KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Pakar Sakit Puan
KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
1.
Untuk memudahkan mendapat zuriat
2.
Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya
adalah sama penting.
Ilmu
ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.
JOM KITA FAHAMI
KITARAN HAID WANITA
Kitaran
haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita
berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita
masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat
sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa
fasa dalam kitaran haid wanita.
Hari 1-4
Ini
dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana
fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar
dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya
anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda
beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini
dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu
inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini
dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada
hari
pertama.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah
anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri
ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja
keluar daripada sarangnya.
Bilakah
secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada
hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah
kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah
berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu
subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period
anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu
subur.
CARA LAIN MENGETAHUI
WAKTU SUBUR
Pada
waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu
darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.
MENGANGGAR WAKTU
TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Oleh
kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam
lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat
terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada
berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh
bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari
sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk
telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk
mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada
hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan
sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan
waktu subur adalah pada hari ke 14
Comments