BAHAYA BETIS PENUH URAT TIMBUL

 [ BAHAYA BETIS PENUH URAT TIMBUL ]

' Pelebaran pembuluh darah risiko membawa kesan saluran darah pecah..'
Saya pasti ramai yang masih tidak tahu apakah yang menyebabkan urat timbul dan memandang ringan akan urat yang timbul dibahagian betis dan peha ini. Saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua apakah yang dimaksudkan dengan VARISES. Ia boleh membawa kesan negatif.

Di dalam tubuh, terdapat pembuluh darah arteri dan vena. Arteri bertugas membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh dan sebaliknya urat bertugas mengembalikan darah tersebut ke jantung dengan dibantu penguncupan otot. Di dalam vena sendiri terdapat injap-injap yang bertugas mencegah terjadinya arus balik darah pada saluran tersebut.

Urat yang timbul adalah tanda awal memberikan petanda bahawa terdapat gangguan kepada salur darah. Ia dikenali sebagai VARISES. Ini disebabkan pelebaran pembuluh darah sehingga menimbulkan urat dengan jelas.

Varises lebih sering terjadi pada wanita dibanding lelaki. Sebahagian besar kes varikos terjadi pada kaki dan segelintir yang lain terjadi pada urat di sekitar panggul, faraj, dubur, faraj, rahim. Ciri-ciri fizikal penyakit ini dapat dilihat secara kasat mata, iaitu berupa perubahan warna dan bengkak pada urat.

PENYEBABNYA
===========
-Keturunan
-Kebiasaan berdiri terlalu lama
-Duduk menyilang kaki terlalu lama
-Memakai kasut tinggi
-Berat badan berlebihan
-Wanta hamil

TERDAPAT 2 JENIS VARISES
==================
1. SPIDER VEINS (RINGAN)
Ianya kelihatan urat-urat halus kemerahan atau kebiruan menyerupai sarang labah-labah. Ini dikategorikan sebagai

2. VERICOSE VEINS (BERAT)
Urat-urat mulai timbul kelihatan seperti bersimpul dan adakalanya berwarna kebiruan. Ini adalah dimana tahap atau kondisi vena yang kronik dikhuatiri jika berlarutan pembesaranya akan menyebabkan pecah.

CARA MENCEGAH VARISES
===================
-Mengurangkan pemakaian kasut bertumit tinggi dalam jangka waktu yang lama.
-Memakai stoking bagi mengurangkan pelebaran varises menjadi lebih berat
- Letakkan bantal dibawah kaki dan mengangkat ke atas sedikit daripada paras dada ketika tidur

JIKA BERDIRI atau DUDUK terlalu LAMA gerakkan kaki agar tidak menjadi tegang.
Nur Amri
Pakar Melatih & Membimbing Wanita Buka Spa



Comments