HUSNUL KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH
HUSNUL
KHATIMAH VS SU'UL KHATIMAH
HUSNUL
KHATIMAH maksudnya PENGAKHIRAN YANG BAIK..manakala SU’UL KHATIMAH pula membawa
maksud yang bertentangan dengan husnul khatimah iaitu PENGAKHIRAN YANG BURUK…
Kedua-duanya
mempunyai maksud pengakhiran. Setiap manusia yang ALLAH ciptakan didunia ini akan
menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu
kematian. Dalam lain perkataan, setiap manusia akan mati bila sampai masanya.
Ini lah hakikat yang wajib diterima sebagai orang Islam yang beriman. Maksud pengakhiran ini adalah
bagaimanakah kematian kita nanti..Apakah berakhir dengana baik ataupun
buruk…
“Katakanlah
(wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa
mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi
tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak
dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.
(Surah Yunus, ayat : 49)
“Dialah
yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan
untuk menerima balasan”. (Surah Yunus, ayat : 56)
Sebelum
menuju kepada kematian, kita akan menempuh alam kehidupan. Pilihan adalah di
tangan kita sendiri samada memilih laluan hidup kita pada jalan yang benar atau
salah. Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya. Al-Quran dan
Sunnah ditinggalkan untuk hambaNYA. Semua persoalan dan jawapan terkandung
dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan
menjadi penyelamat semasa kita hambaNYA menghadapi sakaratul maut…
Biarlah
perginya kita menemui Ilahi dalam redhaNYA. Biarlah pada saat nyawa hendak
diambil, kita mampu melafazkan dua kalimah syahadah. Biarlah perginya kita
meninggalkan segala kebaikan.
Sentiasa
lah berdoa kepada Allah SWT semoga kita tidak
tergolong antara manusia yang berisiko dimatikan dalam Su’ul Khatimah,
jahil dalam ilmu tauhid, tidak mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada
kedua ibubapa, zalim kepada sesama manusia ataupun haiwan dan sebagainya.
Sebagai
manusia yang beriman kepada Allah SWT, setiap pengakhiran biarlah berakhir
dengan baik atau Husnul Khatimah. Usaha
ini datang dari kita sendiri. Kalau tiada usaha, manakan mungkin dapat Husnul
Khatimah..’ANDA BUAT..ANDA DAPAT”
Bila
kita terlupa dan terleka dengan dunia, ingatlah kematian. Kerana dengan
mengingati mati kita akan kembali kejalan-Nya…
share by: www.exlshina.blogspot.com
share by: www.exlshina.blogspot.com
Comments