JAGA 7 SUNNAH RASUL
JAGA
7 SUNNAH RASUL
Cerdasnya
orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang
sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk
Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita
jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan
mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita
dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah
kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya
kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu
adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat
dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan
merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana
dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita
kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan
dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai
tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami
lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu
yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam
yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab
bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di
kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan
berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan
membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk
umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke
telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
By: Mohamad Firdaus (www.islamituindah.my)
Comments