kandungan
nutrisi di dalam kismis
Kismis
kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya
ialah:
Garam
mineral
Magnesium
– baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
Kalsium
dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
Zat
besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
Kalium
– mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan
tekanan darah.
Vitamin-vitamin
Vitamin
C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
Vitamin
B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada
tenaga.
Vitamin
K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang
terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
Folat
– Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh
tubuh.
Riboflavin
– membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan
lemak di dalam badan
Makanan
untuk otak
Salah
satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis
mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral
penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan,
koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga
membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Membantu
mengurangkan sembelit.
Serat
yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem
pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g
serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang
berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain
itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
·
Melindungi hati
·
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
·
Membantu sebagai penerang hati
·
Membantu mengurangkan stress
·
Membantu merawat penyakit anemia
·
Membantu merawat masalah pelupa
Snek
yang lazat dan berkhasiat.
Oleh
kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh
dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa
dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif
kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan
menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
Kebaikan
kismis menurut perspektif Islam.
Kismis
sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan
pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui
kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan kecerdasan minda.
Kismis
dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan
zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.
Membaca
al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:
Baca
ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi
kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu
pengetahuan.
Baca
surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
Membaca
surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
Membaca
surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
Membaca
Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.
Kismis
sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba
tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada
kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.
Sumber: www.anugerahquran.com
Comments