KHASIAT - MANFAAT SINAR MATAHARI DI PAGI HARI




Khasiat - Manfaat Sinar Matahari di Pagi Hari

Manfaat sinar atau cahaya matahari pagi . Beberapa orang kadang takut sinar matahari kerana boleh membuat kulit hitam, ini boleh terjadi jika terlalu lama berada dibawah terik matahari di siang hari. Tapi anda tidak harus mengelakkan matahari, khususnya matahari di pagi hari, kerana ada banyak manfaat dari cahaya matahari pagi.

Bangun lebih awal dan memulakan hari sebelum matahari terbit adalah keinginan banyak orang. Tapi sangat sedikit orang benar-benar boleh berubah menjadi kebiasaan. Banyak orang tua maupun Ahli falsafah telah menasihati bahawa kita perlu bangun pagi untuk menjadi lebih produktif.

Para penyelidik telah membuktikan bahawa ada banyak manfaat yang boleh diperoleh jika seseorang melakukan aktiviti di luar rumah dan mendapatkan sinar matahari yang cukup. Hal ini dapat berguna jika matahari diperoleh selama pagi hari. (Waktunya dari setelah terbit matahari sampai sinar matahari terasa cukup panas).

Manfaat cahaya matahari pagi hari

Vitamin D

Cahaya matahari merangsang tubuh untuk menghasilkan vitamin D. Sinar matahari pada wajah, leher, lengan dan kaki selama 10-15 minit boleh menghasilkan vitamin D yang diperlukan tubuh. Vitamin ini meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus dan pemindahan kalsium melintasi membran sel yang berguna untuk kekuatan tulang.

Serotonin

Sinar matahari dapat merangsang pengeluaran serotonin (neurotransmitter monoamine Serotonin dikenali sebagai penyumbang untuk perasaan sejahtera, bahagia). Semakin tinggi serotonin yang dihasilkan maka suasana hati akan lebih positif.

Melawan kemurungan

Pelepasan endorfin berlaku di dalam otak dan dipengaruhi oleh beberapa factor, salah satunya Sinar matahari melawan dan mengurangkan kemurungan kerana melepaskan endorfin yang berfungsi sebagai anti-depresan semulajadi dan sangat berguna untuk kes kemurungan bermusim, dengan demikian menyebabkan munculnya perasaan sihat.

Meningkatkan atau memperlancar peredaran darah

Sinar matahari meningkatkan atau memperlancar peredaran darah dengan cara melebarkan pembuluh darah di kulit, sehingga membawa lebih banyak nutrisi dan oksigen ke sel. Hal ini juga membuat jantung sihat dengan menurunkan denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi .

Bermanfaat untuk kulit

Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema dan lain-lain akan bertambah baik dan sekurang-kurangnya manifestasi yang didapatkan akan memperbaiki bekas luka dan gangguan kulit yang lain.

Mengurangkan risiko kanser

Vitamin D sintesis dirangsang oleh sinar matahari sehingga secara signifikan membantu mengurangkan risiko pelbagai bentuk kanser seperti prostat, usus besar, payudara dan kanser ovari. Tapi ingat bahawa tidak terlalu banyak, kerana boleh menyebabkan kanser kulit.

Mencegah diabetes

Kesan cahaya matahari yang mencukupi mungkin memainkan peranan penting dalam membantu mencegah diabetes pada anak-anak, serta menurunkan kadar gula darah dengan merangsang simpanan glukosa dalam otot dan hati.

Menguatkan sistem kekebalan tubuh

Sinar matahari menyokong sistem kekebalan tubuh , kerana ketika tubuh tersinari akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang membantu menangkis jangkitan dan penyakit lain yang dihasilkan oleh bakteria, kulat atau virus.

Detoksifikasi tubuh

Sinar matahari membantu menghilangkan sesuatu yang buruk dari tubuh dengan meningkatkan fungsi hati dan meningkatkan peredaran darah sehingga penghapusan "sisa" melalui darah lebih berkesan.

Meningkatkan kualiti tidur

Sinar matahari meningkatkan pengeluaran melatonin yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti tidur. Melatonin adalah hormon neurotropik yang disintesis oleh kelenjar pineal, terletak di dalam otak.

Bermanfaat untuk perut

Sinar matahari baik untuk meningkatkan nafsu makan, meningkatkan sistem pencernaan dan proses metabolisme. Tetapi jika terlambat mendapat manfaat sinar matahari pagi, anda harus melindungi tubuh dari terik matahari siang hari terlalu lama kerana mengandung sinar ultraviolet yang boleh berbahaya bagi tubuh. Perlindungan boleh menggunakan topi, pakaian yang cukup tertutup.

by: www.aura-ilmu.com




Comments