🌸DOA ANAK SOLEH🌸


 DOA ANAK SOLEH
.
Letakkan tangan di ubun2 kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna,
.
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
Ya Mujib
.
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
.
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
.
Ar Rahmaan. ‘Allamal Quran. Khalaqal-insaan. ‘Allama hulbayan

Pasakkan niat ibu ayah buat anak2.
Ya mujib.
.
-------------------------------------------------
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
.
"Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala."
.
Kalut2 menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
.
"Kenapa dengan kepala Humairaa." tanya saya.
.
"Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain."
.
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
.
"Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa." ujarnya penuh makna.
.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
.
Kredit : Nor Fatihahnoor

Comments