HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA


HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk". [Al Qashash/28 : 56]

Daripada Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ali radhiyallahu ‘anhu, “Demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui kamu, itu lebih baik bagimu daripada (kamu memiliki) unta merah[1].” (Muttafaqun ‘alaih)

Penjelasan hadis:

(Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui kamu); iaitu kita jadi sebab musabab untuk seseorang mendapat hidayah, bukannya kita memberi hidayah kepada orang. Kita tidak mampu memberi hidayah. Hidayah bukan milik kita, bukan milik sesiapa, bahkan bukan milik Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya hidayah itu hanya milik Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Comments